Bab 14

646 17 0
                                    

PULANG dari tempat kerja aku terus ambil Danish bawa balik rumah. Firasat aku kuat mengatakan yang ada seseorang mengekori aku dari belakang. Bila aku toleh, aku tak nampak apa-apa pun.

Mungkin juga permainan perasaan disebabkan tindakan gila bekas suami aku tadi. Kalau boleh aku tak nak ingat langsung apa yang Darwin buat. Aku nak lupakan semuanya. Aku nak lupakan dia. Aku nak hapuskan semua kenangan kami. Sungguh, aku bencikan dia.

Bunyi seretan kaki seseorang membuatkan aku menoleh lagi ke belakang tetapi tiada sesiapa. Jantung aku berdegup kencang memikirkan pelbagai malapetaka yang bakal menimpa aku dan Danish.
Ya Allah, sesungguhnya Kau tempat aku berlindung daripada segala kejahatan dan perbuatan keji makhluk-Mu. Aku berdoa dalam hati. Genggaman tanganku pada tangan Danish semakin aku kuatkan.

"Mama, kenapa genggam tangan Danish kuat-kuat?" Soalan Danish buatkan aku tersedar. Terus genggamanku melonggar.

"Tak... Tak ada apa-apa, sayang. Jomlah, kita masuk. Dah nak maghrib ni. Tak elok duduk luar lama-lama," kataku. Kami beriringan masuk ke rumah. Cepat-cepat aku kunci pintu.

"Danish pergi mandi dulu ya, sayang. Mama nak goreng ayam. Kita makan simple-simple saja malam ni. Boleh, ya?" Redup mataku memandangnya.

"Boleh. Danish tak kisah pun asalkan ada ayam goreng," balasnya. Aku tersenyum. Anak aku ni memang tak boleh dipisahkan dengan ayam goreng.
Sebaik sahaja Danish melangkah ke bilik tidurnya, aku berdiri tegak di hadapan cermin dinding yang aku gamkan berdekatan dengan meja televisyen. Nafas aku hela perlahan.

Tindakan gila Darwin masih berlegar-legar di minda. Aku tak nak beritahu Danish. Aku tak nak dia sedih kalau dia dapat tahu yang Darwin cuba berkasar dengan aku lagi. Walau bagaimanapun, aku tak boleh galakkan Danish untuk membencikan Darwin sebab sejahat-jahat Darwin masih ayah kandungnya.

Malas memikirkan tentang itu, aku terus melangkah ke dapur. Ayam mentah aku keluarkan dari dalam peti sejuk lalu aku letakkan di dalam singki. Sementara tunggu ais-ais yang membekukan ayam itu mencair, aku menyediakan bahan-bahan tumisan.

Rasanya okey kalau makan ayam goreng dengan sambal tumis dan nasi. Alang-alang aku memang nak masak simple- simple untuk malam ni. Kalau tak ada sambal atau kuah nanti Danish tak nak makan pula.
Usai menyediakan bahan-bahan tumisan, aku panaskan minyak pula. Ayam yang sudah siap dipotong itu aku cuci sehingga bersih. Serbuk kunyit dan juga MSG aku capai.

Setengah jam berperang di dapur, menu makan malam kami telah siap aku hidangkan di atas meja makan. Tinggal tunggu tuan besar turun makan. Jam tangan aku kerling sekilas. Ada lagi dua puluh minit sebelum masuknya waktu Isyak. Bergegas aku mengambil wuduk.

DANISH makan dengan penuh berselera sekali. Masuk kali ini dah tiga kali dia tambah nasi. Betul-betul lapar agaknya. Aku hanya mampu tersenyum. Ibu mana yang tak senang hati kalau tengok anak mereka berselera makan masakan mereka. Baik-baik hati tengah rasa pedih, boleh terubat dibuatnya.

"Papa Zaf tak bawa Danish keluar ke hari ni?" soalku kepadanya. Sajalah tanya sebab Zafriel suka sangat culik Danish. Pelik pula hari ni dia tak ambil Danish.

"Papa Zaf cakap dia sibuk uruskan pesakit dekat hospital. Papa Zaf cakap esok malam dia nak bawa Danish jalan- jalan dekat mall," jawab Danish dengan nadanya yang ceria.

Aku mengukirkan senyuman kelat. Kalau boleh aku tak nak Danish terlalu berharap dengan kasih sayang Zafriel memandangkan aku sendiri tidak dapat tangkap apa motif dia nak jadi bapa angkat kepada Danish. Semoga Allah SWT tepis segala kesedihan yang bakal melanda anak aku.

"Mana Danish tahu Papa Zaf busy?" soalku persis orang polos.

"Danish call papa pakai telefon Nek Oma." Danish mencapai lagi seketul ayam goreng bahagian kepak.

"Oh..."

Tuk! Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan pintu menyebabkan perbualan aku dan Danish terhenti. Kami saling berpandangan. Danish mahu berdiri tetapi aku menghalangnya berdiri.

