50. Pemain simpanan.

796 85 5
                                    

Hi everyone :)

I'm sorry if this chapter is just so-so..

Enjoy :)

---

**Chung Ae's POV**

Hari ni hari penentuan. Saya membetulkan baju sukan saya dan rambut saya.

"Wah, ada apa hari ni?" Ayah yang sedang sibuk mencari sesuatu di atas meja makan, bertanya.

Saya tersenyum.

"Ayah cari apa ayah?" Saya berjalan ke arahnya.

"Peanut butter." Ayah saya membalas.

Alamak, lupa nak transfer ke dalam jar yang lebih kecil.

"Hari tu Chung Ae ada beli peanut butter. Terbeli yang jar besar punya." Saya tersenyum sinis dan pergi ke arah almari yang terletak di sebelah peti ais dan mengambil satu jar penuh dengan peanut butter.

"Wah wah. Ayah okay je kalau nak makan peanut butter untuk setahun." Ayah tergelak.

"Ish. Tak elok sangat makan banyak-banyak." Saya tersenyum dan sapukan peanut butter ke atas roti untuk ayah.

"Tapi.. Bila masa pula Chung Ae pergi beli barang dapur? Ayah tak tahu, pun?"

Tangan saya terus berhenti dari menyapu peanut butter.

"Uhh.. Chung Ae-"

Bunyi hon mengejutkan kami berdua.

"Chanyeol dah sampai." Saya tersenyum.

Tangan saya terus melipat roti tersebut dan meletakkan atas pinggan di depan ayah. Saya berlari masuk ke dalam bilik untuk mengambil beg dan keluar semula untuk mencium ayah.

"Bye ayah! Hari ni Chung Ae tak tahu balik pukul berapa." Saya tersenyum pada ayah dan berlari ke arah pintu.

"Hari ni ada apa kat sekolah?" Ayah bertanya.

"Hari ni ada match dengan sekolah lain." Saya menjawab sambil tangan saya sibuk mengikat tali kasut.

"Ouhh... Baru pukul 7... Awalnya.." Ayah yang berada di belakang saya bersuara.

Saya bangun dan tersenyum pada ayah.

"Bye ayah! Chung Ae pergi dulu!"

Saya membuka pagar dan satu senyuman mengejutkan saya. Saya membalas senyumannya.

"Bawa kereta elok-elok." Ayah yang masih setia di pintu berpessan pada Chanyeol.

"Ah yea.. Baik pakcik.." Chanyeol menunduk tanda hormat pada ayah dan memberinya senyuman manis.

Chanyeol berlari ke arah saya dan membukakan pintu untuk saya masuk.

Chanyeol menunduk sekali lagi ke arah ayah dan masuk ke dalam kereta. Saya tergelak dengan kelakuannya.

"Fuh... Nervous..." Chanyeol menarik pedal brek dan menekan minyak perlahan-lahan.

"Ayah saya tak garanglah." Saya tersenyum.

"Ayah mana yang garang bila dengan anak perempuan dia. Dia akan jadi garang bila dia kenal dengan teman lelaki anak perempuan dia." Chanyeol memberitahu.

"Hmm... Yelah~ So?" Saya memandangnya.

"So?" Chanyeol memandang saya untuk satu saat dan fokus pada jalan semula. Senyumannya masih terlekat pada bibirnya.

"Hari ni harinya. Saya pula yang terlebih nervous." Saya memberitahunya.

"Saya pun... Tapi, kena buat jugalah. Baik kalah dari tarik diri." Chanyeol berhenti kerana lampu merah di hadapan.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now