prologue + ros merah

270 37 39
                                    

prologue + ros merah

❝ Ajar aku bunuh diri. ❞

"GEMPA, say hi to Hali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"GEMPA, say hi to Hali."

"Gempa tak faham english."

Halilintar bukanlah adik lelaki kandungnya. Melainkan dikutip di tepi jalan oleh ibu dan ayahnya yang terlalu baik hati. Gempa berasa kesal melihat tatapan Halilintar, kenapa lelaki ini sungguh menjengkelkan?

Ibu hanya tersenyum lalu sengaja mencubit lengan Gempa. Mengaduh sakit Gempa dibuatnya yang baru berusia sembilan tahun.

"Siapa dia ibu?" soal Gempa acuh tidak acuh.

Mata merah.

"Hari ini Hali akan jadi adik kamu, Gempa. Jaga adik baik-baik okey? Hoho," terang ayah sambil tertawa.

Adik? Ibu mula melihat ke arah Halilintar, diusap lembut rambut anak angkatnya itu. Senyuman dihadiahkan saat Halilintar angkat kepala menatapnya.

Ternaik bahu Gempa apabila Halilintar tiba-tiba menatapnya.

"Ab... abang." Merona merah wajah Gempa. Budak lelaki itu memanggilnya 'abang'?

Ibu dan ayah cuba menahan tawanya, lucu tengok wajah terkejut Gempa.

"Hali belum pandai sesuaikan diri. Nanti Gempa ajar adik, okey? Hali jangan malu-malu, okey? Di sini semuanya orang baik, tiada siapa yang akan sakitkan Hali." Ibu tundukkan sedikit tubuhnya menyamai ketinggian Halilintar berusia tujuh tahun. Kedua-dua bahu Halilintar disentuhnya.

Halilintar angguk kecil.

"Sekarang jom makan. Mesti Hali lapar, kan? Sayang ni dari tadi biar je perut anak kita ni lapar," marah ayah buat ibu berasa kesal.

"Salah abang juga!"

Gempa telan liur. Apa dia bukan anak mereka? Keluhan dikeluarkan. Bergerak menuju ke ruang makan. Tanpa sedar lama mata kuning keemasannya menatap sepasang mata merah itu. Wajahnya putih melepak, seakan tidak pernah kena matahari. Gempa akui adik lelakinya mempunyai paras seperti malaikat.

Yeah, wajahnya memang seperti malaikat.

"Hali, makan perlahan-lahan." Risau ibu melihat Halilintar yang makan rakus tanpa henti. Gempa yang duduk di sebelah sahaja sudah menelan liur.

Sudah berapa hari adik angkatnya ini tidak makan?

"Sayang ni, biar je Hali makan."

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now