54. Kehilangan.

393 39 19
                                    

I want to create a new beginning, can I?

---

**Chung Ae's POV**

"Awak macam tak okay je hari ni.." Saya bersuara dan memandang Chanyeol yang sedang memandu. Dari cafe tadi, dia kerap menggosok tangannya dan bila saya tanya tentang sesuatu dia akan jawab sepatah. Beribu perkataan, sepatah juga dia akan jawab.

Dia senyap.

"Awak tak sihat ke?" Saya bertanya lagi.

Dia akhirnya tersengih.

"Tak ada lah. Saya okay je. Mungkin sebab dah nak exam." Chanyeol akhirnya memberi jawapan tetapi masih, bagi saya, dia hanya menjawab sepatah.

Saya risau. Setan di teliga kiri saya berbisik kepada saya yang dia sudah mula hilang perasaan terhadap saya. Dan kerana saya gemar membaca novel, saya mula membuat spekulasi sendiri. Mungkin dia suka saya sebab dia nak menang di depan Sehun tapi sebenarnya-

"Haa, fikir apa tu?" Chanyeol mencuit pipi saya. Saya memandangnya dan dia tergelak kecil. Tangannya mula memegang atas tangan saya dan menggengam dengan kuat.

Saya tersenyum dan membalas genggamanya dengan mengusap jari-jemarinya dengan lembut.

"Awak betul-betul okay ke?" Saya bertanya sambil mata saya merenung tangan kami berdua.

Keadaan menjadi senyap. Hanya sepi memenuhi ruang kereta untuk lebih kurang 5 minit.

"Kita lari nak tak? Awak nak duduk kat mana? Singapore? London? Canada?" Chanyeol bertanya.

Saya terkedu dan memandangnya. Saya tergelak dan memukul bahunya dengan lembut.

"Apa lah awak ni hahahaha." Saya masih tergelak.

"Saya serius lah." Chanyeol memandang saya dan ya, muka dia memang menunjukkan yang dia sangat serius.

"Awak serius ke.. Tapi, kenapa? Kenapa awak nak lari?" Saya masih tidak yakin yang dia sedang serius tapi saya hanya ikut sahaja perbualan yang dimulakan olehnya.

"Sebab.. Sebab saya nak kahwin dengan awak..?" Chanyeol membalas dengan sedikit senyuman.

Kereta Chanyeol perlahan-lahan berhenti kerana lampu merah di traffic light. Dia memandang saya. Bukan pandangan biasa tapi pandangan yang tajam.

"Macam mana nanti kalau saya kehilangan awak tapi saya taknak kehilangan awak sebab saya tahu saya akan kehilangan awak tapi saya cuba untuk tidak kehilangan awak sebab kehilangan awak boleh buat saya jadi sangat sangat sangat sedih." Chanyeol memberi jawapannya dalam satu nafas.

Saya terkedu. Betul-betul terkedu. Tangan saya mula menepuk dengan perlahan.

"Saya tak sangka yang awak boleh rap. Awak patut rap sebab saya rasa awak cakap benda-benda tu tadi dalam satu nafas je." Saya tersenyum dan menepuk kedua-dua belah tangan saya dengan perlahan. Saya masih terkedu dengan Chanyeol yang boleh rap.

"Jadi.. nak ikut saya pindah tak?" Chanyeol bertanya.

Saya menepuk lengannya tanda yang dia perlu menekan minyak dan mula memandu kerana traffic light sudah bertukar warna kepada hijau.

"Sebenarnya saya tak dengar pun apa yang awak rap tadi. Hahaha." Saya membalas.

"Boleh ulang semula, Encik Chanyeol?" Saya tersenyum dan memandangnya.

Chanyeol membuka mulutnya dan menutup semula.

"Hmm.. Tak apa lah.." Chanyeol mengeluh perlahan.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now