BAB 5

785 24 0
                                    

"KAU nak bawa aku dan Danish pergi mana ni, Zaf? Jauh sangat ni. Anak aku ni tengah sakitlah!" Bentakku seraya menarik kembali tangan aku yang dicengkam oleh Zafriel.

Cuak juga aku masa melintasi bilik mayat. Jauh betul dia bawa aku dan Danish pergi. Aku risau kalau-kalau doktor yang merawat Danish cari kami berdua. Zafriel ni memang tak ada otak betullah.

"Fine!"

Aku menarik nafas lega bila dia lepaskan tangan aku. Cepat-cepat aku sembunyikan tangan aku ke belakang. Sebelah tangan lagi masih kemas mencengkam pergelangan tangan Danish. Tajam mataku menatapnya.

"Kenapa uncle bawa mama dan Danish pergi sini?" Danish pula yang menyoal Zafriel. Dahinya pula dah berkerut- kerut seolah-olah orang tengah kebingungan.

Aku melilaukan pandanganku. Agak sunyi di kawasan yang Zafriel bawa aku dan Danish. Maklumlah, dah tengah- tengah malam. Mataku kembali memandangnya.

"Danish duduk dulu dekat sana, boleh?" soal Zafriel kepada Danish.

Membuntang mata aku. Ewah, ewah, suka-suka hati dia saja nak arah-arah anak aku macam Danish ni anak dia pula. Aku pula yang panas hati. Kepalaku menggeleng tanda tidak mengizinkan Danish pergi.

"Kau tak payah nak drama sangatlah. Aku bukan nak apa-apakan kau. Aku nak bincang sesuatu dengan kau. Takkanlah kau nak Danish dengar?" Katanya.

"Kau nak bincang apa sebenarnya? Pasal relay kau dengan Widya? Pasal perasaan benci kau dekat aku? Kalau pasal tu esok pun boleh," bidasku.

"No! Bukan pasal tu tapi pasal kita bertiga. Kau, aku dan Danish," jawabnya.

Wayar-wayar di otak aku dah mula berselirat. Apa kena mengena kami dalam hidup dia? Tolak aku sebab aku ni memang dah dianggap macam musuh tapi, Danish? Kenapa dia nak libatkan Danish sekali? Anak aku masih kecil. Danish tak tahu apa-apa.

"Danish duduk sana sekejap. Uncle nak bincang sesuatu dengan mama Danish. Budak-budak tak elok dengar. Nanti pekak telinga." Sekali lagi Zafriel arahkan Danish supaya duduk di satu kerusi plastik yang entah datang dari mana.

"Okey, uncle."

Sabarlah wahai hati. Dengan terpaksa aku membiarkan Danish melangkah ke kerusi itu. Jarak aku dan kerusi itu adalah dalam lima atau enam meter. Bagi aku, dah cukup jauh dah tu.

"Kau nak bincang apa sebenarnya ni?" soalku setelah Danish duduk di sana. Kedua-dua belah tangan aku silangkan ke dada.

"Aku dah buat keputusan. Lagipun, aku rasa aku berhak ke atas Danish sebab Darwin tu sepupu aku," ujarnya.

Dahiku berkerut.

"Berhak? Kau merepek apa ni, Zaf? Kau tak berhak apa- apa pun. Aku yang mengandungkan Danish. Aku yang lahirkan dia. Dia anak aku dengan Darwin. Kau dan Darwin cuma sepupu. Itu sahaja!" Suaraku naik seoktaf.

"That's why aku cakap aku berhak juga ke atas Danish. Dia tu dah kira macam anak buah aku jugalah. Danish masih kecil. Dia perlukan kasih sayang seorang ayah," katanya. Tenang.
Aku terkejut.

"Straight to the point," arahku.

"Aku nak jadi ayah angkat Danish. Lagipun, masa mula- mula aku jumpa dia, aku dah jatuh sayang dekat itu. Tapi... Itu tak bermakna rasa benci aku pada kau dah berakhir."

Jantung aku berdegup laju. Aku tak salah dengar. Dia bilang, dia hendak jadi ayah angkat kepada anak aku. Ya, aku tak salah dengar. Bibirku terkumat-kamit seolah-olah nak meluahkan sesuatu.

"Kau..."

"Aku nak jadi ayah angkat Danish tapi, aku tetap bencikan kau sampai aku mati, Aisy." Dia terlebih dahulu mencantas ayatku.

"Danish tak perlukan kau!"

"Sekurang-kurangnya Danish dapat kasih sayang seorang ayah dan aku bertanggungjawab dengan apa yang Darwin buat pada kau," katanya lagi.

