BAB 3

774 19 0
                                    

STERENG kereta aku genggam kuat. Sejujurnya hati aku terluka dengan kata-kata Zafriel tadi. Apa salah aku sampai macam tu sekali dia bencikan aku. Berdosa besar sangatkah kalau dia maafkan aku? Masing-masing sudah besar.

"Mama, uncle tadi tu handsome, kan? Danish sukalah tengok dia," ujar Danish yang sejak tadi hanya membisu.

Ah, sudah! Uncle mana lagi dia
maksudkan kalau bukan Zafriel. Matilah aku kali ini kalau si kecil ini soal macam-macam. Oh, Danish. Tolonglah jangan soal mama macam-macam. Mama tak tahu nak jawab apa.

"Danish suka ke dekat uncle tadi tu?" Sengaja aku menyoal dia. Jangan jawapan yang dia bagi tu gerunkan aku sudahlah.
Danish mengangguk sambil memandang aku. Badannya disengetkan sedikit.

"Suka! Danish sukalah tengok uncle tu. Mesti seronok kalau dia jadi papa Danish. Kan, mama?"

Macam ada biji rambutan tersekat di kerongkong aku. Apa lagi yang aku nak jawab kalau dia dah fikir sampai tahap macam itu. Kening aku garu.

"Tak mungkinlah, sayang. Uncle tu dah ada bakal isteri. Auntie Widya tu bakal isteri dia. Mama tak boleh rampas uncle tu untuk jadi papa Danish," kataku. Senada.

Danish menarik muncung sedepa. Kedua-dua belah tangannya disilangkan ke dada. Aku pula yang susah hati melihatnya. Dah mulalah tu mood merajuk dia.

"Danish..."

"Danish tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah. Papa pun tak pernah sayang Danish. Hari-hari papa pukul mama. Hari-hari papa marah Danish," luahnya.

Sayu hati aku mendengar luahannya. Aku turut merasa akan pedihnya. Tapi hendak buat macam mana? Aku tak akan rosakkan kebahagiaan kawan baik aku sendiri. Biarlah aku yang mengalah. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri.

"Mama ada, kan? Mama ni mama Danish dan mama ni papa Danish. Mama boleh jadi seorang mama dan seorang papa dalam satu masa, kan?" Aku cuba memujuknya.

"Tapi tak sama," katanya.

"Sebelum ni Danish tak kisah pun berdua dengan mama. Lepas jumpa uncle tadi tu terus Danish nak papa baharu. Danish tak sayang mama, ya?"

Danish hanya diam. Wajahnya dipalingkan ke cermin tingkap. Walaupun reaksi wajahku pamerkan biasa tetapi dalam hati aku sedang menangis. Kesian Danish. Di usia yang masih terlalu kecil bagiku, dia terpaksa hidup tanpa kasih seorang bapa.

MALAM aku tidak setenang sebelum ini. Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu membuatkan mataku tidak mampu untuk terlelap. Setiap saat mesti wajah Zafriel menari- nari di kaca mataku.

Lentikan bulu matanya, senyumannya dan kekacakan wajahnya membuatkan aku alpa. Walau bagaimanapun, aku perlu sedar diri. Belum tentu aku mampu miliki dia. Zafriel ialah hak mutlak Widya. Kau kena ingat tu, Aisy!

Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Mata yang baru sahaja hendak terpejam kembali celik apabila halwa telingaku menangkap suara seseorang batuk- batuk. Aku kenal suara itu. Dengan siapa lagi aku duduk kalau bukan dengan anakku.

Aku bingkas bangun dari pembaringanku. Danish yang terbatuk-batuk di sebelah aku pandang dengan raut wajah risau. Bahunya aku sentuh. Semakin kuat pula batuknya.

"Danish kenapa sayang? Danish demamkah? Kenapa ni? Danish sakitkah?" soalku bertubi-tubi. Air mata sudah bertakung di empangannya.

Ibu mana yang tidak sedih kalau anaknya sakit. Bukannya masa beranak itu tidak terseksa. Aku yang lahirkan dia. Mestilah aku sebagai ibu akan risau akan tahap kesihatan Danish.

Tubuh Danish menggigil. Soalanku tidak dijawab. Semakin risau aku dibuatnya. Aku baru teringat yang selepas maghrib tadi dia main hujan di luar. Danish memang suka mandi air hujan sedangkan dia alah air hujan.

"Sayang, kenapa ni? Janganlah buat mama risau." Nada suaraku kian lirih. Bahunya aku cengkam agak kuat. Tubuhnya aku pusingkan supaya menghadap ke arah aku.

Belakang telapak tanganku naik melekap di dahinya. Panasnya... Masya Allah! Sahlah anak aku ni tengah demam. Macam inilah jadinya kalau dia main air hujan. Mesti akan demam punya.

Tanpa melengahkan masa, tubuh Danish aku kendong. Aku tidak boleh duduk diam kalau dia sakit. Danish satu-satunya sumber kekuatan yang aku ada. Aku yang bertarung nyawa melahirkan dia. Aku tak boleh tengok dia sakit.

