38. Jangan dekat.

2.4K 213 15
                                    

April and so busy.

---

**Chung Ae's POV**

"Kau boleh senyap tak?"

Orang yang menutup mulut saya tadi terus melepaskan saya dan saya dengan cepat memandang belakang.

"Kai. Tak perlu rasanya nak cekup saya." Saya memandangnya.

"Macam mana aku tak cekup kau, ada orang ikut kau." Kai membalas dan mula berjalan ke hujung koridor.

Saya berlari supaya saya dapat berjalan di sebelahnya dan saya tak sabar nak dengar penjelasan Kai.

"Jadi kenapa-"

"Jangan dekat dengan Jr. Jaebum pun jangan." Kai memberitahu.

"Kenapa???" Saya sangat terkejut.

"Aku dah cakap sekali ni. Ingat apa yang aku cakap. Benda ni boleh selamatkan nyawa kau." Kai berhenti dan memandang saya. Kaki saya juga turut berhenti dan memandangnya.

"Tapi kenapa mereka berdua? Jr baik dengan saya. Kenapa saya tak boleh dekat pula dengan Jr?" Saya yang masih tidak puas hati bertanya kepadanya.

"Sebab dendam." Kai membalas dan mla berjalan ke arah kelasnya.

Apa tiba-tiba Kai ni? Dendam apa ni?

"Issh dia ni." Saya berkata kepada diri saya dan mula berjalan, mengikuti belakangnya.

"Lagi satu."

Saya terus berhenti dari berjalan. Kai memusingkan badannya dan memandang saya.

"Tak perlu rasanya nak tunjuk sweet depan semua orang." Kai berkata.

Eh?

"Bila masa pula?" Saya bertanya.

"Kau ingat kau dengan Chanyeol je ke yang ada dekat dunia ni? Dan tolong jangan nak hasut Chanyeol yang macam-macam. Lelaki akan lebihkan kawan dia berbanding perempuan. Ingat tu." Kai pusing semula dan meneruskan perjalannya.

Ehhhhhhhh?

"Gila ke apa?" Saya bertanya pada diri saya dan merenung belakang Kai yang sedang berjalan.

Sedang saya merenung, telefon saya berdering dan saya cepat-cepat mengangkat telefon saya.

"Sehun?" Saya terkejut.

Ya, saya dah tukar nama contact Sehun. Lebih selamat dan pastinya tiada pergaduhan.

"Hello?" Saya menyapa.

"Budak baru. Ada homework, tak?" Suara Sehun bertanya.

"Kita bukannya ada cikgu pun." Saya menggulingkan mata saya.

"Hehe. Macam mana kau boleh jawab phone ni? Cepat pula tu. Rindu aku ke?"

Entah kenapa saya boleh terbayang yang Sehun sedang tersengih sekarang ni.

"Tolonglah. Saya dekat luar kelas ni. Kalau itu je yang awak nak cakap, saya tutup." Saya hampir ingin menekan butang merah sebelum Sehun memanggil lagi.

"Ehh ehh budak baru. Kau taknak tanya ke kenapa aku tak datang hari ni?"

"Kalau saya tanya, awak takkan tanya saya lagi, kan?" Saya mengeluh.

"Eh sudah pasti!"

"Humm kenapa kau tak datang hari ni?" Saya bertanya dan mula berjalan dari kiri ke kanan memandangkan kaki saya tak boleh berhenti dengan lama.

"Tak ada apa. Okay bye." Sehun terus menutup telefonnya dan saya terkejut.

"Wow. Wahh hahaha!" Saya gelak tambah dengan geram. Saya seperti tidak percaya yang dia boleh terus tutup macam tu je.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now