12 + ibu

80 14 48
                                    

12 + ibu

SUDAH seminggu berlalu, dia masih belum dapat kembali ke dunianya yang asal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH seminggu berlalu, dia masih belum dapat kembali ke dunianya yang asal. Hayes mengeluh berat, dia sudah terlalu lama memerhati dunia ini sampai berasa jemu. Tiada apa yang terlalu menarik perhatiannya.

Jadi hantu yang berada di dunia ini boleh bosan seteruk ini? Hayes tidak mahu membayangkannya.

"Bukan hari ni kamu sekolah?"

"Heheh, saya ponteng."

Telinga Hayes menangkap suara seseorang. Wajahnya tidak begitu kelihatan, berambut panjang warna putih bersih. Mengenakan klip rambut bunga sakura, tidak sedar pipinya sedikit merona merah memandang gadis lengkap dengan gaun putih paras lututnya.

"Berapa semua, pak cik?" soal gadis itu ramah sambil menunjukkan makanan yang ingin dibelinya.

Terlopong Hayes melihat itu. Mak ai, banyaknya dia beli. Dia berniat nak makan semua tu sendirian? Gila.

"Tak apalah, pak cik bagi free sebab kamu customer tetap." Bersinar-sinar mata gadis itu mendengarnya, laju sahaja dia menunduk hormat tanda terima kasih.

"Terima kasih, pak cik! Moga dimurahkan rezeki selalu!" Terletus tawa lelaki tua itu mendengarnya.

"Hati-hati jalan. Jangan sampai ibu ayah kamu tahu kamu senyap-senyap keluar rumah," pesannya. Gadis itu hanya tersengih-sengih, mengangguk kecil.

Saat gadis itu ingin berlalu pergi, mata merah milik Hayes tidak sengaja terpandang sepasang iris milik gadis itu. Warna yang persis bunga sakura, dan pipinya sedikit kemerah-merahan seperti sedang jatuh cinta pandang pertama.

"Apa di dunia ni ada ibu kau? Macam aku di dunia ni ayah kau."

Hayes fikir cepat atau lambat pasti akan bertemu ibu. Di hadapannya ada seorang gadis yang mirip ibu  berambut panjang umpama salji putih. Bola mata sakuranya lebih indah pernah Hayes lihat.

Seperti bidadari yang turun dari langit.

"Ibu..."

Apa ibu kenal Hayes? Bawah bibir diketap, kakinya berlari mengejar langkah gadis itu agar tidak ketinggalan.

Itu pasti ibu! Dia tidak salah lihat.

'Ibu, tunggu!' Suara hatinya menjerit.

"Ibu!" jeritnya sekuat hati buat langkah gadis itu terhenti. Tidak salah lagi, di hadapannya ialah ibu.

Kerana ibu dapat mendengar dan melihat hantu. Untuk sesaat, bola mata sakura milik gadis itu bertembung dengan sepasang iris merah yang berkaca-kaca milik Hayes. Ibu yang masih muda dan sihat.

Bukan ibu yang lemah dan sakit seperti waktu itu. Dia ingin memohon maaf kerana tidak dapat menyembuhkan penyakit ibunya di masa hadapan. Hayes berfikir bahawa kematian ibu kerana salahnya.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now