BAB 4

789 23 1
                                    

"TEPILAH!"

Tidak betah dengan degupan jantung yang semakin menggila, aku menolak sekuat-kuatnya tubuh Zafriel sehingga dia terdorong ke belakang.

Bukan niatku ingin menyakitkannya. Bukan niatku ingin berkasar dengan dia. Aku terpaksa melakukannya. Aku tidak mahu kelihatan lemah di matanya. Cukuplah selama ini aku menderita menantikan cinta yang tidak pasti. Aku reda dengan takdirku kini. Zafriel diciptakan untuk Widya, bukannya aku.

"Kau tolak aku?" soalnya.

"Kenapa? Kau yang himpit aku tak tentu pasal. Bukan ke kau cakap kau tak nak tengok muka aku lagi? Bukan ke kau suruh aku jauhkan diri daripada Widya dan kau? Kenapa sekarang kau sibuk-sibuk kejar aku?" soalku bertubi-tubi.

Aku nampak rahangnya bergerak-gerak seolah-olah dia sedang menahan marah. Aku tidak pasti. Aku tidak tahu apa yang dia marahkan sangat sekarang ini.

"Memang! Masalahnya sekarang ni kau sengaja munculkan diri kau depan aku. Kau memang sengaja, kan?" Tuduhnya pula.

Mengucap panjang aku dibuatnya. Ya Allah... Hospital ni hak kerajaan. Sesiapa pun boleh datang. Tidak ada had umur apatah lagi kategori manusia pun. Kenapa dia acah-acah sangat ni?

"Aku malas nak bergaduh dengan kau, Zaf. Macam aku cakap tadi, anak aku dan kau tak ada hubungan darah pun sebab apa? Hubungan aku dan sepupu kau dah berakhir. Kau tak perlu risau," kataku dengan suara yang tertahan-tahan.

Aku pelik. Kenapa dia beria-ia cakap Danish tu ada hubungan darah dengan dia sedangkan orang lain tak ada pula menyibuk macam dia. Lagipun, kalau ada hubungan darah pun bukannya dekat sangat pun. Dia dengan bekas suami aku cuma sepupu bukannya adik beradik.

"Senanglah kau cakap. Aku ni bencikan kau tau, Aisy. Kalaulah aku tahu Darwin nak menikah dengan kau, awal-awal lagi aku dah halang. Aku tak nak perempuan murah macam kau jadi ahli keluarga aku!" Herdiknya.

Prak!

Hancur hati aku. Selamba badak dia saja hina aku perempuan murah. Dahlah dia yang tahan aku. Sekarang hina aku perempuan murah. Aku tak fahan apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku sebenarnya. Aku dah buat semua yang dia suruh tapi sekarang dia yang sibuk dekat-dekat dengan aku.
Salah akukah?

"Jangan risau, Zaf. Sekarang ni aku dah tak jadi sebahagian daripada ahli keluarga kau. Aku dan Darwin dah bercerai," ujarku. Senada.

"Dah tu, Danish?"

"Kenapa dengan dia?"

"Walaupun kau dan Darwin dah bercerai, darah Darwin masih mengalir dalam badan Danish. Secara tak langsung, aku ni jadi pak cik dia," katanya.

"Darwin sendiri tak pernah anggap Danish tu anak dia. Kau tak payah risau. Aku takkan susahkan sesiapa pun termasuklah kau. Aku dah buat semua yang kau suruh, Zaf. Aku akan jauhkan diri aku daripada kau dan Widya. Aku takkan menagih kasih daripada orang yang tak sudi. Aku sedar diri," ujarku. Birai mataku sudah bergenang.

Aku nampak Zafriel melorekkan senyuman sinisnya. Kedua-dua belah tangannya menampan dinding semula. Mengepung tubuhku di situ.

"Kau tak pernah jujur dengan diri kau sendiri, Aisy. Kau mungkir janji. Kau dah janji tapi kau mungkiri. Aku tak anggap pertemuan kita bertiga di kedai buku tu satu kebetulan. Kau sebenarnya dah lama pasang pelan nak rosakkan hubungan kau dengan Widya, kan?" Tuduhnya melulu.

"Astaghfirullah..."

"Jangan berlagak alimlah, perempuan! Kau cakap kau kahwin dengan sepupu aku. Kau orang dapat Danish. Kau sengaja nak rosakkan kebahagiaan aku dengan Widya, kan? Kau gunakan Danish supaya aku simpati dengan kau. Licik permainan kau, Aisy," sambungnya lagi.

LELAKI TERAGUNG [18+]Where stories live. Discover now