13.Maaf.

3.3K 269 8
                                    

Hi everyone :)

---

**Chung Ae's POV**

"Kita nak pergi mana ni Chanyeol?" Saya bertanya.

"Ikut je." Chanyeol menjawab.

"Chanyeol. Hantarlah saya balik dulu sebab nanti ayah saya risau. Tolonglah Chanyeol." Saya merayu.

Chanyeol hanya senyap dan tiba-tiba dia berhenti di tepi jalan.

Saya terkejut.

Dia nak suruh saya turun dekat sini ke? Rumah saya dah jauh tersasar sangat ni. Kalau nak naik bas pula, paling awal pun pukul 6 petang. Sekarang baru pukul 4.30 petang.

"Dua minit untuk call ayah kau. Cepat." Chanyeol memberitahu.

"Yea? T-Tapi saya tak ada telefon." Saya memandangnya.

"Kau tak ada telefon? Biar betul?" Chanyeol bertanya.

Saya mengangguk.

"Aduhhh... Nah." Chanyeol mengeluarkan telefonnya dari poketnya dan memberikannya kepada saya.

"Seminit untuk call ayah kau." Chanyeol memberitahu.

Saya mengambil telefon Chanyeol dan menekan nombor ayah saya.

Lima kali deringan, baru ayah saya angkat.

"Hello?" Saya menyapa.

"Hello?" Ayah saya menguatkan suaranya. Bunyi bising di tempat kerja ayah saya membuatkan saya tidak berapa dengar suara ayah.

"Hello. Ayah. Ni Chung Ae." Saya menguatkan sedikit suara saya.

"Chung Ae? Kenapa? Chung Ae pakai telefon siapa ni?" Ayah saya bertanya.

"Chung Ae pakai telefon...," Saya memandang Chanyeol. Dia hanya memandang depan.

"Telefon kawan." Saya membalas dan fokus semula pada ayah.

"Ayah, Chung Ae balik lambat hari ni. Sebab ada kerja nak buat." Saya memberitahunya.

Chanyeol memandang saya dan menekan jam yang berada di tangannya beberapa kali untuk menunjukkan yang seminit saya sudah habis.

"Ayah, Chung Ae kena pergi sekarang. Bye." Chanyeol terus mengambil telefon yang berada di telinga saya dan menutupnya.

Itu agak, kurang ajar. Tahulah telefon mahal.

Orang kaya.

Chanyeol menyimpan telefonnya dan mula menjalankan keretanya.

Awkward nya. Sangat awkward.

**Chanyeol's POV**

Keadaan sangat senyap. Saya fokus pada jalan dan dia hanya memandang luar sahaja.

Sudah beberapa kali jugalah saya curi-curi tengok dia.

Dia tidaklah cantik, ataupun jenis yang digemari oleh kebanyakan lelaki. Dari cara dia berpakaian memang nampak yang dia bukan golongan fashion-fashion elit ni.

Mata saya kini beralih pada tangannya.

Saya perasan, dari tadi tangannya memang tak boleh duduk diam. Dia nervous ke? Atau dia tak selesa?

Saya teringat tentang soalannya tadi, adakah saya masih marah pada dia?

Tidak.

Ya, saya marah dia tapi waktu di sekolah tadi. Dia patutnya dengar dan ikut cakap saya bila saya beritahu dia yang dia mesti kena ada dengan saya sewaktu makan tengah hari tadi. Sekarang, Jieun sudah oun tahu siapa dia kepada saya sekarang.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now