bab 6

1.3K 84 3
                                    

"UMI... Yam nak yang ni oyeh?"

Sebungkus coklat diangkat tinggi oleh Mariam. Bersinar bola mata Mariam memandang Muhaira. Mengharapkan makcik yang sudah dianggap ibu itu memberi izin untuknya makan. Terliur sungguh ni!

Muhaira berpaling tubuh. Dipandang coklat ditangan Mariam, Muhaira mengeluh kecil.

"Mariam kan demam..." Muhaira melutut, memparasi ketinggian Mariam.

"Ala, cikit pun tak oyeh?" Jari telunjuk dan ibu jari dirapatkan. Ditayang pada Muhaira.

Muhaira tetap menggeleng.

"Tak boleh, Yam. Coklat tak elok. Lupa papa pesan apa dekat Yam semalam? Jangan apa...?" Pipi Mariam dicuit.

Mogok. Mariam menunduk ke bawah. Coklat di tangan kembali diletakkan ke atas meja.

"Jangan makan coklat..." pesanan Thaqif diulang.

"Lepastu? Yam tak nak dengar cakap papa Yam?" Duga Muhaira. Tubuh si kecil digendong.

"Tapi... Yam suka tolipop!"

Ketawa Muhaira terletus merdu. Yam dengan pelat berpisah tiada!

"Nanti papa datang, Yam makan dengan papa okey?"

Dengan terpaksa Mariam mengangguk. Nak buat macam mana, teringin pun takkan dapat punya. Nak jumpa papa pula, mesti lambat lagi. Lelaki itu selalu sibuk dengan kerja yang tak pernah habis. 

"Dah kenapa kau nak halang anak aku? Biar dia nak makan apa yang dia nak. Tak payah kongkong dia. Dia masih budak." Humaira muncul di ruang dapur. Lolipop tadi dicapai. Kemudian plastik yang membaluti lolipop itu dikoyak. Dihulur buat si anak.

"Nah, makan. Jangan cengeng."

Muhaira tepis lolipop yang dihulur.

"Humaira, anak kau sakit. Jangan bagi dia coklat ni."

Humaira merengus kuat. "Setakat demam tak boleh makan coklat ni ke? Celah mana kau belajar? Budak tu terliur lah nanti!" Meluat dengan perangai si adik kembar yang melebih. Siapa ibu kepada Mariam? Dia atau Muhaira?

"Anak kau alergic coklat. Kau tak tahu ke? Ini dia demam ni pun sebab kau bagi coklat banyak-banyak kelmarin. Kau gila beli manisan dekat dia sampai satu troli? Kot ya pun nak manjakan anak, bukan macam ni caranya!" Tertahan-tahan suara Muhaira. Baju Mariam diselak, menampakkan kulit badan si kecil itu.

"Ni. Kau tengok!" Belakang tubuh Mariam ditunjuk.

"Habis naik bintik-bintik merah! Belum lagi kaki dia, tangan dia ni! Nasib baik dekat luar je dia terkena. Kalau kena dalam mulut? Dalaman dia macam mana? Demam ni pun, infection dari semua ni!"

Muhaira mula menyinga. Marah dengan sikap si kakak yang tidak bertanggungjawab.

Humaira diam. Tidak bercakap melainkan matanya merenung tajam kepada Muhaira.

"Anak kau sakit pun kau tak bawa pergi hospital. Ada hati nak hak penjagaan. Aku lagi rela Thaqif yang jaga Mariam daripada kau." Sambil melintasi Humaira, sengaja dibisikkan kata-kata itu. Biar Humaira sedar!

"Dia anak aku!" Tempik Humaira kuat.

"Itu je la yang akak tahu. Mariam anak akak... Mariam anak akak. Tapi yang jaganya nanti muka-muka kami ni juga. Akak, kalau rasa nak jaga sangat Mariam tolong buat cara nak jaga. Akak menyiksa Mariam tahu tak?" Ulhaq muncul dari anak tangga. Sebelah tangan menyeluk saku seluar.

"Kau diam! Kau budak lagi!"

Ulhaq mencebik bibir. Menyampah.

"Yang budak kau cakap tu lah lagi matang daripada kau yang dah tua bangka. Dah la, balik rumah kau. Mariam tinggal dekat sini." Muhaira malas nak bergaduh. Selepas dia letakkan Mariam di dalam bilik, dia kembali ke ruang dapur.

Tujuan Where stories live. Discover now