27 + melihat masa depan

68 10 27
                                    

27 + melihat masa depan

"HALI, sepatutnya kau jangan lengah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HALI, sepatutnya kau jangan lengah."

Musuh. Hayes menelan liur, pahit. Blaze bila berlawan memang gila. Tanpa strategi, dia menyerang mengikut kata hati. Hayes mula melancarkan beberapa serangan kilat ke arah Blaze, pantas dielak Blaze. Para pelajar yang kebetulan ada di kantin mula melarikan diri.

Hayes menghembus nafas berat.

"Ice selalu kata aku bodoh. Tapi Hali, kau tahu kenapa aku dipilih jadi ahli Sakura?" Sengaja Blaze menyoal Hayes yang kesukaran melawan kuasa apinya.

Hayes seraya melindungi dirinya dengan perisai kilat tatkala Blaze mengeluarkan bebola api. Semakin lama, Blaze mendekatinya seraya mengambil kesempatan untuk membakar wajah Hayes. Sepantas kilat Hayes berundur ke belakang.

Dia tiada kesempatan untuk menyerang Blaze sedikit pun.

"Aku ugut Gempa kalau dia tak ambil aku sebagai ahli Sakura, aku akan bakar sekolah ni," beritahu Blaze lalu tersengih lucu apabila mengingatinya. Hayes mengetap bibir.

Air muka Blaze perlahan-lahan berubah. Tersentak Hayes apabila serangan Blaze jadi agresif, lelaki itu mula menyerang secara kasar buat rambut Hayes sedikit terkena api.

"Sial!" Tangan Blaze mula digenggam Hayes kuat, namun belum sempat Hayes melakukan apa-apa, Blaze menarik satu lagi tangan Hayes seraya menjatuhkannya ke lantai.

Hampir terkeluar suaranya namun cuba ditahan Hayes. Dia ingat Blaze benar-benar bodoh, tetapi lelaki ini kuat. Silapnya kerana meremehkan Blaze. Padahal waktu itu dia berlawan dengan Blaze, Hayes dapat mengalahkannya tidak sampai satu jam.

Apa dia menyembunyikan kekuatannya?

"Tapi Gempa, dia dah cuci otak para pelajar di sini. Disebabkan semua tu, Asteria mati. Dia dah bunuh Asteria, satu-satunya perempuan yang aku cintai. Aku akan berbuat benda yang sama, nyawa dibalas dengan nyawa!"

Tergamam Hayes mendengarnya.

"Aku tahu bukan Gempa yang bunuh Asteria, tapi disebabkan dia Asteria mati. Kalau sahaja dia mati, pasti semua ni akan berakhir. Jadi jangan halang aku, Hali," rayu Blaze. Dia sudah menganggap Halilintar sebagai idolanya.

Tidak sampai hati ingin menyerang idolanya sendiri. Hayes cuba bangkit akibat dijatuhkan Blaze, nafasnya turun naik. Membulat mata Blaze apabila Hayes tiba-tiba berada di dekat wajahnya, bila masa?

Buk! Kepala Blaze dicengkamnya kuat lalu dihentakkan pada lantai buat Blaze mengerang kesakitan.

"Kenapa kau salahkan orang lain kalau kau sendiri tak dapat lindungi perempuan yang kau cintai? Kau kata Gempa tak bunuh dia, kan? Kau fikir diri kau yang paling menderita, tapi apa kau tak pernah fikir apa tujuan Gempa selama ni?" Mata merahnya tatap Blaze yang berada di bawah. Kancing kemeja sekolah dibuka sedikit, berasa hangat.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now