58. Rindu.

582 35 10
                                    

**Chung Ae's POV**

"Sedapnya tiduuuur!" Saya mengeliat dan menguap. 

Badan saya yang sedang terbaring tadi terus terbangun bila terdengar bunyi ketukan di pintu. Saya melihat jam di dinding dan jarum jam menunjukkan pukul 11 pagi.

"Masuk!" Saya tersenyum kerana saya tahu ayah pasti risau tentang saya. Dia tahu saya selalunya akan bangun pada pukul 7 atau 8 walaupun waktu cuti.

Lambat betul saya bangun pagi ni. 

"Selamat pagi." Ayah saya tersenyum di pintu bilik saya.

Comel je.

"Selamat pagi ayah.." Saya menguap lagi.

"Kesian anak ayah, penat ye? Tak apa lah kalua macam tu." Ayah saya tersenyum dan hamper ingin menutup pintu bilik saya semula sebelum saya memberhentikan perbuatannya.

"Kenapa ayah? Kita ada nak pergi mana-mana ke? Nak ikut~" Saya tersenyum.

"Anak kawan ayah baru meninggal pagi tadi. Ayah rapat dengan dia dekat kilang jadi ayah ingat macam nak pergi melawat."

"Kat mana ayah?" Saya bertanya.

"Gwangju."

Saya terdiam. Hari selasa adalah hari pertama peperiksaan akhir tahun dan saya perlukan rehat sepenuhnya untuk capai target. Tapi saya juga ingin mengikut ayah ke Gwangju.

"Chung Ae mesti nak belajar, kan? Tak apalah, ayah duduk rumah je. Ayah teman Chung Ae, ye?" Ayah saya tersenyum.

Saya rasa sangat bersalah.

"Eh.. Tak apa ayah. Chung Ae boleh tidur rumah kawan Chung Ae. Ayah sekarang pergi siap-siap kan beg dan beli tiket bas. Chung Ae minta maaf sebab tak dapat temankan ayah pergi ke Gwangju juga." Saya bangun dari katil dan pergi kepada ayah.

Ayah tersenyum.

"Betul ni? Siapa kawan Chung Ae tu?" 

"Budak perempuan dari kelas lain. Chung Ae tak sempat nak kenalkan dekat ayah sebab semalam dia dah balik. Ayah jangan risau, Chung Ae baik-baik je kat sini. Lagipun, ayah balik esok, kan?" Saya tersenyum, cuba untuk meyakinkan ayah.

"Kalau ada bas malam ni, ayah cuba balik hari ni. Kalau tak ada, ayah balik esok." Ayah menjawab.

"Okay ayah."  Saya tersenyum.

"Ayah nak Chung Ae buatkan sarapan ke?" 

"Ayah dah makan roti tadi. Mungkin ayah patut siap sekarang. Taknak terlambat. Chung Ae mandi lepas tu siap-siap kan barang nak bawa ke rumah kawan. Tanya dia dulu dia ada kat rumah ke tak." Ayah saya berpesan sebelum menutup pintu bilik saya.

Saya terus mengambil telefon saya.

Oh. Saya lupa.

Saya terpaksa turned off telefon saya sebab Chanyeol tak berhenti menelefon saya. Entah kenapa tapi saya berharap sangat yang dia ada di depan rumah saya semalam. Saya rindu Chanyeol.

Saya mengeluh.

Screen telefon akhirnya menyala dan saya dihujani dengan notifications.

78 missed calls from Chanyeol <3

50 unread messages from Chanyeol <3

3 unread messages from Sehun gila

Saya terus membuka message dari Sehun.

From:  Sehun gila

Jangan lupa esok.  

From: Sehun gila

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 23, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

She Is My Girl.Where stories live. Discover now