19 + nenek beruban

63 11 38
                                    

19 + nenek beruban

MEREKA memanggilnya Putera Ais

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MEREKA memanggilnya Putera Ais. Wajahnya dingin tanpa ekspresi yang perlu, namun bicaranya kadang tajam. Dia cemerlang dalam apa-apa pun.

Dia lebih mempesonakan saat menghayunkan pedang.

Hup! Hup!

"Yow! Ice kawanku!" sapa Blaze teruja semacam. Dengan gigi pun tersenyum memandang Ice, kawan sejak kecilnya.

Ice tidak berpaling memandang Blaze, berterusan menghayunkan pedang tanpa henti. Siapa sahaja tidak tahu kehebatan Ice dalam bermain pedang? Lelaki itu sangat menyukai pedang.

Blaze memasang wajah rajuk. Cis, tak habis-habis dengan pedang. Punggung dilabuhkan duduk atas kerusi panjang yang tersedia sambil memerhati Ice yang khusyuk dengan pedangnya. Kadang Blaze berfikir, apa Ice tidak malu berkawan dengannya yang penuh kekurangan ini?

Tetapi Blaze ialah Blaze, fikiran itu tidak lama. Lagipun Blaze tidak kisah jika Ice ikhlas atau tidak, kerana Blaze berkawan dengan lelaki itu disebabkan Ice begitu kuat! Kuasa aisnya sangat mempesonakan di mata Blaze.

"Kau tak masuk kelas? Setiap hari aku tengok kau latihan pedang kat sini," soal Blaze sudah muak. Air kotak berperisa oren yang sempat dibelinya dihirup perlahan.

Baru kali ini Ice berpaling melihat Blaze. Keringat yang mengalir diseka kasar oleh Ice. Lelaki beriris biru aqua itu mula menghulurkan tangan ke arah Blaze yang sedang minum. Blaze mengangkat kening.

"Oh, aku lupa beli air untuk kau, heheh. Sorry..." ucap Blaze perlahan.

Selamba sahaja Ice merampas air kotak berperisa oren di tangan Blaze. Blaze tersentak, dia baru sahaja minum kut!

"Bak balik air aku! Pahal kau minum?" rengek Blaze. Sampai hati Ice membuatnya begini.

Ice tidak melayan, hanya terus meminum sampai habis. Yalah haus, si Blaze ni bukannya pandai belikan dia air. Tahu fikirkan haus sendiri je. Blaze mendengus kesal, ingin sahaja membakar wajah tenang Ice namun ditahan. Ice kan kawannya.

Ah, tidak boleh nak tahan!

"Ice, jom kita lawan! Kalau aku menang, kau kena belanja aku!" Bersemangat Blaze berdiri dari terus duduk di atas kerusi panjang. Ice hanya menghantar pandangan datar.

Mula dah mamat api ni.

"Tiada masa aku nak lawan dengan kau. Lebih baik kau pergi kelas dan belajar, dapat kurangkan sikit bodoh kau tu," balas Ice seraya sambung bermain pedang.

Blaze mengetap bibir. Kenapa Ice asyik-asyik tidak mahu berlawan dengannya?

"Mentang-mentang kau pandai, sombong kau eh, Ice? Aku cuma nak lawan kau, apa kau takut, hah?" Sengaja Blaze memprovokasi Ice. Dia benar-benar ingin melihat kuasa ais milik Ice.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now