37 + ulang tahun

62 8 31
                                    

37 + ulang tahun

37 + ulang tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HA... Hali."

Dahulu, memandangnya dari jauh sudah buat hidupnya penuh warna. Bagaikan mimpi, lelaki yang disukainya berada di hadapan mata. Sedang menatapnya dengan mata menawan itu, bernafas yang sama dengannya.

Alette meneguk liur. Dapat dirasakan wajahnya mula memanas.

"Kenapa?" Suaranya menyoal. Tunangannya anak pungut, namun kerana wajahnya yang bahkan tidak dimiliki semua orang.

Bulu mata yang panjang, rambutnya hitam pekat bersama sedikit warna putih yang menyilaukan. Bola matanya merah umpama mawar merah, tatkala bertatapan, Halilintar selalu memandang tajam dan dingin.

Wajahnya tanpa cacat cela, bersih dan berkulit cerah. Bibir yang merah dan rahang yang tegas. Bahkan ketinggiannya melebihi ketinggian Alette, bahunya tegap seakan-akan seorang atlet.

Namun sayang, dia gay. Alette menunduk sedih, dia tahu orang gay memang susah nak berubah.

"Apa selepas awak tahu saya tunang awak, awak nak pergi?" Alette menyoal ingin tahu.

Halilintar mengangkat kening.

"Aku tak pergi."

Tangan Alette yang menarik hujung kain pergelangan tangannya dibiarkan. Halilintar mula mengeluarkan sesuatu daripada suit hitam yang dikenakan, sejambak bunga ros merah dihulur ke arah Alette buat Alette terkebil-kebil.

"Untuk kau. Hari ni kau ulang tahun."

Hadiah ulang tahun yang sama, namun kali ini lebih bermakna. Halilintar memberi hadiahnya sendiri buat detak jantung Alette hari ini berdegup lebih pantas daripada kebiasaannya. Perlahan-lahan Alette menerima huluran mawar merah daripada Halilintar.

Dia jadi tidak dapat menahan senyum setelah menerima hadiah daripada lelaki itu. Hatinya berbunga-bunga.

"Terima kasih," ucap Alette sambil tersenyum manis. Dia seperti orang yang mabuk cinta terhadap Halilintar.

Ya, dia memang mabuk cinta. Semuanya tentang lelaki itu, bahkan bagaimana kehidupan sehariannya, apa yang dibicarakannya setiap hari, Alette ingin tahu. Kalau Halilintar tahu betapa banyak Alette membayangkan mereka berdua saling mencintai dan bersama, pasti lelaki itu menganggapnya miang.

Pokoknya, jangan sampai ketahuan.

"Nenek, kau nak pergi mana? Aku bersikap baik kerana hari ni kau ulang tahun, hari-hari lainnya aku tak dapat janji bersikap seperti apa," katanya tenang buat Alette memerah.

Tetapi memanggilnya 'nenek' itu...

"Nama saya Alette," beritahu Alette cuba menahan malunya.

"Aku tahu." Berkerut dahi Alette, Halilintar sudah tahu?

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now