25.Patut.

2.3K 254 17
                                    

Pia kejam sebab myra taknak fall for Seventeen but bila dia buat fanfic Seventeen Next Door.. #ProjectmakeMyraforgotaboutSeventeenpleasehelpMyrajuseyonggg

Dead.

---

**Chung Ae's POV**

"Macam ni lah. Apa kata awak semua balik? Saya boleh jaga diri saya sendiri." Saya memberi cadangan.

Mata saya memandang tujuh orang lelaki yang sedang duduk di depan mata saya. Chanyeol dan Sehun menggelengkan kepala mereka. Kenapalah mereka ni degil sangat?

Saya mengeluh.

"Chung Ae, awak sakit dan kalau terjadi apa-apa kat awak?" Baekhyun bersuara.

"Betul tu." Dyo menyokong Baekhyun.

Saya nampak Baekhyun dan Suho seperti terkejut bila Dyo bersuara.

"Jadi, baik kami semua tidur sini." Suho bersuara.

"Apa saya nak jawab dengan ayah saya?" Saya bertanya.

"Aku dah bagitahu ayah kau dah." Chanyeol berkata.

Saya terkejut. Bila masa pula dia sempat bagitahu ayah saya pula?

Saya menjelingnya.

"Tapi, rumah saya kecil. Takkan awak semua nak tidur dalam bilik saya pula?" Saya bertanya.

"Aku boleh je." Sehun tersenyum tepi memandang saya.

"Haha." Saya memerli Sehun.

"Kau nak aku buat betul-betul ke?" Sehun mencabar saya.

"Eh kau boleh senyap tak?" Chanyeol bersuara.

"Suka hati aku lah aku ada mulut kau sibuk kenapa?" Sehun membalas.

"Awak berdua.. Dah lah.." Saya bersuara.

"Kau punya boyfriend tu mulakan dulu. Jangan nak salahkan aku." Sehun menyilangkan tangannya.

"Sedap kau cakap. Eee kau boleh pergi tak dari rumah girlfriend aku?" Chanyeol melawan semula.

"Korang.." Saya cuba meleraikan.

"Eh aku ingatkan girlfriend kau Julia. Bukan, eh?" Sehun membalas.

Chanyeol terus bangun diikuti oleh Sehun seterusnya semua turut bangun dan cuba berada di tengah mereka.

"Kau dah lebih Sehun."

Sehun hanya tergelak.

"Aku dah lebih? Aku rasa tu fakta." Sehun membalas.

"Dah lah tu.. Ni dekat rumah Chung Ae. Tolonglah simpan. Kita tidur sini sebab nak jaga Chung Ae." Chen bersuara dengan agak kuat.

Chanyeol dan Sehun terus senyap dan memandang saya.

Saya hanya mampu mengeluh dan itu sahaja.

Mengeluh.

Keadaan juga menjadi senyap.

"Saya lapar." Saya bersuara dan terus bangun dari tempat duduk saya. Saya berjalan ke dapur.

Eh aku ingatkan girlfriend kau Julia. Bukan, eh?

Kau dah lebih Sehun.

Saya mengeluarkan roti dari kabinet yang berada di dapur saya. Saya hanya merenung roti tersebut.

Kenapalah saya dah tak segembira dulu? Bila saya dah pindah sekolah baru, semuanya berubah. Kenapa juga mimpi itu selalu datang balik sekarang? Saya ni memang menyusahkan. Sehun dan Chanyeol selalu bergaduh sebab saya sekarang. Mungkin sebab tu Kai tak suka saya bila Chanyeol menyuruh saya menjadi Golden G dia.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now