bab 1

2K 112 5
                                    

"JANGAN lupa minum air yang ibu dah buat. Jangan lupa..."

Jangan itu,
Jangan ini.
Jangan anu...

Syakir rasa hendak pecah kepala dengan si ibu tiri yang beria-ria mahu menambat hatinya. Sikit-sikit itu. Sikit-sikit ini. Padahal Syakir sudah pun menjangkau ke usia 30 tahun. Tak perlu dipesan hal-hal remeh, tahu lah dia jaga diri.

"Anak ibu dengar ke tidak pesan ibu?"

Itu satu hal lagi! Tak habis-habis nak kata diri dia ni anaknya. Pening dengan sikap si ibu tiri, Syakir sekadar mengangguk kepala. Kadang dia sengaja tidak menyahut panggilan ibu tirinya. Malas.

"Nanti balik jam berapa? Ibu nak masakkan untuk Syakir."

Syakir mengerling pada jam. "Harini balik lambat. Syakir nak keluar dengan kawan. Masak je lah untuk bapak." Sejurus menyatakan aktivitinya hari ini, dia pantas keluar daripada rumah. Tak mahu berlama-lama dengan Puan Sakinah.

"Syakir..."

Langkah Syakir terhenti disitu. Tubuhnya berpaling mencari Puan Sakinah.

"Ya?"

"Terima kasih sudi terima ibu."

Syakir mengeluh kecil. "Bu, setiap hari ibu cakap benda yang sama. Syakir dah pun terima ibu. Tak perlu lah cakap banyak kali."

Puan Sakinah tersenyum segaris. Dia takkan pernah sia-siakan penerimaan pemuda itu. Baginya berkahwin dengan Dato' Zakri bukan hal yang kecil. Mana tidaknya, sebelum Syakir lahir lagi perasaannya pada Dato' Zakir telah pun wujud. Dikejar lelaki itu, namun semakin dikerja semakin menjauh. Sakinah berhenti mengejar, tetapi bukan berhenti mencintai. Sehingga lelaki itu kehilangan isteri tercinta, dia mula mengejar Zakri semula.

Kalau dulu dia cuma mengejar hati lelaki bernama Zakri, sekarang dia perlu mengambil hati Syakir. Dia mahu menjadi yang terbaik untuk kedua-dua lelaki itu.

"Hm, baiklah. Hati-hati ya Syakir. Bawa kereta jangan laju sangat. Pakai seat belt, fokus memandu dan jangan main telefon ya!"

Semakin anak tirinya itu menjauh, hatinya merasakan gusar. Risau kalau apa-apa akan terjadi dengan anak tirinya yang satu itu.






"PAGI bos."

Syakir hanya mengangguk sebagai balasan. Memang sikapnya sering dingin terhadap pekerja-pekerjanya. Tak ada sifat kemesraan langsung dalam diri.

"Tuan, hari ni tak kerja?" Soal seorang pekerja. Namanya Alex. Salah seorang pekerja yang paling lama dan dilantik sebagai ketua oleh Syakir.

"Kerja luar. Aku nak sarapan sini."

Kening Alex terjungkit sebelah. "Selalu bos sarapan kat rumah?" Sambil tangannya lincah membancuh minuman, dia mesra berbual dengan majikannya.

"Entah. Aku rasa malas nak jamu ibu tiri aku masak."

Alex menarik senyum. Faham lah Alex pasti Syakir bergaduh dengan bapanya.

"Bergaduh dengan bapak tapi ibu pula bos tempiaskan. Kesian ibu bos dah masak pagi-pagi."

Syakir menjeling dengan ekor mata. Alex ni serupa perempuan. Jiwanya tak seperti lelaki-lelaki sejati. Malah psersonaliti lelaki itu sangat lembut. Tapi entah kenapa Syakir selesa dengan Alex.

"Ibu... ibu. Dia ibu tiri. Enough."

Mulut kata terima namun hati masih berbolak-balik. Begitu juga layanan pada Puan Sakinah. Sekejap dia memanggil ibu sekejap dia panggil aunty. Sekejap juga dia layan penuh hormat sekejap pula dia endah tentang perihal wanita tua itu.

"Tapi dia..."

"Cuma ibu tiri. Darjat dia tak sama dengan mak."

Teringatkan arwah mak yang sudah pergi 15 tahun lepas. Terasa hatinya dihunjam. Sakit bila ibunya sesenang itu diganti.

Alex hanya menjungkit bahu. Nak cakap lebih-lebih pun, dia bukanlah sesiapa.

"Nah, macam biasa Amaricano dengan roti bakar kan?" Soal Alex mahu kepastian.

Syakir mengangguk kepalanya. Sebelah tangan bermain dengan telefon. Dibuka Aplikasi X.

User 1 : You masih cari calon isteri tak?
User 2 : Masih terima calon tak?
User 3 : Alaaaa dah tutup ke....

Tersengih Syakir membaca tiap persatu komen di profil nya. Tak sangka pencarian calon isteri yang dibuka minggu lepas ramai yang mahukan. Kepalanya tergeleng-geleng membaca komen.

Namun dia sudah punya yang satu. Ciri yang begitu dia minat. Minggu lepas sudah pun bersua muka. Sudah dibincangkan bagaimana perkenalan mereka akan berlangsung.

Tapi hatinya bagai tidak teruja dengan hal yang satu ini. Entah, dirasakan seperti biasa. Tiada yang menarik walaupun semua ciri-ciri yang dia mahukan sudah pun ada terhadap perempuan itu.

Ting!

Muhaira : selamat pagi.

Panjang umur tuan badan. Syakir sekadar memandang tanpa riaksi. Jarinya menari-nari menaip balasan mesej Muhaira.

Syakir : pagi.

Sesudah itu, telefon diaimpan semula ke dalam kocek seluar. Sarapan yang hampir sejuk terhidang mula dijamu.










DERAP langkah semakin laju bila terpandangkan jarum yang sudah menunjukkan sepuluh pagi. Muhaira lekas-lekas berjalan menuju ke blik CEO syarikat.

Sebelum dia diberi keizinan untuk masuk, pintu diketuk terlebih dahulu. Barulah pintu dibuka dan kaki menjejak ke ruang mewah CEO syarikat.

"Nasib baik tepat masa. Kalau you lambat, I dah lama kick you dari masalah syarikat." Tegas, namun terselit tawa kecil daripada majikan perempuannya itu.

"Maaf Puan. I tadi siapkan report untuk Tuan Putra. Dia minta tiba-tiba..." belakang tengkuk yang berlapiskan tudung itu digaru kekok.

Rania tersenyum. Faham dengan COO syarikat mereka. Terlalu dengan tiba-tiba dan sepuluh ganda lebih tegas daripadanya.

"Kalau sebab Tuan Putra, I faham. Have a sit Muhaira."

Muhaira tersenyum. Lantas mengambil tempat di sofa. Fail yang dibawa di letakkan ke atas meja. Dipandang Rania yang tersenyum padanya.

"Shall we start now?"

Suara parau itu membuatkan pandangan Muhaira terkalih. Seketika degup jantung terhenti.

"Sure."






Tbc
Update: 4 feb 2024

Tujuan Where stories live. Discover now