BAB 6

833 28 0
                                    

JARI-JEMARI laju menari di atas dada keyboard. Walaupun mata aku tertumpu pada skrin komputer tapi akal aku melayang jauh ke tempat lain. Aku risau. Aku takut kalau Zafriel ada pelan sesuatu untuk hancurkan aku.

Tak! Aku tak kisah kalau dia pelan sesuatu untuk balas dendam dekat aku sebab aku pernah malukan dia walaupun bagi aku, aku tak pernah terniat langsung nak malukan dia. Kalau betullah dia ada pelan sesuatu, cukuplah dia balas dekat aku seorang. Danish tak salah.

Sejak kejadian di hospital malam tempoh hari, hubungan Danish dan Zafriel semakin rapat. Apa-apa pun, aku bersyukurlah sebab doktor cakap Danish demam panas. Tidak ada apa-apa penyakit serius. Cumanya sekarang ini aku rasa aku yang bakal dilanda penyakit serius.

Zafriel bahkan sanggup minta nombor telefon aku semata-mata nak rapatkan hubungan dia dengan anak aku. Walaupun aku berat hati, aku terpaksa bagi juga sebab Danish mendesak aku. Ya Allah, salahkah apa yang aku buat sekarang?

Sebagai ibu, aku sepatutnya lindungi anak aku. Sebagai ibu, aku sepatutnya jadi seorang hero kepada anak aku tapi

sekarang aku sendiri yang hancurkan hati Danish. Macam mana kalau suatu hari nanti Danish terluka disebabkan perbuatan Zafriel? Aku tak sanggup...

"Mama."

Aku menoleh sebaik sahaja suara lunak itu memanggil aku. Kutolehkan kepala ke kanan. Satu senyuman aku ukir untuk anak yang amat aku sayangi.

"Boleh tak kalau petang nanti Danish nak keluar dengan Papa Zaf?" soalnya.

"Keluar pergi mana, sayang? Dua hari lepas, kan dah keluar? Takkan hari-hari nak keluar?" soal aku. Tidak senang dengan soalannya.

"Papa Zaf cakap dia nak bawa Danish pergi makan ais krim. Alah, bolehlah mama. Danish nak keluar dengan Papa Zaf. Danish rindu Papa Zaf," rengeknya.

Aku mengeluh. Aku pandang sekilas telefon aku yang digenggamannya. Baru lepas on the phone dengan papa angkat kesayangan dialah tu agaknya.

"Kalau dah Danish merengek-rengek nak pergi nak buat macam mana lagi. Yalah, yalah. Hati-hati. Jangan minta yang bukan-bukan. Ingat, Papa Zaf tu cuma papa angkat Danish. Dia bukan sesiapa dengan kita," balasku tanda mengalah.

"Betul ke ni, mama? Wah, terima kasih mama. Danish sayang mama," ujarnya teruja dan terus peluk tubuh aku.

Aku mengucup lembut dahinya. Badan aku bongkokkan sedikit. Pelukannya aku balas mesra. Kelopak mata aku tutup rapat-rapat. Mama sanggup perjudikan diri mama demi kebahagiaan anak mama, bisik hatiku.

TEPAT jam enam petang, terpacak tubuh Zafriel di depan pintu rumah aku. Terkejut aku dibuatnya. Macam mana dia tahu alamat rumah aku? Rasanya aku tak pernah beritahu pasal alamat rumah. Aku tak nak dia datang ke rumah aku. Malulah kalau jiran tetangga tengok nanti.

"Mana Danish?" soalnya.

"Macam mana kau tahu aku duduk sini? Siapa beritahu? Widya?" soalku bertubi-tubi. Rasanya aku cuma beritahu Widya seorang memandangkan lusa dia nak datang ke sini.

Dia menggeleng. "Kenapa pula Widya nak beritahu aku? Anak kesayangan aku tulah yang beritahu. Katanya senang nak ambil dia on the spot."

"Anak angkat." Aku betulkan ayat dia. Tipulah kalau aku tak suka dia gunakan perkataan 'anak kesayangan'. Masalahnya aku masih ragu-ragu dengan dia.

"Yeah! Anak angkat."

"Danish tengah bersiap. Zaf, aku ada benda nak bincang dengan kau." Aku merapatkan jarak antara kami. Mataku menikam tajam ke dalam matanya.

"What?" soalnya.

"Aku tahu kau marahkan aku. Aku tahu kau bencikan aku. Disebabkan tindakan bodoh aku, kau tanggung malu sama. Aku tahu kau tak maafkan aku tapi, tolong... Jangan libatkan Danish. Aku tak tahu apa motif kau nak jadikan Danish anak angkat kau tapi kalau kau ada rancang sesuatu yang tak elok, cukuplah balas dekat aku seorang. Anak aku tak salah," ujarku bernada lirih.

