3 + sakura

112 20 44
                                    

3 + sakura

Tahun 2023, tanggal 17 Disember,

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Tahun 2023, tanggal 17 Disember,

HAYES mengeluh berat. Jaket dan t-shirt putih dibuka lalu melempar entah ke mana. Telefon mula dikeluarkan dalam kocek seluar, Miguel nenghantar 10 mesej, 50 panggilan. Air liur ditelan kesat, dibaling telefonnya di atas katil.

Seorang pelayan mula masuk ke dalam kamar setelah Hayes memberi keizinan.

"Suruh mereka carikan hantu yang masih berkeliaran untuk aku."

"Baik tuan muda." Tidak lama itu, pelayan pergi dengan menutup pintu. Tubuhnya tidak mengenakan apa-apa kerana sudah terbiasa, lagipun hanya dia satu-satunya pemilik rumah agam ini.

Kedua kaki bergerak mendekati meja. Laci meja dibuka, kotak yang diikat dengan reben merah dibuka Hayes. Beberapa barang lama masih disimpan di dalam itu, termasuk gambar arwah ibunya. Gambar arwah ibunya diambil lalu ditatap lama.

Siapa sangka dia sendirian di dunia ini. Miguel akan ke luar negara. Hayes kadang terfikir, kenapa ayahnya tidak pernah menemui dia dan ibu? Ibu bahkan sudah meninggal dunia, apa ayahnya tidak tahu? Bawah bibir digigit Hayes.

Rasa bencinya terhadap ayah semakin membuak-buak. Hayes menganggap ayahnya telah membunuh ibu, sehingga sekarang Hayes hidup dengan berfikiran begitu. Hayes kembali mencari apa yang ada di dalam kotak sehingga matanya terpandang satu gambar.

"Tu ayah Hayes. Handsome tak?"

Ayah. Ternyata dia menyimpan gambar yang dibencinya di dalam kotak ini. Terangkat kening Hayes, dia seperti pernah melihat wajah ini di mana. Mana mungkin.

"Tak... tak mungkin. Hantu tu... ayah? Kenapa? Hahaha, aku dah gila, ya?"

"Tak mungkin!" Terjerit Hayes dibuatnya. Ditatap tajam-tajam gambar ayah yang dipegangnya. Wajah ini benar-benar mirip dengan hantu yang dijumpanya tadi.

Pak!

Tangannya menampar pipi sendiri. Ini bukan mimpi. Jelas tadi dia berjumpa dengan ayah dalam bentuk hantu. Tetapi kenapa? Kenapa ayah jadi hantu? Bahkan hantu dari dunia lain yang sepatutnya tidak hidup di dunia ini.

Tadi dia bertemu ayah.

Setelah bertahun-tahun hidup di dunia ini, Hayes menemui ayah buat pertama kali. Bagaimana dia ingin mencari hantu tersebut? Hantu itu sudah kembali ke dunia asalnya. Sedangkan Hayes ingin menyoalnya banyak benda.

Kenapa tidak pernah ada di saat dia dilahirkan.

+++

"AJAR aku bunuh diri."

Buk! Buk! Keringat mengalir membasahi seluruh tubuhnya, dia tetap terus menumbuk samsak tinju tanpa henti. Tidak menyangka dia malah mengingat apa yang dikatakan Halilintar setelah sedar dari pengsan.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن