53. Sumpah.

480 48 21
                                    

**Chung Ae's POV**

Petang yang agak dingin. 

"Kyungsoo!" Saya mengangkat tangan saya supaya Kyungsoo perasan saya.

Kyungsoo tersenyum dan berjalan ke arah tempat duduk meja.

"Sejuk gila kat luar." Kyungsoo mengambil tempatnya.

"Dah namanya pun New Zealand." Saya memandangnya.

"Hehe." Kyungsoo membalas dengan senyuman sinisnya.

Kyungsoo memanggil waiter lelaki yang baru sahaja keluar dari dapur dan membuat pesanannya.

"Jadi?" Saya memandang Kyungsoo dengan pandangan yang tajam.

"Jadi apa?" Kyungsoo menggunakan kad 'buat-buat tak tahu'.

"AWAK DAH KAHWIN?!?!??!?!" Saya ter-over excited dan agak menarik perhatian 2 customer yang berada di dalam café tersebut.

"Haih.. Tak pernah berubah sifat gelabah dia." Kyungsoo menggelengkan kepalanya dan tersenyum.

"Ye, ye saya tahu ughhh. Jadi, bagitahu semuanya." Saya menjelingnya.

"Dari mana nak mula eh.. Hmmmmmmm.." Kyungsoo masih bermain dengan saya.

"Macam mana kalau mula dari, bila awak ada girlfriend?" Saya bertanya.

"Dari umur saya 14 tahun." Kyungsoo menjawab dengan senyuman yang tak berapa besar dia tu.

"14 tahun??? Wowww!" Saya kagum.

Kyungsoo menunjukkan ekspresi bangganya.

"Sebab tu lah lepas graduate je, awak terus senyap, tanpa khabar berita.." Saya memandangnya.

"Better senyap dari dibicarakan, ceh wahhh." Kyungsoo tergelak.

Saya juga tergelak seperti tidak percaya. Kyungsoo memang berubah sejak dia keluar dari sekolah. Saya rasa gembira bila melihat dia.

Saya memandang ke luar tingkap dan luas terbentang padang rumput yang penuh dengan lembu-lembu.  Saya tersenyum.

"Chanyeol macam mana?"

Kyungsoo bertanya.

***

"Ouch!" Saya terkejut.

"Sakit?" 

Saya terdengar suara.

"Sehun! Sakitlah..." Saya memegang ikatan rambut ponytail saya.

"Kau kenapa duduk sini sorang-sorang? Mana boyfriend kau?" Sehun duduk di sebelah saya.

"Saya saja nak duduk sini. Minggu depan dah final exam dan tak lama lagi kita akan tinggalkan sekolah ni." Saya tersenyum memandang padang bola yang terbentang luas di depan saya.

Saya perasan yang Sehun memandang saya tapi saya pilih untuk buat tak tahu sahaja.

"Golden G." Sehun tergelak.

Selepas saya dengar perkataan itu, terus saya memandangnya dengan pandangan yang paling tajam saya boleh bagi.

Sehun memandang saya juga dengan pandangan yang...

Kenapa dengan hati saya ni???

Mata saya tertumpu pada matanya...

"Apa ni Chung Ae, kau dah ada boyfriend lah! Jangan cari pasal!" Semua organ di dalam badan saya cuba memberitahu perkara yang sama.

"Golden G, macam mana kalau aku cakap, aku suka kau?" Sehun menggunakan mode charming nya.

Saya terus mematikan pandangan kami berdua.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now