10 + roti hangat

77 13 21
                                    

10 + roti hangat

"KAU yang akan bunuh aku, jadi pada akhirnya aku akan mati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU yang akan bunuh aku, jadi pada akhirnya aku akan mati. Hentikan lakonan kau, Taufan."

Angin yang kuat, mungkin sahaja dapat menerbangkannya hingga ke taman bunga ros yang berduri. Wajah yang merah-merah, Halilintar tidak mengerti kenapa wajah Taufan warnanya seperti itu. Taufan lantas menekup mulutnya, tidak berani menatap Halilintar.

Pintanya hanya satu, tatapan Halilintar yang begitu dingin sangat menarik di matanya. Jadi Taufan cuba menahannya, berharap Halilintar mengerti isi hatinya sekarang.

Dia ingin lebih akrab dengan Halilintar, namun bagaimana? Rasa benci ini masih ada, bahkan mungkin rasa benci ini suatu hari nanti pasti akan membunuh Halilintar.

Taufan buntu.

"Apa maksud kau?" soal Taufan tidak menatap Halilintar.

"Apa kau mengakuinya?" Terangkat kening Taufan, tidak mengerti.

"Hah?"

"Apa kau mengaku yang kau inginkan aku mati? Aku tak tahu kesalahan apa yang aku buat, tapi kau melampiaskan marah kau disebabkan fikiran bodoh tu tiada gunanya. Jangan mengharapkan aku mati, sebab pada akhirnya semua manusia akan mati."

Memerah wajah Taufan mendengarnya. Halilintar sedang mengarut apa? Halilintar bahkan tidak ingat kesalahan yang dia lakukan terhadap Taufan. Apa selama ini hanya Taufan yang membenci Halilintar?

Taufan mula mengepal penumbuk. Rasa kesal. Bawah bibir digigit kuat. Apa dia sedang dipermalukan?

Seperti waktu itu?

"Kalau kau betul-betul inginkan aku mati, sepatutnya kau bunuh aku. Lebih baik sekarang, lakukannya. Bunuh aku." Tersentak Taufan mendengarnya. Laju lelaki itu angkat kepala memandang Halilintar.

Halilintar tahu dia yang menuliskan surat itu.

"Kau dah gila? Kau tak sayang nyawa kau? Aku dah kata aku tak nak kau mati! Aku dah berubah fikiran," terang Taufan buat Halilintar terdiam sesaat.

Jadi memang benar Taufan menuliskan surat itu. Firasatnya tidak salah. Sebenarnya seberapa besar benci lelaki itu terhadapnya? Halilintar mula berpaling tidak memandang Taufan, rasanya semua tanda tanya ini selesai, kan?

Dia sudah tahu siapa yang menulis surat itu.

"Aku akan bertahan hidup. Jadi orang lain tak boleh bunuh aku," kata Halilintar seraya membuka langkah meninggalkan Taufan. Bergetar hebat bibir Taufan mendengarnya.

Mata ditutupnya dengan tangan, cuba meletuskan tawa untuk menghiburkan keadaannya sekaramg. Apa semua ini benar baik-baik sahaja? Apa dia boleh tidak khawatir terhadap lelaki itu?

Rasanya menyesakkan.

+++

"PERGI! Jangan pedulikan aku! Aku dah kata aku tak nak makan, kan?" Prang! Ditepis kasar mangkuk yang berisi bubur hingga jatuh ke lantai. Pelayan tersebut sampai menggigil menundukkan kepalanya.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now