"Danish habiskan makan. Biar mama yang buka pintu." Aku terus menapak ke ruang tamu. Teragak-agak aku nak buka pintu. Gusar kalau Darwin yang datang.

"Lambat kau buka pintu?"

Aku menarik nafas lega. Wajah bengis Zafriel aku pandang sekali lalu. Mati-mati aku fikir Darwin yang datang.

"Ada apa kau datang malam-malam ni?" soal aku. Soalannya aku biarkan sepi tanpa jawapan.

"Suka hati aku nak datang malam ke siang ke apa. Aku datang nak jumpa Danish. Kau tak payah nak soal aku macam polis pencen," balasnya bersahaja.
Aku mencebik.

"Danish tengah makan," ujarku.

Badan aku terdorong ke tepi bila Zafriel rempuh bahu aku. Menonong dia masuk ke dalam rumah aku dan terus ke dapur. Tercengang aku dibuatnya. Cepat-cepat aku tutup pintu.

"Zaf, kau gila ke masuk rumah orang macam ni? Keluarlah. Aku tak nak jiran-jiran aku fikir yang aku bawa jantan masuk rumah." Nada suaraku meninggi setibanya aku tiba di ambang pintu dapur.

Zafriel tidak menghiraukan aku sebaliknya dia terus tarik kerusi di sebelah Danish dan duduk. Membulat mata aku dibuatnya.

"Papa nak bawa Danish tidur rumah papa malam ni. Danish nak tak? Danish boleh kenal-kenal dengan nenek dan atuk."

"Nak! Nak!"

"Aku tak izinkan." Celahku.

"Aku tak perlukan izin kau. Danish dah setuju. Lepas makan aku terus bawa Danish balik rumah parents aku," katanya.

"Aku boleh dakwa kau dalam mahkamah sebab kau nak culik anak aku, Zafriel!" Tegasku.

"Kau fikir..."

"Mama dengan papa janganlah gaduh. Mama... Bolehlah ye Danish tidur rumah Papa Zaf malam ni? Bolehlah... Bolehlah... Please..."

Tunak mata aku memandang Danish sebelum bebola mata aku bergerak memandang Zafriel yang dah mengukirkan senyuman sinisnya. Walaupun aku tak bersetuju tapi aku terpaksa merelakan. Dah kalau Danish merengek-rengek, macam mana aku nak tahankan hati aku ni?

"Kalau Danish tidur rumah Papa Zaf, macam mana dengan mama? Takkan Danish nak biarkan mama sorang- sorang?" Aku cuba memancing mood Danish.
"Alah, mama ikutlah sekali. Boleh tak papa?" Danish menoleh Zafriel di sebelahnya. Terbeliak mata aku bila Zafriel mengangguk.

Eh, aku tak gila lagilah nak ikut dia balik rumah keluarga dia. Nanti apa pula ibu dengan ayah dia fikir. Aku tak nak dilabel sebagai perempuan tak tahu malu. Tambah-tambah lagi status Zafriel ialah tunang orang. Tunang kepada sahabat baik aku sendiri.

"Mama tak biasa tidur rumah oranglah, sayang." Aku tersengih-sengih persis kerang busuk. Aku kena cari idea supaya Danish mematahkan niatnya.

"Kau tak kerja ke apa, Zaf? Aku perasan kau ni suka bawa Danish ke sana ke sini dah macam hospital tu ada share dengan bapa kau pula." Semburku bersahaja.

"Kau ni bodoh ke apa, Aisy? Kalau aku shift siang, aku boleh datang malam. Kalau aku shift malam, aku boleh datang siang. Tak ada masalah pun. Lainlah kalau aku oncall," katanya.

Oh, jadi dia nak cakap yang sebelum-sebelum ni dia shift malamlah? Aku mencebik. Kedua-dua belah tangan aku silangkan ke dada.

"Kau tak oncall malam ni?" "Tak."
"Kenapa tak?"

"Bukan jadual aku."

"Kenapa bukan?"

"Kau tanya soalan-soalan ni, kenapa? Kau nak halang aku daripada bawa Danish balik rumah aku, kan?" Tebaknya. Aku menunduk.

"Jangan risaulah. Esok pagi-pagi lagi aku hantar dia balik rumah ni. Parents aku nak sangat jumpa Danish. Dia orang tahu yang aku jadikan Danish anak angkat aku," katanya.

Membuntang mata aku. Oh my god! Bala... Bala! Matilah aku kalau Widya tahu yang Zafriel jadi papa segera Danish.

"Kau beritahu pa..."

"Aisy! Keluar!"

Jeritan Darwin mematikan ayatku. Menggeletar tubuh aku dibuatnya. Aku dan Zafriel saling berpandangan. Bibirku bagaikan digam daripada mengeluarkan bicara.

LELAKI TERAGUNG [18+]Where stories live. Discover now