41. Jaket Chanyeol

1.2K 152 12
                                    

Have a great weekend!! :)

---

**Chung Ae's POV**

"Okay, saya bersedia untuk kena marah." Saya memberitahunya dan kepala saya pandang ke bawah.

"Lain kali..." Chanyeol mula bersuara dan saya beritahu pada diri saya, saya boleh tahan. Hanya 20 minit untuk dengar leteran Chanyeol dan masuk ke dalam rumah semula.

"Lain kali.. Pakai baju tebal kalau keluar dari rumah." Chanyeol memberitahu saya dan saya boleh rasa yang badan saya dilitupi dengan jacket Chanyeol.

Saya memandang mukanya.

"Awak tak marah?" Saya bertanya.

"Saya ni terlalu garang untuk awak eh?" Chanyeol mengerutkan dahinya dan memandang saya.

Saya mengangguk.

"Sheesshh."Chanyeol membuat suara menggunakan mulutnya dan saya tersenyum kecil.

Keadaan mula senyap dan angin malam ni memang sejuk.

Tiba-tiba, Chanyeol membuka pintu keretanya dan menarik tangan saya.

Saya terkejut.

"Duduk." Chanyeol menyuruh.

Saya ikut sahaja permintaannya dan badan saya menghadapnya. Chanyeol mengcangkung ke bawah dan saya melihatnya.

"Kenapa?" Saya bertanya.

"Cuba awak tengok kat pintu rumah awak." Chanyeol memberitahu.

Mata saya terus melihat ke arah pintu rumah saya. Saya tergelak kecil dan memandang Chanyeol semula.

"Kenapa dengan ayah saya?" Saya bertanya sambil tersenyum padanya.

"Saya ingat nak sweet sweet dengan awak malam ni tapi quota dah habis. Hahaha.." Chanyeol tergelak kecil dan saya juga terikut sama.

"Bukan habis.. Tapi limited." Saya membalas.

"Yelah girlfriend." Chanyeol tersenyum.

"Chanyeol." Saya memanggilnya.

Chanyeol terus memandang saya dengan senyumannya masih terlekat pada bibirnya.

"Saya takut. Saya tak pandai main hurling."

"Saya pun. Saya pun tak tahu main. Percayalah, kita akan kalah teruk nanti." Chanyeol mengeluh.

"Tapi Luhan kata Sehun pandai main?" Saya bertanya.

Air muka Chanyeol terus berubah kepada masam.

Oops.

"Tapi Luhan kata S pandai main?" Saya betulkan ayat saya.

"O." Chanyeol memberitahu saya.

Saya mencebik dan mengalah.

"Tapi Luhan kata O pandai main?" Saya bertanya padanya untuk kali ketiga.

Chanyeol mengangguk dan mengangkat bahunya.

"Kita tengok esok masa latihan. Kalau si tak guna tu pandai main, kita masih ada harapan." Chanyeol mengangguk.

"Cubalah awak dengan Se-"

"Sheessh." Chanyeol terus memotong saya.

"Ish. Cubalah awak dengan O- Saya memang tak boleh sebut Sehun ke depan awak?" Saya bertanya.

"Rule #1 to date Chanyeol Park. Jangan sebut nama dia. Rule #2 to date Chanyeol Park. Jangan sebut nama dia. Rule-"

"Okay. OKAY." Saya terus memotongnya dan mengeluh.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now