BAB 10

749 22 4
                                    

SATU kerja pun aku tak dapat nak siapkan. Apatah lagi aku tengah hadap Excel. Lagi bertambah-tambahlah sakit kepala aku. Mungkin aku terlalu banyak berfikir. Terlalu banyak kemungkinan yang aku cuba simpulkan sedangkan otak aku ni dah penat menyimpan data.

Apa tidaknya, aku masih ragu-ragu dengan Zafriel. Yalah, hadirnya dia semata-mata nak jadi ayah angkat kepada anak aku sedangkan dia bencikan aku. Apa motif dia sebenarnya?

Kalau dia gunakan alasan yang dia dah jatuh sayang dengan Danish, kenapa terlalu cepat? Takkanlah nampak Danish sekali dua dah boleh jatuh sayang? Alasan tu tak kukuh.

Aku yakin, Zafriel ada pelan sesuatu. Mungkin dia nak balas dendam dekat aku sebab aku baca surat cinta tu di hadapan khalayak ramai. Tapi, itukan kisah dulu. Aku pun dah lupakan. Tak boleh ke dia lupakan? Bukannya aku nak malukan dia pun. Tak terdetik langsung dalam hati aku nak malukan dia.

Mentang-mentanglah Danish tu budak kecil yang kekurangan kasih sayang seorang ayah, senanglah dia nak umpan Danish. Aku tak kisah kalau dia nak sakitkan aku tapi, aku tak nak dia kecewakan anak aku. Cukuplah aku seorang yang terluka. Aku tak nak anak aku turut terluka.

"Jauh mengelamun. Fikirkan apa?" Tiara menarik kerusi di sebelah kanan aku dan terus duduk menghadap aku.

Pelipis aku urut perlahan. "Entahlah, Ti. Lately ni banyak sangat benda yang tak diingini berlaku. Aku pun tak faham."

"Contohnya? Kau sharelah dengan aku. Manalah tahu aku boleh bagi nasihat ke panduan ke apa. Jangan simpan sendiri."

"Susahlah aku nak cakap, Ti. Benda ni aib. Lagipun, benda ni agak complicated. Ianya bermain dengan perasaan seseorang. Aku tak tahu nak explain macam mana," ujarku.

"Maksud kau?" soalnya.

"Ada ke manusia dalam dunia ni yang boleh jatuh sayang dekat seseorang yang dia baru kenal dan baru jumpa? Kau tak pelik ke?" tanyaku kepadanya.

Tiara tergelak kecil. "Soalan itu ke yang bermain dalam benak kau, Aisy?"

"Hmm..."

"Aisy, perasaan sayang, suka dan cinta ni fitrah. Jawapan aku, tak pelik pun. Benda tu memang wujud dan ada."

"Masalahnya, aku tak dapat nak tafsirkan sama ada sayang dia tu ikhlas ataupun tidak." Laju aku membidas kenyataan Tiara.

"Kita ni manusia. Kita tak boleh baca hati dan fikiran seseorang. Ikhlas atau tak, itu antara dia dengan Allah SWT. Selagi dia layan kau dengan baik, kau perlu tunjukkan sisi baik kau juga." Balasnya lagi.

Aku terdiam. Ada betulnya juga apa yang Tiara cakap. Aku sendiri tak boleh nak bagi kesimpulan yang jitu berkaitan perasaan Zafriel terhadap anak aku. Takkanlah aku nak saratkan otak aku dengan benda remeh macam ni? Lagipun, Allah SWT suruh kita bersangka baik dekat orang.

"Memangnya kenapa kau beria-ia fikir pasal ni? Kau ada terjatuh cinta dekat seseorang ke macam mana?" usiknya.

Ini yang aku malas ni. Tiara ni suka sangat usik-usik aku kalau aku bangkitkan isu pasal sayang, cinta, semua ni.

"Mana ada," nafiku.

"Eleh, yalah tu."

"Betullah. Aku memang single-mingle. Kalau aku ada someone special, kaulah orang pertama yang akan aku khabarkan." Aku tersengih kecil.

"Bagus! Pastikan aku orang pertama yang tahu kau ada someone special. Eh, sudahlah. Aku nak hantar report dekat Encik Daimzi. Lambat hantar nanti mengamuk orang tua tu." Tiara bingkas bangun dari duduknya.

Tergeleng-geleng kepala aku melihat kekalutan Tiara berjalan. Nampak sangatlah dia tengah rushing. Itulah, buat kerja last minutes lagi. Telapak tangan kanan aku letakkan di atas tetikus.

JAM dinding menunjukkan angka tujuh malam. Aku masih tak nampak bayang kereta milik Zafriel lagi. Mak Cik Saloma cakap, Zafriel datang pukul dua petang tadi dan ambil anak aku keluar jalan-jalan. Sukalah Danish sebab dapat ponteng sekolah agama.
Masalahnya, dia tak kerja ke apa? Rajin betul bawa Danish keluar berjalan. Aku pun pelik. Setahu aku, doktor sentiasa sibuk. Dia ni doktor apa? Free memanjang!

