8 + oak valley

65 18 6
                                    

8 + oak valley

SIAPA menyangka ini akan berlaku?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SIAPA menyangka ini akan berlaku?

"Ayah..." Hayes memandang tidak percaya sampai menekup mulut. Halilintar mula menuju keberadaan cermin.

Seminggu selepas itu, Halilintar mendapatkan tubuhnya semula. Ini tubuhnya, dia benar-benar berada dalam tubuhnya. Bagaimana ini boleh terjadi? Sebenarnya apa yang berlaku? Halilintar mula berpaling memandang Hayes yang menjadi hantu.

"Apa semua ni? Aku tak faham," kata Halilintar berasa keliru. Hayes laju menggelengkan kepalanya, malah ini bagus!

"Ayah dah dapat tubuh ayah semula, mesti ayah gembira, kan?"

Sebenarnya Halilintar tidak begitu gembira.

"Tapi kenapa kau masih belum kembali ke dunia kau?" Tersentak Hayes, betul juga!

Hayes yang mula berfikir tentangnya hanya diperhati Halilintar. Halilintar mengeluh berat seraya bergerak menuju almari pakaian. Kenapa tepat hari masuk Oak Valley dia kembali ke tubuh asalnya? Apa ini baik-baik sahaja?

"Apa kau nak terkurung selamanya di sini?" Hayes terkelu mendengarnya. Bawah bibir diketap.

Halilintar memakai seragam sekolah Oak Valley, ternyata padan dengan tubuhnya. Walaupun dia masih tertanya-tanya kenapa boleh ada kejadian aneh begini, Halilintar memilih untuk berdiam diri.

Sesekali Halilintar memandang Hayes. Ternyata seperti itu wajah aslinya, dia seperti pernah melihat wajah itu. Di mana, ya?

"Hali, kau dah siap?" Terangkat kening Halilintar. Dia sempat berpaling memandang Hayes yang sedang duduk di atas katil, apa boleh meninggalkan lelaki ini sendirian di sini?

Kenapa dia jadi memedulikannya? Halilintar berhenti menatap Hayes. Lagipun untuk apa dia berasa khawatir? Halilintar mula bergerak ingin membuka pintu kamar menarik perhatian Hayes. Hayes mengemam bibir.

Dia harus kembali ke dunianya. Tetapi bagaimana? Ini membuatnya gila!

"Selamat pagi, abang," sapa Halilintar setelah membuka pintu. Gempa agak terkejut.

Apa kepalanya terhantuk?

"Oh, pagi. Ehem, kau dah sarapan?" Halilintar mendiam seketika. Abang pasti kesusahan kerana Hayes selalu membuat masalah sejak berada dalam tubuh ini.

"Maaf sebab dah susahkan abang. Tapi aku dah kenyang, apa kita boleh bergerak sekarang?" ucap Halilintar sambil menatap sepasang iris kuning keemasan milik Gempa. Gempa menelan liur, ini aneh.

Mana bicaranya yang kasar dan menyakitkan? Halilintar seolah-olah menjadi dirinya yang sebenar. Gempa menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal, ini amat canggung. Setiap kali Halilintar melontarkan bicara, dia tidak tahu ingin membalas apa.

"Abang pergilah dulu. Aku lupakan sesuatu," beritahu Halilintar berura-ura ingin kembali ke kamarnya. Gempa hanya mengangguk kecil.

Kenapa dia berasa seperti ini? Halilintar terus memedulikannya sedangkan hatinya berkeras tidak ingin. Pintu kamar dibuka, tiada kata yang keluar saat melihat kamarnya kosong tiada manusia. Apa ini mimpi lagi?

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now