12.Chanyeol masih marah.

3.1K 286 9
                                    

Nina, are you reading this? I miss you too :) Hehehe...

---

**Chung Ae's POV**

"C-Chanyeol." Saya terkejut.

Chanyeol berlari ke arah saya dan memegang tangan saya yang lagi satu.

Jadi, dialah Jieun?

Jieun masih memegang kuat tangan saya. Matanya masih fokus pada pin saya.

"What is this Chanyeol?" Jieun bertanya tetapi matanya masih memandang pin yang berada di blazer saya.

Chanyeol menjatuhkan tangan Jieun dan terus menarik saya ke dakapannya.

Well, peluk bahu je but still dakapan, kan?

"So... Sebanyak-banyak perempuan yang cantik, comel, kemas dekat dalam sekolah ni, awak pilih budak..." Jieun memandang saya dari atas ke bawah.

"Ni?" Jieun memandang mata saya.

Wow. Just wow. First impression saya terhadap dia sewaktu kami berlanggar dulu adalah dia sangat baik dan rendah diri but now?

Wow.

"Hey—" Saya baru sahaja ingin memepertahankan diri saya sebelum Chanyeol menutup mulut saya dengan tangan yang dia peluk bahu saya tadi.

Chanyeol pusing ke belakang dan saya hanya mengikut pergerakan badannya. Ahli-ahli Gold Group berada di belakang dan mereka tersenyum dan membuat muka 'Sorry' kepada saya. Saya tahu yang mereka nak membantu tetapi mereka tak boleh.

Sekali lagi, saya ditarik oleh Chanyeol.

Kami berjalan ke cafe sekolah dan berhenti betul-betul di depan tempat untuk ambil makanan.

Chanyeol melepaskan saya dan saya hanya senyap.

Semua mata pelajar-pelajar disitu melihat ke arah kami berdua.

"Ambil cepat." Chanyeol menyuruh dengan suara yang agak marah.

Saya berasa tidak senang kerana saya tahu yang saya dalam masalah dan cafe menjadi senyap serta-merta. Bunyi sudu dan garfu di pinggan pun tidak kedengaran.

Tiba-tiba, Chanyeol menghulurkan pinggan di depan mata saya. Saya memandangnya.

"Thanks." Sehun datang dari belakang dan mengambil pinggan yang dihulurkan kepada saya tadi. Dia mengambil makanan yang berada di depan saya.

Kami hanya memandang Sehun sehingga di selesai mengambil makanan.

"Jom Chung Ae. Kalau kau tak pandai jaga Golden G kau, biar aku yang jaga." Sehun memberitahu kepada Chanyeol.

"Kau kenapa Sehun?" Chanyeol bertanya.

Saya yang berada di tengah-tengah mereka tiba-tiba ditarik oleh seseorang.

"Baekhyun." Saya memandangnya. Baekhyun hanya tersenyum dan membawa saya pergi. Xiumin dan Suho juga mengikut belakang kami.

Dua minit sudah berjalan, akhirnya kami sampai di kelas. Baekhyun memasukkan kod dan seterusnya kami semua masuk. Saya mengambil tempat saya dan Suho, Baekhyun juga Xiumin duduk di depan saya.

"Awak okay Chung Ae?" Xiumin bertanya.

"Diorang takkan gaduh lagi, kan?" Saya bertanya dan memandang mereka bertiga.

"Umm.. Bergantung." Suho menjawab.

"Bergantung? Bergantung atas apa?" Saya bertanya semula.

"Kalau Chanyeol sayang awak, mesti diorang akan bergaduh tetapi kalau Chanyeol balik dengan keadaan yang selamat dan baik, maknanya dia tak sayang awak." Baekhyun tersenyum.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now