Sedang leka aku mengelamun, kedengaran bunyi enjin kereta seseorang. Sah, itu memang kereta milik Zafriel. Aku sandarkan sisi bahu aku di bingkai pintu. Kedua-dua belah tangan aku silangkan ke dada.

"Mama!"

Danish melangkah keluar dari perut kereta Zafriel dan terus menghampiri aku. Dipeluknya pinggang aku kuat-kuat. Seolah-olah nak melepaskan rindu.

"Danish dengan Papa Zaf pergi mana tadi?" soalku agak risau.

"Jalan-jalan. Lepas tu, Papa Zaf belikan Danish mainan. Tengok ni. Danish ada Ultraman baharu," katanya sambil menayangkan plastik berisi mainan itu kepada aku.

"Kenapa tak call mama dulu? Mama risau tahu tak. Mama ingatkan Danish kena culik ke apa. Nasib baiklah Nek Oma cakap Danish keluar dengan Papa Zaf," bebelku.

"Takkan aku nak bawa Danish keluar pun kena minta izin kau?" soal Zafriel. Dia hanya bersandar di pintu keretanya dengan tangan yang disilangkan ke dada.

Panas betul hati aku bila dengar soalan tidak bijak dia tu. Aku atur langkah merapatinya. "Masalahnya Danish tu anak aku. Aku yang mengandungkan dia. Aku yang lahirkan dia. Kau kena minta izin aku dulu."

"Oh, macam tu. Aku dah jadi papa dia. Aku tak perlu pun nak minta izin kau. Plus, kau tak payahlah nak acah-acah jadi ibu yang terbaik. Geli aku tengok," katanya.

"Apa masalah kau sebenarnya? Apa yang kau pelan? Apa motif kau rapat dengan Danish? Kalau kau nak sakitkan aku, kau sakitkanlah aku. Jangan main-mainkan perasaan anak aku!" jerkahku. Tangan Zafriel aku capai lalu aku letakkan ke pipi aku. Memberikannya peluang untuk menampar aku.

Zafriel menarik kembali tangannya. "Memang aku akan sakitkan kau tapi, aku tak sebodoh kau. Aku akan sakitkan kau slow-slow, Aisy."

"Benci sangat kau dekat aku, kan? Salah aku cuma kecil. Susah sangat ke kau nak maafkan aku? Zaf, aku tak berniat pun..."

"Aku tak hairan dengan niat kau. Apa yang aku hairankan adalah maruah aku tercalar. Disebabkan kau, aku kena ejek dengan kawan-kawan aku dulu. And now, kau yang berani tunjukkan muka kau dekat depan aku. Kau dah tak boleh nak berpatah balik, Aisy." Cantasnya.

"Aku dah buat macam apa yang kau suruh. Pertembungan kita pun bukan aku yang aturkan. Aku sendiri tak sangka kita bertiga boleh bertemu semula. Kenapa kau nak salahkan aku?" soalku, tidak puas hati.

"Sebab perempuan tak tahu malu macam kau memang sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan cinta aku. Kalau tak, kau takkan bodohkan diri kau untuk tulis surat cinta kepada aku." Balasnya.

"Benda tu dah lamalah, Zaf. Kenapa kau still tak move on lagi? Masing-masing dah besar. Aku pun dah lupakan benda tu. Bukan maruah kau seorang yang tercalar. Aku pun sama. Bila cikgu suruh aku baca surat tu depan khalayak ramai, kau fikir aku happy?"

"Tapi kau punca terjadinya semua ni. Aku paling benci perempuan macam kau. Dasar perempuan tak ada maruah!"

Tersentap aku mendengar ayat terakhirnya. Kali ini maruah aku betul-betul direndah-rendahkan oleh Zafriel. Air mata aku mengalir laju membasahi pipi. Aku alihkan pandangan. Danish masih berdiri tegak memandang kami berdua. Dahinya pula berkerut-kerut.

"Baiklah, kalau kewujudan aku ni mengingatkan kau pada kisah lama, aku minta maaf. Tak apa, Zaf. Kali ni aku janji, aku takkan munculkan diri depan kau dan Widya lagi. Aku dan anak aku takkan ganggu kau orang lagi," kataku dalam esakan.

"Kalau kau nak hilangkan diri, cukup kau seorang yang hilangkan diri. Jangan nak bawa Danish. Kau cuba pisahkan aku dengan Danish, aku tak janji kau akan selamat, Aisy." Amarannya.

"Kau bukan papa dia."

"Aku tak perlukan pendapat kau."

"Danish, papa balik dulu. Esok papa datang. Papa hantar Danish pergi sekolah. Bye, sayang." Zafriel melambaikan tangannya kepada Danish sebelum memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Air mata aku seka perlahan. Tajam mata Zafriel merenung aku sebelum tali pinggang keledarnya ditarik. Aku menundukkan kepala. Apa lagi yang kau pelan, Zaf?

LELAKI TERAGUNG [18+]Where stories live. Discover now