25 + lemas

70 11 14
                                    

25 + lemas

"AYAH, aku tahu ayah lupa pujuk si gila tu, kan? Aku kan suruh ayah pujuk dia selamatkan Taufan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AYAH, aku tahu ayah lupa pujuk si gila tu, kan? Aku kan suruh ayah pujuk dia selamatkan Taufan."

"Si gila?"

"Ah, sudahlah! Ayah pergi jenguk Taufan memandangkan ayah sekarang hantu."

Halilintar mengeluh berat. Dia tidak mengerti mengapa Hayes ingin selamatkan Taufan, tetapi ikutkan sahajalah. Katanya tempat hukuman Taufan di kamar bilik Sakura. Rak buku yang panjang itu menjadi perhatian Halilintar.

Lagipun dia dapat menembusnya.

"Ah, benar-benar ada bawah tanah." Lepas tembus rak buku tadi, Halilintar dapat melihat jelas tangga untuk ke bawah tanah. Kakinya mula menuruni tangga.

"Gila! Dia dah bunuh lebih sepuluh orang!"

"Aku tak sangka dia masih boleh hidup sampai sekarang di neraka ni..."

Taufan mengelap keringat yang mengalir, tukul yang digunakan untuk membunuh mangsanya dijatuhkan. Ada banyak musuh yang menginginkan dirinya mati, namun Taufan tidak ingin mati. Dia ingin hidup, hidup dan terus hidup.

Walaupun harus membunuh.

Halilintar menyilangkan tangan sambil memerhati Taufan. Dia sudah terbiasa melihat pembunuhan, bagi Halilintar ini hanya tatapan kosong.

Dahulu, dia ingat pernah menyelamatkan seseorang. Budak lelaki yang tidak henti-henti mengganggunya semata-mata ingin berkawan.

"Jadi itu kau ya, Taufan? Aku ingat kau dah mati sebab kau dah tak ganggu aku." Halilintar berbicara sendiri. Dia ingat nama lelaki itu, namun malas nak mengingat semuanya tentang Taufan.

Semuanya bermula pada hari itu.

Pertama kali memandang Taufan, Halilintar hanya memikirkan itu sahaja. Mereka berdua yang masih berusia lapan tahun.

"Kawan-kawan! Aku dah beli apa yang kau orang nak. Heheh," jeritnya teruja sambil membawa plastik hitam yang banyak barangnya. Keringat mula mengalir akibat berlari dikejar pak cik punya kedai serbaneka.

Sejak kecil, Taufan sudah pandai mencuri. Kawan-kawannya yang melihat mula bersinar-sinar mata, tidak sia-sia mereka berkawan dengan Taufan. Selalu dapat apa yang mereka inginkan berkat bantuan Taufan.

"Huwaa, terima kasih Taufan! Kau sahabat aku selamanya!"

"Setuju! Kami takkan tinggalkan kau, Taufan!"

Riang hati Taufan mendengarnya. Asalkan kawan-kawannya gembira, Taufan sanggup melakukan apa sahaja bahkan mencuri. Hari demi hari, Taufan membantu mereka. Namun Taufan bahagia, kerana kawan-kawan masih tidak meninggalkannya.

Tetapi hadirnya Halilintar, semua berubah. Anak lelaki yang tidak diketahui asal-usulnya.

"Perkenalkan diri kamu, Halilintar."

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now