BAB 2

820 29 0
                                    

"KAU menangis air mata darah sekalipun aku tetap takkan maafkan kau, Aisy. Aku tak nak kau rapat-rapat lagi dengan Widya. Aku tak nak Widya berkawan dengan perempuan memalukan macam kau!"

Masih terngiang-ngiang lagi herdikan lancang Zafriel di halwa telingaku. Sekali pun aku tak pernah melupakannya. Tidak sangka hari ini takdir mempertemukan kami kembali. Redup mataku memandang wajah tegangnya sebelum bebola mataku bergerak memandang wajah jelita milik Widya.

"Lamanya kau menghilang, Aisy. Kau pergi mana? Aku cuba contact kau tapi tak dapat. Hubungan kita renggang macam tu saja," ujar Widya dengan mimik muka sedihnya dipamerkan kepada aku.

Ya, aku sedar akan itu. Aku sengaja tukar nombor telefon sebab aku tak nak dia contact aku lagi. Aku tak tahulah nak jelaskan macam mana keadaan aku sekarang ini. Semuanya berubah. Aku tidak tahu hendak mulakan dari mana. Mereka berdua tidak akan faham ceritaku. Mereka tidak akan faham deritaku.

"Aku tukar nombor. Telefon lama aku hilang," kataku sekadar beralasan. Kepalaku tundukkan memandang permukaan meja manakala Danish di sebelahku seronok menggigit ayam goreng Kentuckynya.

"Seriuslah? Patutlah aku call banyak kali tak dapat. Syukurlah akhirnya kita jumpa juga dekat sini. Takdir mempertemukan kita semula," katanya. Teruja.

Aku tersenyum kelat. Bebola mataku memandang lagi wajah Zafriel. Aku tahu dia tak sudi nak pandang aku langsung.

Ya Allah, besar sekali dendam dalam hatinya untukku. Tiada sekelumitkah rasa ingin 'memaafkan' dalam hatinya untuk aku?

Aku perasan Zafriel sekarang semakin kacak. Dengan jambang dan misai nipisnya. Ditambah lagi bulu matanya yang melentik. No wonderlah, ibunya orang Arab tulen manakala bapanya pula original Melayu. Tidak mustahillah keturunan Arab tidak melekat kepada si anak. Untung Widya.

"Kau buat apa aje sekarang? Kau kerja apa? Kau duduk mana?" Soalan Widya yang bertubi-tubi itu seolah-olah menembak aku.

"Aku kerja sebagai kerani di Daimzi Enterprise. Aku duduk dekat rumah biasa-biasa sahaja. Kalau kau nak datang nanti aku hantar location," balasku seraya tersenyum palsu.

"Boleh-boleh. Bak mai nombor telefon kau," pintanya kepadaku.

Aku lekas menyebut satu per satu nombor telefonku manakala Widya menyalinnya. Aku perasan Zafriel seakan-akan mencebik menyampah ketika aku menyebut nombor telefonku. Apa lagilah agaknya yang dia dendamkan. Benda dah lama berlalu kut...

"Chantek! Aku nak tahu banyak lagi pasal kau especially budak kecil tu." Jari telunjuk Widya menuding tegak ke arah anakku.

Keningku terangkat tinggi.

"Aku nak ke tandas sekejap. Lepas tu aku nak kau sambung cerita," katanya seraya bangun ingin meninggalkan aku berdua-duaan dengan Zafriel.

Matilah aku...

"Sayang nak ke mana? Sayang nak biarkan saya sorang- sorang ke di sini?" soal Zafriel kepada Widya tanpa menghiraukan kewujudan aku di hadapannya.

"Eh, eh, mengada-ada pula dia. Awak duduklah dulu berbual-bual dengan Aisy. Saya dah tak tahan nak membuang. Bukannya lama pun saya ke tandas," gerutu Widya.

Aku hanya melihat dan menjadi pemerhati dalam diam. Alangkah bagusnya sekiranya perkataan 'sayang' yang meluncur dari bibir Zafriel itu untuk aku. Ah, Aisy! Jangan perasan. Mati hidup semula pun belum tentu kau milik Zafriel. Belum tentu juga Zafriel milik kau.

Sebaik sahaja langkah Widya semakin menjauh, aku menegakkan badanku. Zafriel pula memusingkan badannya berpaling daripada kedudukan kami.
Baru sahaja aku hendak mengelapkan mulut Danish yang dipenuhi minyak, Zafriel bersuara dingin. Aku lekas menoleh ke arahnya.

LELAKI TERAGUNG [18+]Where stories live. Discover now