15 + hidup dan mati

95 14 40
                                    

15 + hidup dan mati

15 + hidup dan mati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FIKIR baik-baik. Apa boleh sekolah menjadi tempat pertumpahan darah semata-mata ingin menjadi yang teratas?

"Ayah akan dalam bahaya..." ujar Hayes perlahan. Apa dia kena membunuh agar selamat di sekolah ini? Bukan itu caranya, bagaimana dia ingin Halilintar kekal hidup?

Rambut dikusutkan. Sekarang Hayes berada di dalam kelas, dia bukan menyalin nota di hadapan papan tulis. Malah menconteng buku nota dengan informasi yang Hayes ingat ketika berada di dunia ini dan masa hadapan.

"Ayah mati sebab si gila tu, ayah bunuh diri. Maksudnya ayah akan mati ketika usianya 16 tahun? Waktu tu ibu mengandungkan aku, apa jadi dengan sekolah ni selepas kematian ayah?" Otaknya sudah tepu.

Tiba-tiba ada yang terlintas di fikiran Hayes.

"Aku tak tahu nama mereka tapi, mereka sepertinya kawan ayah. Apa aku kena cari kawan ayah? Apa-apa pun, aku kena hadap si gila tu dulu." Hayes sudah bertekad ingin berjumpa Gempa hari ini. Kawan-kawan Halilintar yang dimaksudkan Hayes ialah Blaze, Ice dan Thorn di masa hadapan.

Buat masa sekarang, dia akan cuba menghentikan pembunuhan di sekolah ini. Mungkin mengambil masa, tetapi Hayes sangat mengetahuinya. Bahawa si gila itu amat menyayangi Halilintar, mungkin sahaja ada kesempatan untuk bertemu ayah di masa hadapan.

Akhirnya Cikgu Gopal habis mengajar. Tiba masa rehat yang dinanti-nantikan Hayes, senyumnya mula melebar. Misi hari ini, bertemu si gila!

Hayes mula menggalas beg sekolah di bahu seraya berjalan mendekati seseorang. Ternaik kedua-dua bahu lelaki itu apabila Hayes mendekatinya. Taufan tersentak, lelaki ini sudah buang tabiatkah?

"Macam dah lama tak jumpa kau, kawan! Tunjukkan jalan ke bilik Sakura, cepat! Aku ada urusan penting yang menentukan soal hidup dan mati." Terkebil-kebil Taufan dibuatnya.

Waktu itu bukan main tidak menganggapnya kawan. Halilintar terhantuk kepala ke apa? Pahal lelaki ini berubah personaliti tiba-tiba?

"Kau pahal? Bukan kau tak mengaku aku kawan kau?" balas Taufan cuba beriak tenang. Apa Halilintar sedang mempermainkannya?

Hayes mengangkat kening. Bibir tersenyum tipis memandang Taufan. Tiba-tiba ditarik pergelangan tangan Taufan buat Taufan terpaksa berdiri dibuatnya. Matanya membulat dengan tindakan tidak diduga Hayes, apa lelaki ini lakukan?

"Apa maksud kau? Aku tak ingat aku pernah buat macam tu."

Taufan tergamam mendengarnya. Tidak ingat? Jadi selama ini dia menyuruh pelajar lain menjauhi Halilintar, apa Halilintar tidak kisah sedikit pun? Sedangkan dia hanya inginkan sedikit perhatian lelaki itu.

Apa dia dipermainkan lagi?

"Aku betul-betul kawan kau? Tak tipu?" soal Taufan meminta kepastian.

Hayes tertawa kecil. Ditarik Taufan agar mengikuti setiap langkahnya. Entah apa yang Taufan mengarut, Hayes sedikit pun tidak mengerti.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now