6.Sehun dan Chanyeol.

3.4K 286 6
                                    

*SMILE WIDELY*

---

**Chung Ae's POV**

"...itulah yang sebenarnya." Baekhyun bersuara.

Platinium Class sedang mengadakan perbincangan yang berkaitan dengan kimia. Saya berkumpulan dengan Suho dan Baekhyun.

Saya hanya sibuk memikirkan siapa yang saya patut pilih untuk tugasan kedua. Kenapalah saya perlu cari 2 atau 3 orang? Tak boleh ke kalau saya seorang sahaja? Aissh!

"Awak dengar tak Chung Ae?" Saya mendengar Suho bertanya.

"H-Huh?" Saya bertanya. Saya tak dengar satu pun sebenarnya.

"Haihhh... Awak tak dengar pun. Tengoklah buku awak. Kitaorang dah sampai page 236." Baekhyun memberitahu saya.

Saya melihat page di buku saya dan tertera nombor kecil '228' di bawah kertas buku. Lamanya saya berangan.

"Awak okay Chung Ae?" Suho bertanya.

"A-ahh? Okay. Sorry sebab saya tak fokus. Nanti saya study balik page yang saya tertinggal. Kita forward terus page 236." Saya menjawab sambil tangan saya sibuk membelek buku dan mencari muka surat tersebut.

"Okay. Macam yang saya cakap tadi..." Baekhyun menyambung perbincangannya. Kali ini saya tak boleh fokus pada pembelajaran kerana saya asyik terfikir tentang tugasan kedua.

Penting sangat ke tugasan biasiswa tu? Kenapa semua terkejut? Kenapa Sehun terketar-ketar bila dia tahu saya yang pegang tugasan biasiswa ni? Kenapa bukan Jieun yang terpilih? Kenapa saya?

Sekejap.

Jieun. Saya macam pernah dengar nama tu.

Bomi dengan V!

Jieun. Stars Group. Golden G. Itu sahaja yang saya ingat. Masa rehat nanti saya mesti jumpa dengan mereka dan bertanya tentang Jieun.

"Chung Ae. Kalau awak penat atau awak terganggu, kita boleh sambung esok." Suho memberitahu saya.

"Maaflah. Saya.." Saya terhenti dan memandang Suho juga Baekhyun.

Saya rasa bersalah kerana saya tidak boleh fokus. Ini adalah perbincangan yang melibatkan kumpulan dan mereka semua bekerja keras.

"Saya just  terfikirkan something." Saya mengaku.

"Fikir? Tentang apa?" Baekhyun bertanya.

"Tentang Sehun?" Suho menjawab dan bertanya pada masa yang sama.

"Lebih kurang...?" Saya menjawab.

Suho tersenyum dan Baekhyun menipiskan mulutnya.

"Saya tahu ini susah untuk awak." Suho menenangkan saya.

"Tapi awak jangan risau. Awak kena tahan sikit dengan Sehun. Kalau awak datang sekolah ini lebih awal,  mungkin awak takkan duduk di sini dengan kami. Atau.. Mungkin awak akan suka kepada Sehun." Baekhyun menjawab dan tersenyum kepada saya.

"Suka kepada dia? Apa maksud awak?" Saya bingung.

"Satu hari nanti awak akan tahu. Tapi bukan sekarang. Tapi apa yang saya dapat beritahu, kalau boleh awak jangan layan Sehun." Suho membalas.

"Betul tu. Macam yang awak buat tadi. Masa awak baca buku tugasan tu." Baekhyun menjawab

"Mana awak tahu yang saya tengah baca buku tugasan tadi?" Saya bertanya kepada mereka berdua.

"A-Ahh..? Umm. Saya tahulah." Baekhyun menggosok belakang kepalanya.

"Hahaha.. Semua mata tertumpu pada awak tadi." Suho tersenyum.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now