Zafriel mengukirkan senyuman sinisnya sambil menentang pandangan mata aku. Dia merapatkan lagi jarak antara kami sehingga nafasnya menghembus dahiku.

"Yes! Aku memang bencikan kau. Kalau ada peluang, aku memang nak balas dendam. Disebabkan luahan bodoh kau tu, aku tanggung malu sama. Danish? Mungkin... Mungkin Danish boleh aku gunakan untuk buat kau menderita," katanya.

Aku dah agak. Dia memang ada rancang sesuatu. Dia nak hancurkan aku tapi pada masa yang sama dia sakitkan anak

aku. Dia nak bagi harapan palsu pada Danish. Hatiku mula dilanda api kemarahan yang membuak-buak.

"Itu cerita lama. Kau pun dah nak kahwin dengan Widya tak lama lagi. Aku tahu dan aku sedar diri yang aku tak boleh miliki kau. Aku hanya dapat miliki bayang-bayang kau tapi, kalau kau apa-apakan anak aku, perasaan cinta dalam hati aku boleh bertukar jadi benci, Zaf!" Amaranku.

Dia tergelak seolah-olah mengejek aku. Jari telunjuknya naik membelai sisi pipi aku. Entah kenapa, hati aku berasa cukup tenang dengan tindakannya. Aku tidak menepis langsung.

"Bagus kalau kau bencikan aku, Aisy. Memang itu pun yang aku nak. Bertahun-tahun kau menghilang. Aku dah cukup bahagia dengan Widya. Bila kau muncul semula kau hancurkan semuanya. Aku tak akan duduk diam. Aku tak akan benarkan kau hancurkan impian aku dan Widya untuk bersama," ujarnya.

Tangannya aku tepis. "Aku tak pernah terfikir langsung nak rosakkan hubungan kau dengan kawan baik aku sendiri. Kalau aku jahat sangat, aku tak ikut cakap kau dulu."

"Manusia boleh berubah. Aku tak tahu apa yang ada dalam hati perempuan desperate macam kau, Aisy. Aku tak akan percayakan kau," balasnya bersahaja.

"Dahlah, Zaf. Aku janji aku tak akan ganggu hubungan kau orang. Kalau kau nak aku jauhkan diri aku lagi daripada tunang kau, aku akan ikut. Kau lepaskan Danish. Jangan bagi dia harapan palsu!" Suara aku naik seoktaf.

"Tak semudah tu, Aisy."

"Apa lagi yang kau nak aku buat, Zaf? Aku berani bersumpah, aku tak pernah rancang apa-apa. Pertemuan kita bertiga masa tu pun disebabkan takdir. Aku tak pernah terfikir langsung nak rampas kau daripada Widya," ujarku bersungguh- sungguh.

"Kenapa cuak sangat ni? Orang kalau tak salah, dia takkan beria-ia bela diri tapi kau lain... Kau beria-ia bela diri kononnya tak pernah rancang nak rosakkan hubungan aku dengan Widya."

"Aku..."

"Papa! Danish dah siap." Terkedek-kedek Danish berjalan merapati Zafriel. Rambutnya dipacak-pacakkan.

"Wah, kacaknya anak papa. Mesti ramai peminat nanti." Zafriel bertinggung lalu pipi Danish dikucup mesra.

Danish dah menggesel-geselkan kepala dia di dada bidang Zafriel. Hati aku mula dilanda rasa kerisauan yang menggebu-gebu.

"Ingat, Zaf. Jangan bagi harapan pada dia sebab dia satu- satunya kekuatan yang aku ada. Kalau kau nak balas dendam, aku sedia terima apa pun yang kau nak buat. Jangan libatkan anak aku," ujarku bernada perlahan.

"Jangan risau. Kita deal nanti." Balasnya. Tubuh Danish dikendong.

"Danish nak keluar dulu dengan Papa Zaf. Mama duduk rumah diam-diam. Bye!" Danish menggawangkan tangannya.

Aku mengukirkan senyuman kelat. Aku menghantar langkah Zafriel melalui ekor mata. Sebaik sahaja Zafriel memboloskan diri ke dalam perut kereta, pintu rumah aku tutup rapat. Aku terjelepok jatuh ke lantai.

"Zaf, berdosakah aku kerana mencintai kau? Salahkah aku kerana luahkan isi hati aku kepada kau? Tak pernah terniat langsung dalam hati ini ingin memalukan kau. Hati aku mencintai kau, Zaf. Jangan disebabkan tindakan aku dulu, kau sakitkan Danish," rintihku.

LELAKI TERAGUNG [18+]Where stories live. Discover now