Aku tergelak sinis. Mata aku sudah berkaca-kaca. Aku tidak tahu hendak huraikan perasaan aku sekarang sama ada aku gembira, terharu, sedih ataupun marah? Macam mana pula dengan Widya? Aku tak boleh pentingkan diri.

"Aku rasa kau dah hilang ingatan. Kau sendiri suruh aku jauhkan diri daripada kau dan Widya. Kau sendiri pernah buat macam-macam untuk putuskan ikatan persahabatan aku dengan Widya. Sekarang kau cakap nak jadi ayah Danish? Kau tak rasa ke keputusan bodoh kau ni akan buatkan kau dan aku semakin rapat?" ujarku berjela-jela.

"Macam aku cakap tadi, aku dah jatuh sayang pada Danish. Aku sukakan budak-budak. Kalau nak tunggu Widya, entah bila aku nak ada anak," jelasnya.

Dia cuba luahkan masalah dia ke apa sekarang ni? Dia nak cakaplah Widya sengaja lambat-lambatkan perkahwinan dia orang? Terangkat sebelah kening aku.

"Budak yang kau sayang tu anak aku. Anak kepada perempuan yang pernah malukan kau. Anak kepada perempuan yang kau benci. Kau tak malu?" ujarku separuh menyindir.

"Aku tak ada urusan dengan kau. Urusan aku dengan Danish. Kau tak boleh nafikan aku sebagai uncle dia. Aku sepupu kepada papa dia. Kau tak boleh ubah kenyataan tu. Walaupun kau dan Darwin dah berpisah tapi, Danish masih anak kandung Darwin dan anak buah aku," balasnya bersahaja.

"Kau gila, Zaf!" Belum sempat aku melangkah, tangannya terlebih dahulu menarik belakang bajuku sehingga badan kami saling bertemu.

"Kau tak kesian ke dengan dia? Kau tak ada rasa simpati? Ibu jenis apa kau ni? Masa nak sedap sama-sama. Bila ada anak, langsung tak tahu jaga hati anak. Kau tak dengar ke dia cakap dia nak papa?" Marahnya pula.

"Jaga mulut kau, Zaf. Danish anak aku. Aku tahu nak handle dia macam mana. Aku mama dia dan aku papa dia. Aku tak perlukan sesiapa termasuk kau dan Darwin!" Tegasku.

"Yes! Kau tak perlukan sesiapa tapi Danish perlukan seorang ayah. Danish perlukan kasih sayang dan aku sudi berikan kasih sayang kepada dia," balas Zafriel lagi.

"No!" Halangku.

"Aku tak perlukan izin kau, Aisy. Danish anak buah
aku," katanya.

Aku mengejar langkah Zafriel yang ingin merapati Danish. Belum sempat aku mencapai tangannya, Danish terlebih dahulu memeluk dia. Aku tergamam.

"Danish," panggilku.

Zafriel terus bertinggung di hadapan Danish. Kepala Danish diusap-usap. Air mataku mengalir deras membasahi pipi. Sungguh, aku tidak sanggup melihat adegan ini. Hati aku cukup sakit. Aku tak nak Zafriel berikan harapan palsu kepada anak aku.

"Tolong, Zaf. Jangan..."

"Mulai hari ini, uncle akan jadi papa Danish dan Danish boleh panggil uncle papa. Kita boleh luangkan masa sama-sama. Danish happy tak?"

"Betul ke ni, uncle?"

"Ya, betul."

"Mama, Danish dah ada papa baru!" Danish terus memeluk Zafriel seerat-eratnya manakala aku di belakang Zafriel dah menangis tersedu-sedu.

Tolong, Zaf. Kalau kau ada niat nak balas dendam dengan aku, jangan gunakan Danish. Jangan bagi harapan palsu pada dia. Danish tak salah. Hatiku merintih.

"Kenapa mama menangis?" Danish merungkaikan pelukannya pada tubuh Zafriel lalu merapati aku. Tangan aku digenggamnya.

"Mama menangis sebab happy Danish ada papa baharu." Zafriel terlebih dahulu mencantas ayat aku.
"Mama, Danish ada papa baharu. Lepas ni kalau kawan- kawan tanya mana papa Danish, bolehlah Danish cakap Papa Zaf ni papa Danish," ujarnya. Teruja.

Aku memandang ke dalam mata Zafriel. "Kalau kau ada niat tak baik, balas dekat aku. Jangan libatkan Danish. Dia tak salah."

Zafriel hanya mengukirkan senyuman sinis lalu menarik Danish daripada aku. Dibawanya Danish pergi tanpa menghiraukan kewujudan aku di situ. Diperlakukan Danish macam anak dia pula. Aku tidak tinggal diam. Langkah mereka aku ekori dari belakang.

LELAKI TERAGUNG [18+]Where stories live. Discover now