BAB 9

635 21 2
                                    

"MASAKAN kau memang not badlah, Aisy. Kenyang betul aku makan tadi. Next time nak request makanan lain pulak boleh?"

Aku tersenyum mendengar pujian daripada Widya. Hampir dua jam setengah dia melanguk di rumah aku, sekarang dia dah nak pulang. Langkahnya aku hantar sehingga ke muka pintu. Zafriel terlebih dahulu keluar. Nampak sangat betapa dalamnya benci dia kepada aku.

"Boleh. As long as masakan tu tak rumit, insya-Allah, aku boleh masakkan untuk kau," balasku bermanis muka.

"Yeay! Ini yang best ni. Okeylah, thank you sebab sudi terima kehadiran aku dan Zaf. Kalau aku free nanti aku datang rumah kau lagi. Itu pun kalau aku belum fly ke Perth." Ujarnya.

"Kalau kau nak datang, kau calling-calling aku dululah. Senang aku nak stand by. Jangan datang mengejut." Pesanku.

"Okey, bestfriend. Aku balik dulu. Selamat malam. Assalamualaikum." Dia menggawangkan tangannya kepada aku.

"Waalaikumussalam," sahutku. Turut melambaikan tangan ke arahnya. Sebaik sahaja Widya memboloskan dirinya ke dalam perut kereta Zafriel, aku terus tutup pintu. Nafas berat aku lepaskan.

Langkah aku atur ke dapur. Pinggan manggkuk kotor aku angkat ke singki. Pili air aku buka. Lama mataku merenung ke tingkap sebelum pinggan mangkuk aku cuci.

"Mama nak Danish tolong?" soal Danish yang tiba-tiba berdiri di belakang aku.

"Boleh. Danish tolong bawakan jag dan cawan-cawan di atas meja tu ke singki," arahku.

"Okey, mama."

Danish buat seperti yang aku suruh. Kemudian, dia berdiri tegak di sisi kanan aku. Kepalanya didongakkan memandang aku. Seolah-olah dia hendak meluahkan sesuatu kepada aku tapi, apa?

"Kenapa ni, sayang? Danish ada nak cakap sesuatu ke dengan mama?" Tebakku.

"Danish tak sukalah Auntie Widya rapat-rapat dengan Papa Zaf. Danish tak nak Auntie Widya rampas Papa Zaf. Nanti Danish dah tak boleh manja-manja dengan Papa Zaf," ujarnya.

Aku mengukirkan senyuman kelat. "Mama faham tapi Danish pun kena faham. Papa Zaf tu bakal suami Auntie Widya.

Tak lama lagi mereka akan kahwin dan ada anak sendiri. Danish ada mama, kan?"

"Mama kahwinlah dengan Papa Zaf. Please?" Rayunya.

Kalaulah mudah untuk aku kotakan permintaan anak aku, dah lama rasanya aku kotakan permintaannya itu. Masalahnya, aku berpijak pada realiti yang amat memedihkan. Zafriel bukan jodoh aku.

"Mama nak cuci pinggan. Danish duduklah dulu dekat depan. Tengok kartun ke apa. Nanti mama dah siap cuci pinggan, kita tengok TV sama-sama, okey?" Kataku sekali gus menukar topik perbualan kami berdua.

"Okey, mama."

Sebaik sahaja bayang Danish tidak kelihatan, aku menyandarkan badan aku ke kabinet dapur. Dada kiri aku sentuh dengan telapak tangan. Ya Allah, sebunya rasa hati ini. Apa yang aku lalui sungguh menyakitkan. Aisy, berhentilah berharap kepada benda yang tidak pasti dan tidak mungkin jadi milik kau.

AWAL pagi lagi kereta Zafriel sudah terparkir di hadapan rumah aku. Gugup juga aku rasakan sekarang. Yalah, pagi-pagi buta dia datang ke rumah aku. Jam tangan aku kerling sekilas. Baru pukul 6:47 pagi. Mimpi apa dia?

"Kau buang tebiat apa datang rumah aku pagi-pagi buta? Kalau jiran-jiran nampak nanti macam mana? Aku tak nak timbulkan isu," ujarku. Kurang senang dengan kehadirannya walhal dalam hati cukup gembira dapat melihat wajahnya.

LELAKI TERAGUNG [18+]Where stories live. Discover now