BAB 7

693 21 1
                                    

LANGKAH aku atur ke dalam kedai buku. Alang-alang Danish berseronok dengan Zafriel, aku pun keluar jalan-jalan sekalilah. Takkanlah aku nak duduk macam orang tongong dekat rumah? Lagipun, esok aku kerja. Tak boleh jalan-jalan lagi dah.

Bebola mataku bergerak-gerak memerhatikan pelanggan lain yang sibuk membelek-belek novel. Aku tersenyum sendiri. Masih ramai lagi manusia yang amalkan amalan suka membaca.
Sejujurnya, aku menentang hebat kata-kata manusia yang mengatakan bahawa novel hanya bahan bacaan tidak berfaedah kerana tiada ilmiahnya, kerana bagi aku, baik novel, baik majalah, semuanya ada ilmu.

Aku memalingkan wajah ke kanan. Memandang rak berwarna silver yang menempatkan novel-novel "Best Seller".

Aku tersenyum lagi sebaik sahaja melihat karyaku tergolong di sana. Perlahan-lahan aku menarik buku aku.

'Cinta Tiada Henti'

Salah satu anak yang aku hasilkan. Mengisahkan tentang si lelaki yang pergi belajar di luar negara namun sedikit pun tidak pernah melupakan heroinnya.

"Aisy?"

Aku lantas mengangkat kepala. Memandang pemilik suara garau yang menyebut nama aku. Terangkat sebelah kening aku memandang jejaka itu. Macam pernah nampak tapi, di mana?

"Pardon?" Dahiku berkerut.

"Kau tak kenal aku ke? Tak cam aku?" soal jejaka itu sambil memegang pipinya.

"Tak. Maaf, encik siapa?" soalku.

"Akulah... Aizat. Takkan kau tak kenal, kut? Aizat Si Gengster zaman sekolah dulu." Katanya dengan gelakan kecil.

Aku terdiam agak lama. Cuba mencerna maksud disebalik kata-katanya. Aizat... Aizat... Aizat... Aizat! Mataku membulat besar.

"Aizat?" seruku separuh jerit.

Aizat tergelak lagi. Mungkin tingkah aku agak memalukan. Macam budak kecil dapat gula-gula pun ada juga. Cepat-cepat aku tekup mulut.

"Yeah! Aizat." Sahutnya.

Aku terdiam lagi. Macam manalah dia boleh kenal aku, ya? Rasanya muka aku zaman sekolah menengah dulu lain dan sekarang lain. Dulu aku selebet, sekarang cantik sikit.
Cantik? Aku menahan senyum. Alahai, Aisy. Kau dengan perasan memang tak boleh dipisahkan. Kalau kau cantik tak adanya Zafriel berkenan dekat Widya. Aku menggelengkan kepala.

"Kau free tak? Kau buat apa dekat dalam ni? Kalau aku ajak kau pergi minum, kau nak tak?" soal Aizat bertubi-tubi.

Aku berfikir sejenak. Kalau aku jalan sorang-sorang pun bosan juga. Baik aku setuju saja dengan ajakan Aizat. Lagipun, bukannya aku nak menggatal dengan dia.

"Bolehlah... Aku nak bayar novel sekejap. Kau ada nak beli apa-apa ke?" Aku menyoalnya kembali.

"Oh, ya! Aku nak beli novel hantu. Aku minat baca cerita-cerita hantu. Kejap, aku nak survey dulu. Lepas tu, kita pergi minum. Banyak benda aku nak tanya kau," katanya.

Aku hanya diam. Sementara tunggu dia survey novel yang dia mahukan, aku berdiri bersebelahan dengan kabinet novel-novel terpakai dengan sebelah tangan mencekak pinggang.

"Jom, Aisy." Panggilnya.

"Kau dah cari ke novel yang kau nak beli?" soalku. Kejap betul dia cari.

"Aku bukannya macam perempuan. Kalau boleh nak duduk lama-lama dalam kedai buku ni." Katanya.

Aku mencebik. Langkahnya ke kaunter aku ekori dari belakang. Belum sempat aku buka dompet duit, dia terlebih dahulu bayarkan novel aku sekali. Walaupun aku dah halang dia tetap berdegil nak bayarkan. Rezeki tak salah alamat.

LELAKI TERAGUNG [18+]Where stories live. Discover now