bab 15

1.3K 100 26
                                    

MERECIK peluh Thaqif di dahi. Tumbukan demi tumbukan ditumbuk. Sesekali dengusan kuat sengaja dihela kuat bagi memuaskan hati. Adakala suara juga turut dilepaskan.

Usai puas menumbuk, Thaqif duduk di tempat yang tersedia. Dadanya laju mengepam nafas yang laju berderu dek keletihan. Kedua tangan ditongkat ke birai kerusi.

Matanya dipejam rapat. Penat.

"Thaqif."

Mendengarkan suara gemersik merdu yang menyeru namanya, matanya tercelik kembali. Kepala ditoleh, seketika nafas dihela panjang.

Nampak Humaira yang sedang berlari anak ke arahnya.

Harus berapa kali dia pesan supaya jangan kemari? Haih.

"Buat apa lagi kesini? Berapa kali nak pesan la kau ni," malas-malas suaranya. Kain kecil diambil, kemudian peluh dikesat.

Humaira hanya menghiraukan kata-kata Thaqif. Dia berdiri di hadapan Thaqif, memandang lama gaya lelaki itu sebelum mengumpul kekuatan untuk terus mengatakan tujuannya.

"Kau nak apa?"

Hesy, garangnya!

"Boleh tolong hantarkan aku?" Pinta Humaira.

"Kemana?"

"Pergi hospital."

Menyambut jawapan Humaira, kepala Thaqif lantas memanggung memandang Humaira. 

"Kau sakit apa?" Dengan berani, tangannya menyelak baju yang tersarung ditubuh Humaira.

"Hesy! Apa ni! Bukan aku lah yang sakit!" Tangan Thaqif ditepis kasar seraya menapak kebelakang. Tajam mata memandang Thaqif yang sesuka hati menyelak bajunya.

Thaqif membuang pandang ke arah lain. Aiseyman, kau over sangat lah! Niatnya cuma mahu memeriksa, mana lah tahu Humaira cedera di mana-mana. Lagipun Humaira ni tak jurus mana orangnya. Tiang pun boleh dia langgar, padahal besar kut tiang tu!

"Untuk apa pergi sana?" Buang rasa janggal, Thaqif kini berjalan menuju ke lockernya. Humaira dibelakang membontoti langkah bekas suaminya.

"Nak jenguk Muhaira. Dia pingsan dekat pejabat pagi semalam. Boleh ke hantarkan aku?" Polos dia menjawab. Gerak geri Thaqif diperhatikan dengan mata kasar.

"Ha,"

Tatkala pintu locker Thaqif dibuka, ada sekeping gambar yang tertampal di dinding locker. Humaira senyum kaget.
Sekarang dia pula selamba mencapai sekeping gambar itu.

"Kau simpan lagi gambar ni?"

Gambar dia, Thaqif dan Mariam di pantai. Kedudukan Mariam di tengah, memimpin tangan dia dan Thaqif. Gambar ketika mereka masih lagi bersuami isteri.

Paling tubuh, membulat mata Thaqif menyedari gambar itu sudah berada di tangan Humaira. Namun dia beriaksi biasa, tak mahu nampak gabra depan Humaira.

"Simpan je la. Kenapa pun?" Eceh, kawal macho sikit! Padahal dah tak ada alasan lain!

Senyuman dibibir Humaira makin melebar. "Kau sayang kita lagi?" Masih menatap kepingan gambar itu, Humaira menyoal tanpa perasaan.

"Huh?" Baju yang tersarung di tubuh diperkemaskan. Tubuhnya menyandar di locker. Mengecil mata Thaqif menafsir pertanyaan wanita itu.

"Kau... sayang kita lagi? Maksud aku, keluarga kecil kita?"

Bola mata dilarikan sebaik Humaira menyabung pandangan. "Entah. Sayang kut."

Kembang kuncup hati Humaira mendengar jawapan itu. Sengihan ditahan sebolehnya. Ada lah sikit terkucil senyum, tapi nak buat macam mana? Suka dengan jawapan ringkas itu. Rasa macam, masa depannya tergambar.

Tujuan Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu