Bab 12

671 19 1
                                    

AKU melangkah keluar dari Restoran Al-Fateh. Aku penat nak memasak malam ini. Sebab itulah aku bungkuskan makanan untuk Danish. Aku tak nak anak aku meragam malam- malam buta. Aku tak nak anak aku merengek-rengek lapar.

Aku dah faham sangat dengan perangai Danish. Dia memang selalu lapar waktu tengah malam. Sebab selalu makan malam jugalah perutnya buncit.

"Aisy!"

Lengan aku direntap oleh seseorang. Langkahku mati serta-merta. Bungkusan makanan yang aku pegang nyaris- nyaris terjatuh.

"Darwin." Nama itu meniti di bibirku. Pergelangan tangan aku yang masih digenggamnya, aku pandang sepi.

"Aisy sihat? Danish sihat?" soalnya.

Terangkat sebelah kening aku memandang dia. Kenapa baru sekarang dia nak ambil tahu pasal aku dan Danish? Bukankah dia sudah puas menjadikan aku punch bagnya? Kenapa dia perlu muncul semula setelah aku dan Danish hidup bahagia? Pelbagai soalan bermain di benakku.

"Kenapa tanya? Abang masih nak ambil tahu pasal kami? Buat apa abang sibuk-sibuk nak ambil tahu pasal Aisy dan Danish?" soalku seraya merentap semula tangan aku daripada genggamannya.

Dia mendengus lalu memandang tunak ke dalam mata aku. Jujur, aku agak takut menerima renungan seperti itu. Masih terngiang-ngiang dia memukul aku seperti aku ini patung tidak bernyawa.

"Salahkah abang tanya? Abang cuba contact Aisy tapi, Aisy block abang di semua media sosial. Abang nak tahu keadaan Danish. Abang rindukan anak abang," ujarnya.

"Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dari dulu? Danish bahagia hidup berdua dengan Aisy. Dia tak pernah pun fikirkan papa dia. Papa yang tak pernah anggap kewujudan dia," ujarku. Tegas.

"Abang tahu abang salah. Jujur abang cakap, selepas kita berpisah, hidup abang tak tenang. Hari-hari abang terfikirkan Danish. Abang terfikirkan Aisy. Abang cari Aisy tapi tak jumpa. Nasib baiklah hati abang terdetik nak ke sini," katanya bersahaja.

Dahi aku berkerut. Apa tujuan dia cari aku dan Danish? Bukankah dia sepatutnya gembira sebab kami dah keluar dari hidup dia? Aku pun tak pernah berharap Darwin kembali.

Cukuplah sekali dia meninggalkan luka dalam hati aku. Luka itu masih berparut sehingga sekarang.

"Abang tak payahlah cari Aisy dan Danish. Hubungan kita dah berakhir. Abang pun dah ada pengganti Aisy, kan? Macam mana dengan Hauda? Dia boleh bahagiakan abang, kan?" Aku mengukirkan senyuman kecil.
Hauda...

Itulah nama perempuan yang berjaya bertakhta di hati Darwin. Sebelum kami berpisah, Darwin ada beritahu aku yang dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang wanita bernama Hauda yang dikenalinya di media sosial.

Katanya, Hauda tidak seperti aku. Hauda mampu membahagiakannya sedangkan aku hanyalah memberikan beban kepadanya sahaja. Masihku ingat kata-katanya itu sehingga sekarang.

"Abang cuba tapi tak berjaya. Abang dan Hauda tak ada jodoh. Abang tak boleh teruskan hubungan dengan Hauda. Abang masih sayangkan Aisy," ujarnya. Tangannya pula cuba menyentuh pipiku.
Aku yang takut menerima sentuhannya terus beranjak selangkah ke belakang. Masih terasa perit ketika telapak tangan kasar itu menampar muka aku berkali-kali.

"Aisy takut dengan abang?"

Aku hanya membisukan diri. Dia melangkah ke arah aku dan aku pula berundur ke belakang. Entah mana silapku, badan aku terlanggar badan seseorang. Cepat-cepat aku menoleh ke belakang.

Zafriel!

"Aisy?"

Zafriel seolah-olah pelik melihat kewujudan aku bersama Darwin. Matanya melirik aku dan Darwin silih berganti. Terkedu seketika aku dibuatnya.

LELAKI TERAGUNG [18+]Where stories live. Discover now