26 + atuk jerung

67 11 53
                                    

26 + atuk jerung

TERCUNGAP-CUNGAP nafas Hayes yang baru sahaja lari dikejar Ice, kenapa lelaki itu sibuk ingin mengajarnya ilmu pedang? Ini pasti kerja ayah! Sekarang yang lebih penting ialah tidak lama lagi musim ujian tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERCUNGAP-CUNGAP nafas Hayes yang baru sahaja lari dikejar Ice, kenapa lelaki itu sibuk ingin mengajarnya ilmu pedang? Ini pasti kerja ayah! Sekarang yang lebih penting ialah tidak lama lagi musim ujian tiba.

Kerana tidak lama lagi musim ujian, hampir keseluruhan para pelajar saling berbunuhan demi mendapat markah tinggi.

"Boleh gila aku. Sekolah ni memang khas untuk pembunuh ke apa? Hari ni dah hampir sepuluh orang nak bunuh aku!" bebel Hayes tidak puas hati.

Terundur ke belakang tubuh Hayes saat ada seseorang menghampirinya. Dia jelas-jelas mengetahui aura ini, ini aura membunuh! Terjegil mata Hayes saat melihat seorang pelajar lelaki sedang siap sedia ingin menyerangnya.

"Mati kau!" jeritnya lantang.

"Lebih baik aku lari," cadang Hayes. Selamba sahaja dia melompat belakang tubuh lelaki itu buat lelaki itu tersentak.

Lari sepantas kilat. Kiri kanan Hayes berpaling, dia ternganga. Ah sudah, kenapa dia boleh sesat dalam sekolah ini? Sudahlah luas. Ini pertama kali Hayes melihat pokok ada pintu, apa di dalamnya ada rumah?

Apa-apa pun bukankah ini nampak menyeronokkan? Hayes tersengih-sengih, hati-hati membuka tombol pintu pokok yang berwarna ungu. Pokok ini agak mengerikan kerana ada mata dan mulut yang tersenyum menyeringai. Sudahlah tidak berdaun.

Kepala dimunculkan melihat di dalam pokok tersebut.

"Kamjagiya!" Hampir tercabut jantung Hayes.

Kenapa ada keluarga jerung hidup dalam pokok ini? Mereka berpakaian macam manusia, aneh!

"Siapa dia?" Salah satu jerung mula berbisik sesama sendiri.

"Daddy, ada manusia!" jerit salah satu anak jerung dengan matanya bersinar-sinar memandang Hayes yang agak blur.

Jerungnya... bercakap!

Hayes mula mengurut dada sendiri. Keluarga jerung itu jadi menatapnya lama buat Hayes berasa gugup. Bukan sepatutnya jerung hidup dalam air ke? Kenapa tiba-tiba hidup dalam pokok? Sungguh tidak diduga Hayes sama sekali.

Tiba-tiba salah satu jerung yang agak berkedut mukanya mendekati Hayes. Tangannya setia memegang tongkat, mungkin dia atuk jerung. Hayes hanya mengangkat kening.

"Ini kedua kalinya ada manusia dapat masuk ke dalam ni. Apa kau orang istimewa?" soal atuk jerung itu buat Hayes tidak mengerti.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now