57. Demi ayah.

398 36 9
                                    

Thank you kepada yang still support fanfic ni, sayang awak semua :)

---

**Chung Ae's POV**

"Terima kasih Encik Lee sebab sudi hadir hari ini. Tahniah sekali lagi." Puan Kang menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ayah. Ayah menyambut tangan puan Kang.

Ayah nampak gembira. Saya tersenyum dan menunduk hormat ke arah puan Kang seterusnya berjalan keluar dari bilik perbincangan bersama ayah.

"Ayah sangat bangga dengan Chung Ae. Terima kasih banyak-banyak." Ayah mengusap kepala saya.

Saya merasa agak sebak lalu terus memeluk ayah dengan erat.

"Ibu pasti tersenyum di syurga sekarang ini." Ayah berbisik di telinga sambil tangannya lembut mengusap helaian rambut saya.

Saya melepaskan pelukan dan tersenyum.

"Tak sangka, satu-satunya anak ayah dah dapat lebih dari 12 tawaran universiti. Bukan hanya di Korea tapi dari Sweden dan New Zealand. Ayah bangga sangat-sangat. Terima kasih anak ayah." Ayah saya nampak sangat bahagia sekarang ini.

Kalaulah saya dapat rasa yang sama seperti ayah...

Saya tersenyum dan sedikit gembira tapi hati saya tidak.

Perkahwinan Chanyeol... Surat misteri yang saya dapat... Jieun..

Apa yang patut saya buat sekarang ini?

"Terima kasih kepada ayah juga sebab membesarkan Chung Ae dengan baik walaupun kita tak seberapa tapi Chung Ae sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Hanya dengan ini Chung Ae boleh balas jasa ayah dan ibu selama membesarkan Chung Ae. Terima kasih ayah." Saya tersenyum lebar.

Ayah tergelak kecil dan mengangguk.

"Jom kita pergi makan bulgogi?" Ayah mengajak.

Saya terkejut. Bulgogi?

"Tapi... Bulgogi.." Saya teragak-agak sedikit untuk makan bulgogi kerana ayah pasti sedang menyimpan duit untuk universiti saya tetapi ayah nampak sangat ikhlas untuk belanja saya makan bulgogi.

"Ayah dapat gaji hari ni. Ayah sebenarnya dah lama nak makan bulgogi tapi ayah selalu perasan yang Chung Ae selalu belajar dan kepenatan bila balik rumah. Ayah taknak kacau jadi ayah simpan duit setiap kali ayah ingin makan bulgogi tapi kali ni ayah harap Chung Ae boleh teman ayah makan?" Ayah tersenyum hingga menunjukkan giginya.

"Ayah..." Saya terharu dengan apa yang dikatakan oleh ayah tadi.

"Tak apa. Kita pergi makan ye? Chung Ae pergi ambil barang Chung Ae dulu lepas tu kita pergi makan. Dah boleh balik, kan sekarang?" Ayah bertanya.

Saya tersenyum dan mengangguk.

"Ayah tunggu di pagar ye." Ayah tersenyum dan berjalan pergi ke tangga untuk turun.

Saya tersenyum bila melihat ayah. Hanya ayah yang boleh buat saya betul-betul bahagia dan rasa gembira. Saya tak boleh bayangkan jika ayah pergi dari saya.

Telefon saya berbunyi menandakan ada satu mesej masuk.

From: Chanyeol <3

Boleh kita jumpa petang nanti?

Akhirnya.

To: Chanyeol <3

Saya keluar dengan ayah hari ni. Sorry.

Kaki saya mula berjalan ke arah kelas dan saya ternampak Jinyoung bersama seorang wanita yang agak berumur.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now