Bab 13

598 24 1
                                    

LAMPIRAN Excel perakaunan yang telah aku siapkan semalam, aku serahkan kepada Encik Daimzi. Lega jugalah aku sebab dia tak membebel kerana aku lambat hantar. Sepatutnya sejak dua hari lepas lagi aku siapkan tapi itulah, aku buat kerja sambalewa. Banyak sangat berbual dengan Tiara.

Aku tumpang gembira bagi pihak Tiara. Doktor telah mengesahkan Tiara mengandung. Nampak gayanya aku kenalah jadi babu dia nanti. Dia mengidam macam-macam, aku yang kena hilangkan rasa mengidam dia tu. Alah, macamlah aku tak kenal Si Tiara tu.

Di rumah memanglah suami dia yang jadi mangsa kalau di tempat kerja, aku yang jadi mangsa dia. Aku faham perasaan perempuan mengandung kerana aku pun pernah melalui fasa itu. Malangnya, aku tidak dimanjakan seperti suami-suami lain memanjakan para isterinya.

"Saya suka dengan kerja awak, Aisy. Awak nampak konsisten." Pujian Encik Daimzi mematikan fikiran aku terhadap kandungan Tiara.

"Terima kasih, Encik Daimzi. Kalau encik tak bagi tunjuk ajar tak adalah saya konsisten. Majikan yang berkredibiliti akan melahirkan pekerja yang berkualiti tinggi," jawabku seraya tersenyum.

"Betul. Saya setuju dengan kenyataan awak tu. Komisen awak untuk bulan ni saya akan naikkan sedikit," katanya.

Aku melebarkan senyuman. Alhamdulillah, rezeki aku. Bolehlah aku belanja anak aku macam-macam. Bukannya aku tak nak manjakan Danish cuma aku nak ajar dia macam mana hidup susah. Aku tak nak Danish memberontak kalau tak dapat apa yang dia nak. Sekali-sekala manjakan anak, tak ada salahnya.

"Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu." Pamitku. Setelah menerima anggukan Encik Daimzi, aku beredar dari ruangannya.

"Amboi, tersengih-sengih. Mesti kena puji dengan big boss. Ceritalah dekat aku, apa yang bos cakap dekat kau tadi." Tiara menempel di sisi aku sebaik sahaja aku duduk di tempatku.

"Menyibuklah kau ni," dengusku.

"Eleh, nak berahsia pula. Ceritalah. Aku nak tahu juga kenapa kau sengih-sengih. Bos lamar kau jadi isteri nombor empat ke apa?"

Oi, minta simpang empat puluh empat! Jadi isteri pertama dia pun aku tak pernah impikan. Aku hormat Encik Daimzi sebagai majikan aku. Titik!

"Mulut kau... Tak adalah, Encik Daimzi cakap kerja aku konsisten so dia naikkan komisen aku. Salah ke aku senyum? Aku senyum sebab aku gembira," balasku bersahaja.

"Kau tu kalau tengah sedih pun akan senyum. Susah nak jangka kau sedih ke gembira." Sindir Tiara tepat terkena di batang hidung aku.

Senyumanku perlahan-lahan memudar. Jam tangan aku kerling sekilas. Ada lagi dua jam sebelum waktu rehat tiba. Kalau ikutkan hari ni aku nak puasa ganti tapi itulah, bendera Jepun pula datang. Sabar ajelah!
Aku tidak menghiraukan Tiara yang masih membebel- bebel menceritakan tentang jiran di sebelah rumahnya yang sering bertengkar dengan suaminya. Sebaliknya aku sibuk membelek-belek quotation bulan lepas.

Tepat jam satu petang, aku beredar dari tempat duduk aku. Aku ajak Tiara makan sekali tapi dia tak nak. Tak ada mood nak makan katanya. Ah, lantak dialah.

Aku melangkah masuk ke dalam Kafe Norima, salah satu kafe yang paling dekat dengan tempat kerja aku. Belum sempat tangan aku mencapai dessert coklat, ada satu tangan menahan tangan aku.

"Abang?" Terkejut aku dibuatnya. Aku tak sangka Darwin ada di sini. Dia follow aku? Tapi atas sebab apa? Bukannya aku ni isteri dia lagi.

"Abang masih perlukan penjelasan. Apa hubungan Aisy dengan sepupu abang? Aisy tahu kan abang tak suka Aisy dekat dengan mana-mana lelaki." Tegas tutur katanya.

"Abang merepek apa ni? Aisy bukan isteri abang lagi. Kita dah berpisah. Abang tak ada hak nak tentukan hidup Aisy." Balasku, mendatar.

"Tak ada hak? Danish tu anak abang. Kenapa Aisy izinkan lelaki lain jadi papa dia?"

LELAKI TERAGUNG [18+]Where stories live. Discover now