Bab 16

720 19 2
                                    

MENANGIS air mata darah sekalipun dah tak guna. Nasi dah jadi bubur. Zafriel semakin membenci aku. Aku yakin itu. Rasanya dah berjam-jam kami melanguk di balai polis untuk menantikan kehadiran keluarga dia.

"Zafriel. Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni? Zaf malukan mama dan papa!" Suara lantang seorang wanita menampar halwa telinga aku.

Aku angkat muka. Aku nampak seorang wanita separuh abad yang memakai tudung bawal berwarna hijau dan dipadankan dengan gaun labuh berdiri betul-betul di hadapan Zafriel yang duduk di hujung kanan aku. Manakala, di belakang wanita separuh abad itu pula seorang lelaki tua yang hanya berpakaian casual. Nampaknya keluarga Zafriel dah sampai.

"Bukan salah Zaf, ma, pa. Semua ni salah perempuan ni. Dia sengaja pasang perangkap. Dia perangkap Zaf sebab dia nak Zaf kahwin dengan dia."

Mengucap panjang aku dibuatnya. Tergamak Zafriel menuduh aku yang bukan-bukan sedangkan dia yang datang ke rumah aku. Bukannya aku yang panggil dia suruh datang. Bila dah jadi macam ni, kenapa aku seorang yang dipersalahkan?

"Awak ni siapa?" Soalan daripada mama Zafriel buatkan aku terkedu seketika.

"Saya Aisy," jawabku. Perlahan.

"Awak kenal anak saya?" soalnya lagi. Aku hanya menganggukkan kepala.

"Jadi betullah awak sengaja perangkap Zafriel?" Tajam matanya menikam ke dalam mata aku membuatkan rasa gerun dan takut menampar hatiku.
Aku menggelengkan kepala. Menafikan kenyataan itu.

"Saya tak ada niat pun nak perangkap anak mak cik. Zafriel yang datang ke rumah saya. Bukan saya yang suruh."

"Zaf, betul ke apa yang Aisy ni cakap? Zaf yang datang rumah dia dulu?"

"Betul tapi, Zaf datang sebab nak ambil Danish. Zaf tak tahu pun yang dia dan Darwin dah bersekongkol nak kenakan Zaf, ma." Cerita Zafriel. Macam berat sangat masalah yang dia hadapi sedangkan dia sendiri yang timbulkan masalah ni. Aku hanya memerhati.

Suasana kedengaran hening. Hanya suara mama, papa Zafriel sahaja yang berbunyi. Masing-masing seakan-akan mencari jalan keluar untuk apa yang sedang berlaku antara kami berdua. Aku tak kisah apa pun yang bakal berlaku. Apa yang aku fikirkan sekarang cuma Danish. Aku nak anak aku semula.

"Pihak polis bagi dua pilihan sama ada Zaf kena kahwin dengan Aisy atau Zaf dan Aisy kena bayar denda. Kalau tak bayar, kau orang berdua boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Apa keputusan Aisy dan Zaf?"

"Saya tak kisah, mak cik." Aku menundukkan kepala. Aku serahkan segala keputusan kepada Zafriel. Biarlah dia sendiri yang fikirkan cara terbaik untuk selesaikan masalah ini.

"Kau tak kisah sebab kau suka, kan? Kau memang perempuan licik, Aisy!" Herdikan Zafriel membuatkan birai mataku bergenang.

"Sudah, Zaf. Sekarang bukan masanya nak tudingkan jari. Masing-masing salah. Zaf pun salah sebab datang rumah perempuan malam-malam." Suara papa Zaf naik seoktaf memarahi anaknya.

"Dahlah! Zaf malas nak fikir apa-apa. Zaf tak nak Widya tahu pasal ni. Zaf akan bayar denda. Zaf tak nak memperisterikan bekas orang. Zaf tak nak memperisterikan pelacur!"

Tertutup rapat mata aku menerima gelaran itu. Sakitnya hati aku bila dia menggelarkan aku pelacur. Apakah hina sangat aku di matanya? Tidak ada sedikit ruangkah di hatinya untuk aku?

"Tapi mama rasa lebih elok kau orang berdua kahwin. Zaf yang mulakan semua ni. Kalau Zaf tak datang rumah Aisy, semua ni takkan jadi."

"Ma, gila ke? Zaf ni tunang orang, tau!"

"Kalau Zaf sedar yang Zaf tu tunang orang, Zaf takkan buat macam ni. Zaf mesti boleh fikir keburukannya. Zaf ni doktor. Zaf kena gunakan akal fikiran tu dengan waras. Mama dan papa tak nak tanggung malu. Kami tak nak bersubahat."

"Zaf boleh bayar denda tapi macam mana dengan maruah Aisy? Macam mana dengan maruah mama dan papa?"

"Mama, betina ni memang dah tak ada maruahlah. Kalau dia ada maruah, dia takkan perangkap Zaf macam ni!" Bentak Zafriel.

