prologue

3.1K 149 7
                                    

"SERIUS nak kahwin dengan saya?" Syakir soal serius. Wajahnya tak beri sebarang riaksi ceria. Hanya riak tegas yang dipasang menandakan dia benar-benar serius dengan keadaan sekarang.

Muhaira teguk liurnya kesat. Dia beranikan diri untuk menyabung anak mata diantara mereka.

"Ya, serius ni."

Bibir diketap kuat. Syakir menyandarkan tubuh di dada kerusi. Dia tidak lah terdesak untuk berbini. Tapi, terkenangkan usia yang sudah menjangkau hampir 30 tahun ini dia rasa dia sudah perlu berumahtangga.

"You boleh masak?"

Soalan penting!

Muhaira yang tadi kekok terus menegakkan tubuh. Lelaki ni soalnya tentang masak? Lelaki tak tahu ke dapur itu lah tempat dia bersuka ria dan berperang? Dipandang Syakir dengan keyakinan yang menggulung dalam hati.

"Boleh! Cakap je awak nak makan apa." Kepalanya terangguk-angguk penuh yakin.

"Kalau masak nasi arab pandai?"

Waduh. Tubuh yang menegakkan tadi perlahan-lahan membongkok sedikit.

Syakir tersenyum senget. Tak pandai ke tu?

"Simple sangat lah. Tak mencabar langsung." Ujar Muhaira bersahaja. Tak pandang Syakir yang sudah mati senyum.

Cis! Lupa pula minah ni ada kacuk arab. Mesti lah tahu.

Syakir perbetulkan ton suara sebelum dia kembali serius memandang perempuan di hadapannya.

"Baik. Aku dah ada keputusan."

Muhaira tegakkan semula duduknya. Agak-agaknya boleh kahwin ke tak?

"Kita kawan untik sebulan. Kira macam sesi perkenalan. Seminggu sekali wajib jumpa. Dan setiap kali jumpa, you kena masakkan I makanan yang special." Putus Syakir.

"Erk... maksudnya empat kali jumpa je lah ya sebulan?" Jarinya naik mengira berapa kali mereka akan berjumpa. Empat hari saja dalam masa sebulan? Sikitnya!

"Hm macam tu lah."

"Tapi sikit sangat. Takkan empat kali jumpa je nanti awak dah boleh dapat jawapan? Macam tak logik je..." dah tentu-tentu dia ditolak kan? Muhaira mendengus perlahan. Sah, ni cara halus dia ditolak.

Syakir mengeluh. Perempuan ni pura-pura kurang cerdik atau memang kurang cerdik? Kalau memang kurang cerdik dia memang tolak awal. Tak mahu keturunannya nanti kurang kecerdikkan. Yalah, genetik pandai kan lebih ikut daripada si ibu?

"Tak ada lah sampai macam tu. Kalau dah dua kali tu I rasa selesa dengan you, kita keluar je lah banyak kali. Who knows tiba tiba I rasa selesa?" Cadang Syakir. Padahal dia sendiri tidak pasti dengan dirinya.

"Ya lah. Saya setuju. Tapi, kalau saya yang ajak keluar boleh?"

Syakir mengangguk kepalanya sekali. "Seminggu sekali tu wajib. Selebihnya kalau rasa nak keluar lagi, keluar aje lah. Itu pun kalau I tak busy. Usually I memang tak keluar hari kerja. Weekend je I keluar." Terang Syakir. Dia memang workaholic! Apa pun kerja tetap menjadi pemenang dan diutamakan.

Cis! Muhaira cebik bibirnya. Dah mula dah aura-aura negatif muncul. Agaknya nanti bila kahwin dia terabai tak? Entah entah nanti bila kahwin dia cuma dikasi makan duit dan bukan kasih sayang?

"Macam mana? Setuju?" Syakir pinta kepastian.

"Baik, saya setuju. Tapi saya pun ada syarat!"

Kening Syakir terangkat tinggi. Mendahului bicara calon bakal isterinya.

"Sepanjang tempoh perkenalan kita ni, saya tak nak antara kita ada kawan lain jantina. Keluar dengan lain jantina. Atau ada apa-apa komunikasi dengan lain jantina." Huh, giliran Muhaira menyilang tangan. Biar nampak dia serius dengan perkenalan mereka.

Lidah dilarikan pada dinding pipi. Gila betul. Perempuan ni jenis kuat cemburu ke macam mana agaknya? Syakir berdehem beberapa kali sebelum kepalanya diangguk-anggukkan tanda setuju.

"Deal?"

"Deal."









KUKU menjadi mangsa gigitan. Sekejap dia mengiring ke kiri, sekejap pula diiringkan badannya sebelah kanan pula. Tapi masih tak rasa senang. Akhirnya dia bangun dan duduk bersila di atas tilam empuk.

"Nak wish goodnight ke tak eh?" Soal Muhaira sendiri. Apa salahnya kalau dia mulakan langkah dulu? Orang kata kalau perempuan yang mulakan langkah dulu, satu dalam seribu! Dan dia nak menjadi yang satu itu.

"Kalau dia menyampah macam mana?" Bila idea positif datang, pasti ada negatif akan menyusul. Muhaira lepas keluhan panjang.

"Chat je lah. Bukan luak pun kalau setakat goodnight." Lantaran itu jari jemari mulus mula menari-nari di atas skrin telefon.

Ahmad Syakir
last seen 16.40 p.m.

You
- goodnight, sweet dream.

Sent!

Memang sejenis tak buka Whatsapp ke apa mamat ni? Sekarang dah pukul sepuluh malam dah pun. Oh ya, single.

Bila pesanan itu siap dikirim, cepat-cepat Muhaira menyelubung dalam gebar. Tak tahu kenapa dia berdebar semacam.







TING!

Syakir tersentak dari bekerja. Fokusnya membaca kes di kertas A4 tergendala. Tak berganjak daripada duduk, hanya tangan yang memanjang. Mencapai telefon di hujung kerusi.

Muhaira X
- goodnight, sweet dream.

Automatik matanya mengerling jam di dinding. Malam dah rupanya. Rasanya baru tadi adzan maghrib berkumandang. Dia yang masih berkain pelikat dan berbaju-T hitam itu ketawa halus. Sekali lagi dia baca notifikasi daripada Muhaira.

You
- first move ke macam mana ni?

Sebaik balasan itu dikirim, Syakir tersenyum sendiri. Sesekali tawanya terletus parau bila terbayangkan Muhaira. Pasti gadis itu terkocoh-kocoh untuk balas.

Muhaira X
Typing...

Menanti balasan gadis itu, duduknya dibetulkan. Rambut yang serabai diraup kemas kebelakang. Matanya masih fokus terhadap skrin telefon. Sesaat pun tidak lari.

Muhaira X
- lebih kurang.

Tu je? Syakir sengih senget. Jarinya kembali aktif di atas papan kekunci.

You
- tanya lah dah makan ke belum ke?
- goodnight tu masih awal lagi la




MUHAIRA cebik bibir. Boleh tahan juga lelaki ni. Sia-sia aje rasa berdebarnya tadi. Kalau dia ni mata duitan, dia minta ganti rugi untuk rasa berdebar yang macam nak mati tadi.

Sudahnya dia hanya biarkan mesej itu dibiar. Tak ada rasa pula nak balas bila dia terima balasan macam tu.

Tujuan Where stories live. Discover now