bab 16

990 70 5
                                    

"YANG ni okay?"

Geleng.

"Kalau yang ni?"

Geleng.

"Yang ni?"

Geleng lagi.

Syakir hembus nafas panjang. Tangannya kini bercekak di pinggang manakala tatapannya lurus memandang Muhaira. Sudah hampir dua jam disini, namun Muhaira langsung tidak berkenan dengan mana-mana cincin yang terdampar banyak dalam kaca tersebut. Gadis itu cuma berdiam diri sambil merenung cincin-cincin di dalam kaca.

Sikit pun tak berminat dengan cincin emas. Tak ada riaksi teruja langsung yang terpapar. Malah dia cuma beriaksi kosong. Seolah-olah tiada perasaan 'bakal pengantin' seperti pasangan lain.

"Habistu, takkan lah kita kawin tak ada cincin, Muhaira?" Penat sudah dia melanga di kedai emas ni. Sampai pekerja disini pun sudah naik meluat. Cincin-cincin di dalam kaca itu dilihat. Semuanya cantik belaka. Tapi kenapa Muhaira tak minat? Sudah tunjuk yang paling simple, kata bosa tak ada corak. Tunjuk yang ada batu, kata tak suka pula. Tunjuk yang ukiran bunga pun, kata macam orang tua.

Macam-macam kerenah dan cerewet Muhaira. Pening kepala Syakir nak melayan. Badannya kini sudah terasa urat menegang. Maklum sajalah melanga sampai dua nak masuk tiga jam.

"Saya tak minat cincin." Ujar Muhaira sepatah.

Semedan pandangan dihunus tepat pada sepasang mata. Keluhan kecil terbit serta merta.

"Kenapa tak cakap dari awal? Kalau macam tu kita tengok gelang atau rantai, mana tahu awak suka," beralih pula pada kaca yang berisi rantai serta gelang.

"Saya tak boleh pakai rantai dengan gelang. Nanti gatal. Saya ada eczema." Muhaira buat muka toya. Tak serba salah pun dia buat Syakir menunggu. Sedangkan dia pun penat dengan diri sendiri.

"Habistu, takkan tak beli barang kemas untuk kahwin?"

Muhaira hinjut bahunya sekali. "Mana lah saya tahu. Saya pertama kali nak kahwin."

Jatuh bahu Syakir mendengar alasan Muhaira. Kemudian dia kembali ke ruang cincin tadi.

"Cincin kosong size 5 ni lah. Satu lagi size 8 untuk saya tapi warna silver ya. Nak cincin kosong, nak ukir nama." Pinta Syakir. Sekilas melirik pada Muhaira yang menilik cincin-cincin di dalam kaca.

Huh, sudahnya dia sendiri yang buat pilihan. Nak tunggu Muhaira buat pilihan, tak kahwin mereka agaknya. Syakir berjalan perlahan mendekati Muhaira semula. Tempat kosong disebelah Muhaira menjadi tempat dia melabuhkan punggung. Seketika dipandang Muhaira, gadis itu cuma diam tak bersuara.

Sedar dirinya dipandang, Muhaira toleh wajah. Sebelah kening terangkat. "Ada apa-apa ke?"

Syakir menggeleng bersama senyuman. "Tak ada. Awak lapar?"

"Saya tak lapar. By the way, saya nak tanya satu benda." Duduk dibetulkan supaya selesa, tubuhnya menghadap Muhaira.

"Apa?" Perhatiannya dipusatkan sepenuhnya kepada Syakir. Debar halus mula menyerang dada tatkala pandangan mereka bersabung dalam. Entah apa yang gadis itu mahu tanya hingga tampak serius.

"Macam mana boleh terima lamaran saya?"

Terletus ketawa Muhaira sebaik mendengar soalan itu. Haih, buat risau saja! Debar yang menggoncang dada tadi mula reda sedikit demi sedikit.

"Kan dah bagi syarat. So kira okay lah."

Adui, ringkasnya! Syakir menggeleng beberapa kali. Tak puas hati dengan jawapan Muhaira.

"Specific sikit la. Kalau macam tu, baik saya jawab saya suka awak je kalau awak tanya kenapa nak kahwin."

Itulah. Masa dia lamar, banyak cekadak Muhaira. Itu ini ditanya, soalan pula bukan biasa-biasa! Mahu tercekik air liur sendiri. Lepastu ada syarat lagi! Sampai ke dia, ringkas itu aje? Tak memuaskan!

"Cuba teka kenapa."

Aiseyman! Dia pula nak kena teka? Syakir menggaru rahang sendiri, bola mata mengguling ke atas, memikirkan jawapan kepada soalan sendiri.

"Sebab saya kacak?"

Wuerk! Muhaira buat muka toya. Masuk bakuk angkat sendiri nampak?

"Tolong sikit eh, kekacakan tak menjamin kesetiaan dan keikhlasan."

Syakir ketawa halus. Memang sengaja beri jawapan begitu. Malas mahu guna otak untuk berfikir. Ada ke pula dia yang tanya tapi dia juga yang jawab?

"Dahtu?"

Muhaira mengetuk dagu runcingnya. "Hmmm... saya terima sebab saya pun yakin awak boleh dijadikan tujuan dunia dan akhirat. Walaupun rasa cinta dan sayang pada awak masih tak berputik."

Ouch! Serasa dadanya dihunus pisau bila Muhaira jujur dalam berbicara. Bibirnya tetap tersenyum. Gadis ini memang tak tapis bila berkata-kata. Tapi terubat juga hati bila Muhaira kata dia mampu dijadikan tujuan dunia dan akhirat.

"Tapi cinta tu tak disangka. Sebab jatuh cinta ada macam-macam cara." Sambung Muhaira lagi. Hujung kasut ditekur.

"Saya harap bila saya sayangkan awak, awak dapat sayangkan saya macam mana saya sayangkan awak." Ujar Syakir perlahan. Mata redupnya setia merenung wajah Muhaira yang menunduk.

Dia tak pasti selama mana dia mampu sayang dan cintakan Muhaira seperti hari ini kerana semuanya ketentuan takdir. Ketentuan Ilahi. Syakir tak mahu sering mengatakan cinta, dia takut segala kesetiaan dan ucapan cinta sayangnya akan diuji dengan orang ketiga. Biarlah dia buktikan dengan perlakuan dan pengorbanannya. Walaupun Muhaira masih ragu-ragu, tapi dia akan buktikan cintanya dengan perlakuannya dan bukan sekadar berkata-kata.

"Saya yang takut bila saya sayangkan awak, hati awak mula berubah. Cinta bukan boleh dibuat main. Ada orang bernasib baik, ada orang tidak. Boleh jadi gila sebab cinta saja." Suaranya mendatar menutur kata-kata. Risau jikalau hati tak mampu menampung beratnya rasa kecewa akan datang. Dah nama pun cinta, pasti akan diuji dengan kecewa punya. Cuma lain cara.

"Saya tak nak menjanjikan kesetiaan. Biar awak nilai saya sendiri sama ada saya ikhlas atau tidak. Sepanjang kita uruskan perkahwinan kita, awak masih ada masa untuk tolak lamaran saya. Selagi lafaz akad tak terzahir, awak masih ada peluang untuk undur diri."

Berkerut-kerut wajah Muhaira menafsir kata-kata Syakir. Lelaki ni suka buat dia rasa 50/50! Sekejap nak sangat dia jadi isteri, sekejap macam mengalah. Aduilah...

"Buat apa nak nilai awak sekarang kalau benda tu boleh berlakon? Nanti lepas kahwin baru belangnya nampak. Jadi saya tak nak berkerja menilai awak. Selagi saya rasa yakin, saya teruskan."

Muhaira bangkit. Berjalan ke arah seorang perkerja yang memanggilnya. Pasti cincin sudah siap diukir. Lagipun, dia malas nak buka topik tentang kesetiaan sangat. Tak rajin.








Tbc.
Update : 2 march 2024

A little update

Tujuan Where stories live. Discover now