42. Nak tumpang?

1.3K 139 25
                                    

Another update for my lovely readers love u guys so much T__T

Good morning everyone hehe :)

---

**Chung Ae's POV**

"Terima kasih." Saya tersenyum kepada waitress tersebut.

"Kalau Golden G nak apa-apa lagi, panggil saya je ye." Perempuan dalam lingkungan 23 tahun memberitahu kepada saya dan saya mengangguk.

Dia tersenyum dan mula berjalan ke arah dapur semula.

Saya terus mencebik dan saya rasa sangat menyesal.

*Flashback*

"Cantik baju. Nak pergi mana awak?" Saya terdengar suara yang sangat saya kenal dan kaki saya terus berhenti.

"Chanyeol..." Perlahan-lahan saya memandangnya dan tersenyum dengan kekoknya.

Chanyeol memandang saya dengan senyumannya yang manis dan seperti biasa, 5 kereta yang lain berada di belakangnya.

"Nak pergi sekolah ke? Nak tumpang?" Chanyeol bertanya dengan nada sindiran dan tak lupa juga senyumannya.

"He.. Tak apalah.. Dah nak sampai dah.." Saya mula berjalan perlahan-lahan dan saya perlu berfikir dengan cepat.

Kereta Chanyeol perlahan-lahan mengekori saya dari tepi dan kereta yang lain juga ikut sama.

Saya nampak bus stop di depan saya dan saya rasa gemuruh. Gemuruh kenapa? Sebab semua mata yang berada di situ memandang apa yang sedang terjadi kepada saya sekarang ni.

Ada yang terkejut, ada yang teruja, ada yang cuba judge saya dan ada yang tergelak.

Ada juga yang kenal Chanyeol dan geng nya.

Malunya.. Malunya..

"Serious taknak tumpang? Saya offer ni." Chanyeol sengaja bertanya kepada saya dengan nada yang kuat supaya semua orang di bus stop tu boleh dengar suaranya.

Okay, nama Chanyeol tercatat dalam buku blas dendam saya.

Selepas melepasi bus stop, saya berhenti dan serta merta semua kereta berhenti.

"Okay. Saya naik awak." Saya memandangnya dan mencebik.

"Kan saya kata jangan datang?" Chanyeol bertanya dan saya memandang bawah.

"Saya tahu.. Tapi ayah saya suruh datang. Haa saya mestilah ikut cakap ayah saya, kan?" Saya membalas.

"Dah masuk, saya hantar awak balik." Chanyeol memberitahu dan saya mengeluh.

Tiba-tiba, satu idea sedang mengetuk pintu otak saya.

Saya berjalan perlahan-lahan ke sebelah pintu tempat penumpang depan kereta Chanyeol dan membuka pintu tersebut.

"Tapi.. Saya taknak balik. Sayanakpergisekolahbye!" Saya berlari ke arah tempat pejalan kaki dan dengan lajunya saya berlari.

Lagi sikit nak sampai.. Lagi sikit nak sampai sekolah.

Saya boleh dengar bunyi enjin-enjin yang sedang mengejar saya.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now