40 + kawan 'sementara'

67 7 25
                                    

40 + kawan 'sementara'

SEJAK kecil, Ice suka tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEJAK kecil, Ice suka tidur. Sendirian tanpa seorang kawan kerana mereka semua menganggapnya membosankan dan tidak suka bersosial. Ice hanya menikmati dunianya sendiri, tanpa mempedulikan pendapat orang lain.

Namun, Blaze hadir dalam hidupnya bagaikan magis.

"Ice, jom teman aku! Nanti habis ayam goreng aku, cepat!" Digoncang berkali-kali tubuh Ice agar bangun, nak kata Ice tidak cukup tidur, bukan juga. Ini bahkan terlebih cukup.

Ya, sejak Blaze hadir dalam hidupnya, ketenteraman hidup Ice sering terganggu.

"Cepat!" Perlahan-lahan Ice mencelikkan mata seraya angkat kepala menatap Blaze. Mulut yang ingin menguap segera ditekup.

Kenapa Blaze bersemangat pula hari ini? Menyusahkan.

"Apa kau nak? Jangan ganggu aku." Kesal Ice membalas, dia mula menyambung untuk memejamkan mata. Tidur lagi.

"Ice! Ice! Jangan tidur!" teriak Blaze dengan kuat di tepi telinga Ice buat Ice ternaik bahu, tersentak hebat.

Rasa kantuknya hilang serta-merta. Tajam Ice menatap Blaze sambil memegang telinga sendiri yang masih terasa sakit diteriak Blaze, apa Blaze berniat ingin membuat dia pekak? Suaranya kencang sekali sampai menarik perhatian orang lain dalam kelas.

"Teman aku beli ayam! Nanti habis!"

Apa Blaze tidak dapat beli sendiri? Bersinar-sinar mata Blaze berharap Ice akan setuju buat Ice tidak sedar sudah menelan liur. Muka Blaze tidak comel langsung untuk merayunya.

"Cepat!" Pergelangan tangan Ice ditariknya selamba, buat Ice tidak sengaja terjatuh.

"Sakit, gila," komen Ice berasa kesal. Blaze tetap menariknya, seakan-akan tidak peduli.

Pada akhirnya, Ice teman juga Blaze beli ayam. Kalau Blaze sampai merajuk, habislah. Lihat Blaze yang lahap memakan ayam gorengnya sendirian diperhati Ice. Macam tidak makan sebulan gayanya.

Blaze yang perasan Ice menatapnya mula mengangkat kening.

"Kau nak ayam aku?" soal Blaze, laju Ice menggeleng tidak mahu.

Ice mula menongkatkan dagu, secara tidak sedar mata biru aquanya terlihat Taufan yang sedang mengejar langkah Halilintar. Taufan sedang memperlihatkan bekalnya, namun Halilintar buat-buat tidak peduli.

Taufan tidak berputus asa, tetap memujuk.

"Hali, jom makan sama-sama! Aku buat khas untuk kita makan berdua," beritahu Taufan bersama senyuman di bibir. Halilintar mula menyerahkan duit susu kotak coklat kepada pekerja kantin.

"Hei, ni sedap tau? Aku pandai masak," pujuk Taufan lagi. Saat Halilintar ingin meninggalkannya, cepat-cepat Taufan ikut. Tidak mahu ketinggalan.

Blaze yang perasan Ice tatap sesuatu, mula menatap benda yang sama seperti Ice. Keningnya terangkat, Halilintar dan Taufan?

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now