4.Gold Group.

3.7K 279 3
                                    

Hi everyone. I hate to talk about my internet. Crazy. That's all I can say. Update using a phone. Great. 

Sorry for typing errors, huhu.

By the way, updates down here :)

—-

*Chung Ae's POV*

Saya pun masuk ke dalam Platinium Class bersama Luhan. Saya agak gementar kerana semua yang berada di dalam kelas tersebut berhenti membuat kerja mereka dan memandang saya. Memang betul semua pelajarnya adalah lelaki. Wah... Biar betul saya akan sekelas dengan mereka semua nanti? Saya memandang Luhan dan dia tersenyum kepada saya.

First of all mestilah saya kena perkenalkan diri sayakan? Saya benci bila saya harus perkenalkan diri di depan kelas.

"Umm.. Hi. Saya Lee Chung Ae pelajar baru dan pelajar pertama yang mendapat biasiswa di Present Lynwood Highschool. Selamat berkenalan." saya memperkenalkan diri dan menunduk tanda hormat.

Semuanya senyap sehingga lelaki Sehun tiba-tiba menepuk tangannya. Saya berasa pelik dan saya nampak Luhan menggelengkan kepalanya. 

Huh?

"Budak baru? Hmm.. Not bad." saya memandang lelaki Sehun itu. 

Tiba-tiba Luhan menolak saya dengan perlahan ke arah tempat duduk di sebelah Sehun. Saya terkejut. 

"Sorry." saya terdengar Luhan berbisik di telinga saya. 

Luhan bukakan beg di bahu saya dan meletakkannya dengan cantik di atas meja di depan saya.

Seterusnya dia berjalan pergi ke tempat duduk di depan. Saya memandang lelaki Sehun dan dia melihat saya dari atas ke bawah. Saya rasa agak tak selesa dengan duduk di sini.

Saya memandang sekeliling dan nampak satu meja di belakang di sebelah kanan kosong. Saya bangun dan mengambil beg saya untuk ke belakang tiba-tiba Sehun bangun dan memegang bahu saya untuk duduk semula.

"Excuse me?" saya memandang atas. Bahu saya sedikit sakit dan saya mengusap bahu saya.

"Nak lari?" Dia bertanya kepada saya. Dia mula bermain dengan belakang rambut saya. Saya tak selesa duduk dekat sini. Saya nak tukar kelas!!

"Lepaslah!" saya menepis tangannya. Saya cuba bangun semula dan dia menyepak kaki saya menyebabkan saya terduduk.

"Auuu!!" saya mengusap kaki saya. Sehun hanya tersenyum sinis.

Lelaki ni sangat lah kurang ajar!

"Boleh senyap sikit tak?" tiba-tiba ada suara berbunyi. Saya melihat ke arah suara tadi dan nampak lelaki pelik sedang membaca buku di tepi tingkap di sebelah kanan.

Lelaki tadi meneruskan pembacaannya tanpa menghiraukan apa yang sedang terjadi.

"Chanyeol, kau taknak kenal ke dengan pelajar baru? She's hot..." Sehun tersengih.

Lelaki Chanyeol menutup bukunya dan memandang Sehun.

"Tak minat." dia membalas dan memandang saya. Saya melihat lelaki pelik itu dan dia menjeling. 

Apa masalah dia? 

"Not interested, huh? Haha.." Sehun memberitahunya. 

Lelaki pelik mula bangun dan keluar daripada kelas. Luhan pergi ke arah Sehun dan berbisik sesuatu kepadanya. Muka Sehun seperti terkejut dan dia mula berjalan keluar bersama Luhan.

Apa yang Luhan bisik dekat Sehun? 

Suasana kelas menjadi senyap dan membuatkan aura kelas menjadi sangat kekok.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now