bab 17

1.3K 135 7
                                    

"KAU makan ubat sekarang."

"Kau yang kena makan ubat. Baru keluar hospital kan?"

Naik turun dada Muhaira mendengar kembarnya menjawab. Bekas ubat di atas meja diangkat, langkahnya meluru ke arah Humaira. Bekas ubat dihempas ke atas meja.

"Kau menyusahkan orang lain tahu kalau kau tak makan ubat? Kau makan sekarang. Dah tak waras, nak jadi tak waras lagi ke macam mana?" Tu dia! Muhaira malas mahu bertapis. Bukannya Humaira akan dengar kata-katanya.

"Hei, kau tu yang menyusahkan orang! Dah lah kena dukung pergi hospital. Tak malu."

Bruss!! Menyirap darah panas ke serata wajah Muhaira. Humaira ni bila penyakitnya mula menyerang, mulalah mereka lancarkan das-das perlian.

"Kau tu pun sama aje. Kau makan ni sekarang atau aku tak bagi kau jumpa Mariam." Ugut Muhaira. Itu saja caranya. Mariam lah jadi mangsa ugutan. Kalau tidak, memang takkan jalan.

"Mariam anak aku! Kalau kau nak budak sangat pergi lah beranak sendiri." Cemuh Humaira. Dia masih enggan mahu makan ubat-ubatan.

"Assalammualaikum."

Serentak mereka menoleh ke luar rumah. Seorang lelaki berbaju T biru melangkah masuk ke dalam rumah tanpa pelawa. Muhaira lekas mencari tudung untuk disarung. Kemudian dia kembali ke ruang tamu.

"Kau buat apa datang sini? Kau balik!" Naik seoktaf suara Humaira tatkala ternampakkan Thaqif melangkah masuk ke dalam rumah. Daripada duduk, terus dia bangun berdiri. Tangannya mencapai sebuah bantal, kemudian dibaling ke arah Thaqif.

"Hey, kau ni kenapa?" Dua tangan menyilang melindung wajah. Thaqif memandang Muhaira, meminta kepastian pada kembar bekas isterinya itu.

"Dia belum makan ubat. Dah tiga hari tak makan." Beritahu Muhaira. Tangannya menyilang ke bawah dada. Pandangannya sinis terhala pada Humaira yang mengamuk.

Mendengar jawapan itu, Thaqif faham sendiri. Mula lah datang penyakit tak waras Humaira.

"Balik! Kau balik! Lelaki tak guna! Bodoh! Si—"

"Si apa? Hah? Lelaki yang setia dengan kau ni sial?" Suara Thaqif mula meninggi. Dia memang pantang bila perempuan berkata kesat. Lebih lagi Humaira. Dia cukup marah, benci.

"Kau memang! Sebab kau aku jadi macam ni! Aku benci kau! Benci! Keluar!" Tubuh Thaqif ditolak supaya lelaki itu keluar. Entah kenapa hatinya rasa benci yang amat terhadap Thaqif. Dia benci lihat wajah yang tertayang tidak serba salah itu.

"Aku tak nak jumpa kau pun. Aku nak jumpa Mariam. Ketepi lah kau!" Tubuh Humaira ditolak pula. Sekali tolak saja Humaira sudah terduduk di sofa. Thaqif berjalan mahu ke bilik Mariam.

"Hei, kau jangan jumpa anak aku! Jangan sentuh anak aku!"

Kaki Thaqif berhenti dari melangkah. Yang kedua pula, dia cukup pantang bila dia dihalang untuk bertemu anak. Geram dengan tingkah laku tak sopan Humaira, Thaqif melaung memanggil Mariam.

"Mariam! Keluar sayang! Tengok mommy ni!"

Pap! Muhaira tepuk dahi sendiri. Sebolehnya dia menyorokkan Mariam supaya tak berjumpa dengan Humaira. Tapi Thaqif sesenang hati memanggil anak itu keluar. Dia bukan apa, takut Humaira mengapa-apakan Mariam saja. Sudahlah umi dan abah keluar dengan Ulhaq pergi ke kenduri. Dia saja yang menjaga Mariam dan Humaira yang tak berapa waras ni.

Tujuan Where stories live. Discover now