1 + putera ros merah

185 27 29
                                    

1 + putera ros merah

MENYEDARI bahawa kebahagiaan bukan selamanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MENYEDARI bahawa kebahagiaan bukan selamanya. Hujan membasahi bumi, menenggelamkan bunyi tangisan yang tidak mahu berhenti. Sepasang mata merah itu memandang dua batu nisan yang tertera nama.

Harley Grandville dan Marianna Grandville.

"Ibu... ayah..." Mengalir deras air mata Gempa melihat dua kubur di matanya. Tubuhnya jatuh terduduk.

Halilintar diam tidak bersuara. Sedang memayungi Gempa agar tidak basah. Beberapa orang yang merupakan kerabat dekat sangat memahami perasaan Gempa, ibu dan ayahnya meninggal dunia kerana terjadi pembunuhan di kediaman.

Bola mata kuning keemasannya berair. Sedangkan usianya baru 14 tahun. Dia merasakan kehilangan, menyedari bahawa hanya dia dan Halilintar sahaja terselamat.

Gempa menggenggam tangannya, membentuk penumbuk.

"Aku akan bunuh kau... aku akan bunuh..." Mengatakan sambil air matanya tidak berhenti mengalir.

Halilintar mengemam bibir.

"Abang..." Perlahan Halilintar memanggil abangnya.

Ternaik kedua-dua belah bahu mendengar suara Halilintar. Gempa seraya berpaling memandang Halilintar. Pemandangan yang aneh, kenapa ekspresinya biasa sahaja? Halilintar tidak menangis, seakan boneka yang tidak mempunyai perasaan.

Gempa bangkit dari terus terduduk di atas tanah, mendekati Halilintar secara spontan. Alangkah terkejutnya beberapa orang yang menziarahi tatkala Gempa tiba-tiba menarik kolar baju Halilintar, payung yang memayungi jatuh mencium tanah.

Matanya jadi bertaut dengan sepasang mata kuning keemasan milik Gempa.

"Kau tak sedih? Ibu ayah dah mati! Mereka kena bunuh oleh lelaki sial tu! Menangis, gila! Aku suruh kau menangis!" rayu Gempa menarik lagi kolarnya lebih kuat.

"Tuan muda, berhenti!" Seorang pelayan cuba menghentikan Gempa, tetapi tidak berhasil.

Tangisan Gempa tidak indah, sungguh menyakitkan. Halilintar melihatnya, betapa menderita perasaan yang Gempa alami. Kehilangan, berulang kali Halilintar merasakan perkara tersebut, air matanya sudah kering.

"Aku suruh kau menangis, kan? Jangan buat muka macam tu... jangan remehkan aku." Andai dia dapat meniru ekspresi tiada perasaan milik Halilintar, tetapi Gempa tidak dapat menahan betapa sedihnya hati menginginkan air mata mengalir lebih deras.

Disembamkan kepalanya atas bahu Halilintar, menghamburkan segala tangisan. Halilintar hanya membiarkan, tidak berani mengusik Gempa. Untuk pertama kali, dia melihat Gempa sesakit ini. Perlahan-lahan tangannya mengusap belakang tubuh Gempa.

+++

Tahun 2023, tanggal 15 December,

"GOMEN."

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now