Tidak tahan dengan setiap hinaan demi hinaan yang dilemparkan kepada aku, aku nekad bersuara. "Mak cik, pak cik, saya hormat keputusan Zafriel. Saya tak kisah kalau dia pilih untuk bayar denda sahaja."

"Tapi ini melibatkan maruah keluarga kami juga. Macam mana kalau jiran-jiran tahu yang anak pak cik dan mak cik kena tangkap basah dengan Aisy? Biasanya berita buruk ni takkan mampu disimpan lama," kata papa Zafriel.

"Benda takkan tersebarlah kalau tak ada sesiapa yang buka mulut." Celah Zafriel.

"Sebelum mama dan papa terpaksa tanggung malu di atas perbuatan Zaf, kami dah buat keputusan dulu. Mama dan papa tetap nak Zaf bertanggungjawab. Zaf kena kahwin juga dengan Aisy. Titik!" Desakan mama Zafriel buatkan aku seolah- olah sukar untuk bernafas.

"Mama!"

AWAN seolah-olah mendung. Ianya menggambarkan hati aku yang sedang sayu. Aku sendiri tidak sangka yang aku dan Zafriel telah pun sah sebagai pasangan suami isteri dua jam yang lepas. Setelah satu hari suntuk kami duduk di dalam lokap, Zafriel nekad menikahi aku setelah didesak oleh mama dan papanya.

Aku tahu, Zafriel bersetuju menjadikan aku isterinya kerana desakan orang tuanya. Aku tahu dia terpaksa. Jauh di sudut hati, dia tidak ingin langsung menjadi suami aku. Ya Allah, sungguh berat ujian yang Kau kirimkan kepada aku.

"Kau jangan impikan kebahagiaan dalam rumah tangga kita sebab aku takkan pernah anggap kau isteri aku. Kau tu cuma perempuan murah di mata aku, Aisy. Aku kahwin dengan kau ni pun atas desakan mama dan papa aku. Bukannya aku sendiri yang rela," katanya setelah kami tiba di rumah aku.

"Ak... Saya tahu awak tak ikhlas, Zaf. Awak jangan risau. Saya takkan harapkan apa-apa dalam hubungan kita," balasku.

Aku tidak lagi menggunakan 'kau-aku' dengan dia. Walaupun pernikahan kami bukan atas dasar cinta, aku kena hormat dia sebagai suami. Aku tak boleh berkasar kerana darjatnya lebih tinggi daripada aku.

"Baguslah kalau kau sedar diri. Lagi satu, aku tak nak kau heboh pasal kita dekat semua orang termasuk Widya. Aku tak nak Widya tahu pasal kita. Sebaik sahaja Widya balik nanti, aku akan ceraikan kau. Kalau aku dapat tahu kau kecoh pasal perkahwinan kita ni dekat semua orang, mampus aku kerjakan kau."Amarannya.

Air mata yang ingin menitis aku kawal. Aku hanya mengukirkan senyuman kelat dan mengangguk. Walaupun perit, walaupun pahit, aku terpaksa menelannya.

Aku hantar langkah Zafriel ke dalam rumah. Dia mencapai kunci keretanya dan terus merempuh badan aku. Cepat-cepat aku memegang tangannya. Menghalang dia dari keluar dari muka pintu. Dia menoleh. Wajahnya bengis tanpa senyuman.

"Tak bolehkah awak bagi saya peluang? Bagi saya peluang untuk buktikan yang saya boleh jadi isteri awak?" soalku, sayu.

Jauh di sudut hati, aku berharap dia berkata 'Ya'. Aku berharap dia sudi berikan peluang untuk aku buktikan yang aku mampu menggantikan tempat Widya dalam hatinya. Malangnya, gelengannya membuatkan harapan aku hancur lebur.

"Wah, wah, wah, soalan apa kau tanya ni? Aku dah agak dah kau ni ada agenda tersendiri. Kau dah perangkap aku. Sekarang kau minta peluang pula? Eh, pergi jahanamlah. Puih!"

Tertutup mata aku bila Zafriel meludah muka aku. Betapa jijiknya aku di matanya. Betapa jijiknya aku di pandangannya. Air liurnya yang mengalir ke pipi aku seka menggunakan telapak tangan.

"Kau ingat benda ni sampai kau mati, Aisy. Kau ni ibarat najis. Sekali aku dah ludah, aku takkan jilat semula. Kau dengar sini... Walaupun kita dah kahwin, aku takkan duduk serumah dengan kau dan aku haramkan kau sentuh seinci pun kulit aku. Ingat tu!" jerkahnya sebelum beredar.

Sebaik sahaja kereta Zafriel semakin hilang daripada pandangan, badan aku melorot jatuh ke lantai. Air mataku semakin galak mengalir. Dada kiri aku sentuh perlahan. Sungguh sakit rasanya.

LELAKI TERAGUNG [18+]Where stories live. Discover now