14.Sehun di rumah.

3K 272 12
                                    

"You cheeky little shit." (My best friend)

"Whatever you say." (Me) =__=

---

"Makanlah... Makan..." Saya tersenyum paksa kerana ayah saya sedang duduk di sebelah Sehun.

"Haa.. Makan Sehun... Banyak ni. Pakcik dengan Chung Ae pun mungkin tak habis kot." Ayah saya dengan gembiranya melayan Sehun.

Kalaulah ayah saya tahu macam mana Sehun melayan saya dekat sekolah...

Sehun tersenyum pada saya dan mengambil sekeping pizza di dalam kotak.

Saya juga mengambil sekeping dan makan. Suasana di meja sangat senyap.

"Umm... Ayah tinggalkan kamu berdua ye. Ayah rasa ayah ada kerja dekat luar." Ayah saya bersuara dan bagun dari kerusi.

"Tapi ayah—"

"Chung Ae, layan Sehun baik-baik dan ingat Sehun, mata pakcik ada dekat mana-mana je ye." Ayah saya tersenyum pada Sehun dan mengusutkan rambut saya.

Ayah saya pergi ke arah ruang tamu dan saya memandang Sehun.

"Kau keluar dengan Chanyeol ke tadi?" Sehun bertanya dan mengambil sekeping pizza lagi.

Saya mengangguk.

"Dia layan kau macam mana?" Sehun bertanya lagi.

"Okay." Saya menjawab sepatah.

"Kau takut dengan aku ke Golden G?" Sehun memandang saya.

Saya hanya senyap.

Tiba-tiba bunyi deringan telefon mengejutkan saya.

Saya memandang Sehun.

"Itu bukan telefon aku." Sehun memberitahu.

Akhirnya, bunyi itu berhenti pun.

Keadaan senyap dan bunyi itu muncul lagi.

Saya cuba mencari bunyi itu dan saya terlupa yang Chanyeol membelikan saya telefon baru!

Telefon itu masih di dalam kotak dan saya cepat-cepat membuka kotak tersebut.

Saya dengan terketar-ketarnya cuba menjawab panggilan itu tetapi saya tidak tahu.

Nama Chanyeol tertera di skrin dan saya banyak kali tekan gambar yang berwarna hijau tetapi telefon itu tidak pun membuat kerjanya.

Saya tekan lagi dan arghh! Macam mana telefon orang kaya ni?!

Kalau nak tekan nombor saya tahulah, tapi nak jawab telefon canggih saya tidak tahu. Saya hanya tahu menjawab telefon ayah saya kerana ada punat.

Nama Chanyeol sudah hilang dari skrin dan bunyi bising tadi pun berhenti.

"Jangan cakap yang kau tak tahu guna phone?" Sehun memandang saya.

Saya sangat sangat sedang menahan malu saya.

"Bagi aku." Sehun mengarah.

Saya berikannya kepada dia.

"Awak nak buat apa?" Saya bertanya.

Sehun membuat sesuatu pada telefon saya.

Bunyi telefon saya berbunyi dan nama Chanyeol tertera sekali lagi.

"Kau tengok ni, kau tekan yang hijau ni then tarik dia ke sebelah macam ni." Sehun membuat demo kepada saya dan saya mengangguk.

Sehun menunjukkan demo di depan saya dan saya baru sahaja ingin mengambil telefon itu dari tangannya sebelum,

She Is My Girl.Where stories live. Discover now