"Kita pergi hospital ya, sayang." Pujukku. Dahinya aku kucup berkali-kali manakala Danish hanya diam membatu.

SETIBANYA di hospital, aku disuruh tunggu beberapa minit memandangkan kes anak aku tidaklah serius mana. Biasalah, nama pun pergi hospital kerajaan, selagi tidak nazak, maknanya sakit biasalah. Aku hanya akur menunggu.

Selepas nombor giliranku dipanggil, aku mendukung Danish menemui doktor yang bakal merawatnya. Sebelah tanganku memulas tombol pintu. Aku terkedu di situ.

Zafriel ada di situ sedang berbual-bual dengan seorang doktor lelaki yang sedang duduk. Kerana terlalu leka berbual, dia tidak perasan kehadiran aku sehinggalah aku melangkah ke dalam. Aku tahu, dia juga terkejut melihatku.

"Silakan duduk, puan. Anak puan sakit apa?" soal doktor lelaki yang sedang duduk itu. Aku melirik sekilas tag namanya.

"Anak saya demam," beritahuku tanpa menghiraukan kewujudan Zafriel. Danish lebih utama sekarang ini.

"Dah berapa lama dia demam?" soal doktor itu lagi kepadaku.

"Baru malam ni. Lepas maghrib tadi dia main hujan. Malam-malam macam ni badan dia panas sangat. Batuk-batuk semua. Saya risau," jawabku. Laju seperti jet.

Doktor itu terus menghampiri Danish. Diafragma stetoskop dilekapkan ke belakang badan anakku. Disuruh Danish tarik nafas dan hembuskan nafas perlahan-lahan. Kemudian, diceknya pula suhu anakku.

"Panas sangat ni, puan. Macam inilah... Puan tunggu di luar dulu. Saya nak ambil darah dia. Manalah tahu kena denggi ke apa."

Aku akur. Sayu hatiku ingin meninggalkan Danish seorang diri bersama doktor itu. Tombol pintu aku pulas perlahan. Kaki aku atur keluar.

Telingaku seolah-olah mendengar derap langkah seseorang mengekori aku dari belakang.

Setibanya di hadapan tandas wanita, aku menarik nafas dalam-dalam lalu aku hembus perlahan. Jam tanganku menunjukkan angka satu pagi. Dah malam-malam buta macam ni, keadaan tandas pun sunyi semacam. Seram aku dibuatnya. Belum sempat aku melangkah, lenganku terlebih dahulu ditarik oleh seseorang. Tubuhku terdorong ke arahnya.

"Zaf..."

"Kenapa kau tak cakap yang kau dah lama kahwin dengan Darwin dan Danish tu anak Darwin?" soalnya, tiba-tiba.

Aku dah tercengang. Eh, apa masalah dia? Kenapa dia sibuk nak tahu? Darwin tu siapa? Abang dia? Sepupu dia? Tangannya yang masih mencengkam lenganku tepis agak kasar.

"Aku kahwin dengan sesiapa pun tak ada kena mengena dengan kau. Kenapa nak tahu? Kenapa kau nak tahu pasal rumah tangga aku sedangkan kau lebih memilih Widya," balasku tanpa gentar.

"Sebab Darwin tu sepupu aku!" Nada suaranya agak tinggi. Tubuhku ditolak sehingga melekap di dinding.

Aku terkesima. Aku yakin aku tidak salah dengar. Darwin sepupu dia? Kenapa aku tak pernah tahu? Selama ini pun Darwin tak pernah ajak aku berkenalan dengan saudara maranya. Adakah ini kebetulan atau dirancang?

"Jangan merepeklah, Zaf." Aku cuba ketawa sedangkan hati aku dah gundah.

"Aku merepek? Kau pergi tanya bekas suami kau sanalah. Kami ni memang sepupu. Family aku sendiri tahu dia dah kahwin cuma tak tahu yang perempuan tu kau," balasnya.

"Okeylah, okeylah. Kalau dia sepupu kau pun apa masalahnya? Kenapa kau nak bagitahu aku pasal ni sedangkan kau benci sangat dekat aku. Apa muslihat kau sebenarnya?" Tajam mataku menikam ke dalam matanya.

"Sebab aku bencikan kau tapi kau dah lahirkan Danish. Secara tidak langsung, Danish tu pun ada pertalian darah dengan aku," katanya.

"Pertalian darah, ya? Jangan risau, Zaf. Aku dan Darwin dah berpisah. Pertalian darah antara kau dan Danish pun dah terputus." Bidasku.

Dadanya aku tolak sedikit. Kaki ingin melangkah pergi tetapi tangannya terlebih dahulu menampan dinding. Aku terkejut. Jarak wajah kami terlalu dekat. Bila-bila masa sahaja hidungnya boleh bergesel dengan dahiku.

LELAKI TERAGUNG [18+]Where stories live. Discover now