36 + tomato

69 8 41
                                    

36 + tomato

❝ Kau tak sendirian, kan ada kami ❞

❝ Kau tak sendirian, kan ada kami ❞

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

CUTI sekolah dimulai.

"Mel, jom pergi sana!" ajaknya riang. Melantha yang dari tadi menyilangkan tangan, memandang jengkel wajah Thorn.

Tiba-tiba Thorn menarik tangannya agar Melantha mengikuti dia. Melantha sudah menduga citarasa Thorn, tetapi seharian ini Thorn terus membawanya ke kebun! Rasa lelah menyelimuti diri Melantha kini.

Panas terik.

"Pak cik, apa kami boleh makan tomato ni?" soal Thorn. Kebun ini merupakan milik pak ciknya iaitu Tuan Theodore.

Theodore hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Aku dan isteri yang jaga kebun ni. Kau anak buah aku, jadi makanlah sepuasnya." Mendengar itu buat Thorn tersenyum lebar.

Melantha mula mengipaskan dirinya menggunakan tangan sahaja. Boleh terbakar kulitnya jika lama-lama dijemur matahari. Dia juga tidak dapat menolak ajakan Thorn kerana Thorn sepertinya suka dengan semua ini.

Thorn yang sedang makan tomato sempat diperhati Melantha. Sempat lagi makan.

"Tomato pak cik memang terbaik! Saya nak bawa pulang!" pinta Thorn dengan mata bersinar-sinarnya. Melantha tersentak, kenapa dia dapat rasakan telinga Thorn seperti telinga arnab?

Comel! Laju Melantha menggelengkan kepala. Dia tidak boleh sampai memuji Thorn, sedarlah Mel! Thorn itu abang yang terlalu baik kepadanya sampai membuat Melantha kesal. Namun tingkah abangnya benar-benar buat Melantha tidak tahan.

Dia tidak boleh jadi adik yang menganggap abangnya comel!

Krak!

"Kami tak perlukan tomato pak cik." Tanpa sedar Melantha telah menghancurkan separuh tomato Theodore buat Theodore dan Thorn tercengang.

Melantha tersentak. Apa yang telah dia lakukan? Dia tidak sengaja menghancurkannya. Melihat air mata Theodore mula mengalir menyentakkan Melantha. Ah, tomato pak cik!

"Baby... darling... sweet... heart... honey... huhu!" Nama-nama untuk tomatonya yang sudah hancur itu disebut buat Melantha berkerut dahi.

Kenapa tomato diberi nama? Keluarga ini gila!

"Pak cik jangan nangis... Mel tak sengaja," pujuk Thorn sambil menangis bersama Theodore. Dia memang tidak boleh melihat air mata orang lain, automatik hatinya turut berasa sebak.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Kde žijí příběhy. Začni objevovat