38 + cinta

80 7 44
                                    

38 + cinta

"SELAMAT menjadi ketua semula, Gempa!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SELAMAT menjadi ketua semula, Gempa!"

"Uwah, idola!"

Party popper ditiup serentak oleh Taufan, Blaze dan Thorn. Gempa terkebil-kebil memandang kek yang berada di tangannya, sedangkan hari ini Gempa tidak ulang tahun.

Pada akhirnya, Gempa jadi ketua kerana dipaksa Blaze.

"Kenapa kau juga ada kat sini?" soal Gempa seraya berpaling melihat lelaki beriris merah di sebelahnya. Kening lelaki itu terangkat.

Kini Hayes dalam tubuh Halilintar tersengih-sengih menatap wajah Gempa. Mesti Gempa pelik kenapa dia ada di sini sedangkan bukan ahli Sakura. Halilintar yang merupakan hantu diam di sebelah Hayes sambil merenung kek.

Air liur diteguk Halilintar.

"Potong kek! Potong!" sorak Hayes tanpa mempedulikan soalan Gempa. Mendengar sorakannya, yang lain ikut bersorak kecuali Ice dan Solar.

Gempa terkaku. Apa dia ada berbuat salah?

"Kek ni dilukis besar-besar muka Gempa oleh aku dan sebelah Gempa ada aku," beritahu Blaze buat mereka semua jadi menatapnya tajam.

"Kenapa kek tu ada gambar dua orang? Sepatutnya satu, kan? Kedatangan kau tak payah diraikan!" Party popper diketuk atas kepala Blaze buat Blaze mengaduh sakit.

Blaze mula mengejar Taufan saat Taufan berbuat begitu.

"Kau, apa masalah kau dari tadi, hah?" marahnya kesal. Taufan ketawa janggal, aduh.

Namun belum sempat Taufan berlari lebih jauh, rambut lelaki itu ditarik sekuat hati oleh Blaze. Mahu botak kepala Taufan dibuatnya.

"Lepas, lepas! Sakitlah, gila!"

"Wah, kau tahu sakit? Biar aku buat lebih sakit!"

Curi-curi Hayes mengambil isi kek di tangan Gempa. Mulut mengunyah kek perlahan, keningnya terangkat. Gempa yang perasan Hayes mencuri sebahagian keknya memandang tidak percaya. Bahkan dia belum potong kek lagi.

"Kek ni sedap," puji Hayes selamba. Gempa mengeluh berat.

Sabar sahajalah. Hayes mula melirik ke arah Halilintar yang dari tadi terliur melihat kek, bibir tersenyum tipis. Lantas piring yang berisi kek ditunjukkan ke arah Halilintar buat Halilintar terkebil-kebil.

Hayes menyuruh Halilintar mendekat agar dapat berbisik.

"Jom keluar, kita makan kek sama-sama," bisiknya.

Halilintar angguk kecil.

"Kau bisik kat siapa, Hali?" soal Gempa berasa merinding tiba-tiba. Siap bawa piring kek sambil berbisik. Siapa je tidak rasa pelik?

Ternaik bahu Hayes mendengarnya.

"Huwaa, Gempa! Tolong aku!" Laju Taufan menyorok di belakang Gempa, erat tangannya memeluk tubuh Gempa dari belakang.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now