48. Impian...

880 115 10
                                    

Another update hihihi

Finally I got my car license! Its been a tough time for me while Im learning how to drive a car. It really use my blood, sweat and tears to reach this level.

So, for those who will take car license, please bare with all the challenges and I hope you will pass the test :)

Now, lets hop into the next chapter~

---

**Chung Ae's POV**

Saya mengelap air mata saya.

"Kenapa asyik mimpi yang sama.. Mimpi kemalangan tu makin kerap datang." Saya memeluk kaki saya.

Saya capai telefon saya yang berada di atas meja lampu di sebelah katil dan melihat skrin.

3 pagi.

"Ibu, ibu cuba nak bagitahu sesuatu ke?" Saya mengeluh.

Selepas 5 minit memujuk diri saya, saya membuat keputusan untuk tidur semula.

***

"Ayah! Chung Ae pergi dulu!" Saya cepat-cepat memakai kasut dan menutup pintu.

"Macam manalah boleh terbangun lambat.. Aduh..." Saya menutup pagar dan berlari secepat mungkin ke sekolah.

***

"Woah woah easy there." Bomi cepat-cepat memberhentikan saya dari berlari.

Saya bernafas dengan laju dan memandang Bomi yang bersama dengan V.

"Hi korang." Saya yang kepenatan menegur mereka berdua.

"Relax, ada 10 minit lagi." Bomi memegang tangan saya dan membawa saya masuk ke dalam sekolah.

"There.. Sempat, kan?" Bomi tersenyum dan saya tergelak dengan kecomelannya.

"Memandangkan awak dah ada kat sini, nah." V menghulurkan saya surat kecil.

"Surat apa ni?" Saya mencapainya.

Bomi mengenyitkan dahinya.

"Tadi, ada seorang lelaki ni dia tegur saya dengan V then dia suruh bagi pada awak. Saya macam cam suara dia tapi saya tak dapat nak tengok muka." Bomi membalas.

"Ohh.." Saya mengangguk.

Sebelum saya sempat membuka surat tersebut di depan mereka berdua, seorang pelajar memanggil Bomi dan V.

"Kitaorang pergi dulu, okay? Jumpa time rehat~" Bomi tersenyum dan V juga sama.

Saya mengangguk dan membalas senyuman mereka.

"Surat apa ni.." Saya tersenyum dan membuka surat tersebut.

Kemalangan melibatkan dua buah kereta.

Saya menelan air liur saya dan mata saya terkebil-kebil melihat surat tersebut.

Saya memandang sekeliling.

Perasaan takut mula menular dalam diri saya. Badan saya tiba-tiba terasa sejuk.

"Chung Ae! Kat sini pun awak.. Saya tunggu awak depan rumah tadi, maaf sebab saya lambat ambil awak. Saya terlelap lepas breakfast then-"

**Chanyeol's POV**

Mana pula Chung Ae ni.. Bukan kalau dia sampai sekolah, dia terus masuk kelas ke?

"Woi, nampak Chung Ae tak?" Saya bertanya pada Suho.

"Tak." Suho membalas dan saya terus keluar dari kelas.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now