bab 10

1.2K 73 7
                                    

Bergetar kuat bibir Humaira saat ini. Badannya menggigil kuat. Air mata yang mengalir tidak putus-putus membasahi wajahnya. Takut dengan beberapa orang lelaki yang mengepung dirinya.

Humaira memeluk tubuh, kaki dibawa rapat ke dada. Keadaan lorong gelap ini langsung tidak akan dilalui sesiapa. Dan dia tahu, kali ini dia takkan terselamat. Redha, dan pasrah dengan ketentuan.

"Dah pandai berhutang, pandai lah bayar! Kau fikir kita orang tak ada kerja lain ke sampai nak kena cari kau?!" Jerkah seorang lelaki. Rambut Humaira ditarik kuat kebelakang hingga gadis itu menyeringai kesakitan. Sakit!

"Kitaorang datang ni pun sebab 'bos' kasi greenlight untuk kitaorang. Urmmm...." Mata lelaki itu menyorot memandang segenap tubuh Humaira. Seketika tawa besar tiga orang lelaki itu bersatu. Membuatkan Humaira semakin takut.

"Thaqif rugi besar lepas perempuan macam kau. Sayang betul..." seorang lagi bersuara. Lelaki itu bertindak menyentuh wajah Humaira. Saat Humaira menepis tangan lelaki itu, lekas sahaja tangannya ditangkap kemas. Digenggam kuat sehingga terasa pada tulang.

"Jangan macam-macam eh sayang. Kalau kau kasar, kitaorang pun kasar. Kau nak mana satu, lembut atau..."

"Pukimak!"

Tempikan seorang lelaki mengejutkan mereka bertiga. Humaira turut sama. Dia cuba memandang siapa gerangan yang memekik kuat. Saat mata terpandang susuk tubuh tegap yang berdiri tidak jauh daripada mereka, bagaikan terlompong Humaira.

***

"Berapa kali ek nak kena pesan jangan duduk dekat lorong-lorong tu? Tempat-tempat sunyi tu bukan tempat yang bagus untuk duduk. Kot ya pun tak nak tumpang orang lain, jangan susahkan orang lain. Kalau tadi aku tak lalu situ, kau rasa apa dah jadi dekat kau? Bengap."

Humaira menjeling dengan ekor mata. Aku pula salah? Tak nak tolong tak payah tolong! Geramnya dia dengan Thaqif. Tak pernah lah dia minta tolong lelaki itu sejak-sejak mereka berpisah lima bulan yang lepas. Thaqif saja yang beria-ria.

"Tak puas hati apa? Apa? Aku cakap tadi salah? Hah?" Sedar Humaira memandangnya tidak puas hati. Thaqif mendengus perlahan. Apa lah agaknya yang akan jadi pada Humaira jikalau dia tidak ada disana?

"Tak payah lah tolong kalau rasa menyusahkan." Mendatar saja suara Humaira. Dirinya masih diserang rasa takut. Trauma dengan kejadian tadi.

"Lepastu kau kena rogol? Pastu kau drepesi, tanggungjawab terabai, anak terbiar semua.. pastu menyusahkan orang lagi! Tak fikir?" Thaqif berkata dengan nada suara yang tertahan. Geram pula dengan Humaira yang tak pernah mahu fikir panjang. Tuala basah yang diperah dalam ais dilekap pada hujung bibir. Ini semua asbab Humaira! Dah dia kena berlawan dengan tiga orang lelaki. Nasib baik saja dia ni player Muay Thai! Ada la sedikit skil yang sudah dipelajari.

Humaira berdecit kecil. "Yalah... aku salah. Semuanya aku," badannya dipaling menghadap ke lain. Terasa dengan kata-kata Thaqif. Seteruk itu kah dirinya? Menyusahkan ramai orang? Sejenak hati kecilnya terasa dicengkam kuat. Bola mata serasa panas dek cecair hangat.

Thaqif mengeluh perlahan. Masih ada lagi perangai ajukan pada Humaira. Meski mereka sudah tidak lagi memegang status suami dan isteri bersama...

"Ni, diaorang ada sentuh kau kat mana-mana tak tadi?" Bahu Humaira dipaut dari belakang. Namun Humaira tetap mengeras.

Humaira tidak menyahut.

"Maira...." Meleret suara Thaqif. Tak kuasa lah dia nak memujuk. Antara mereka tidak ada apa. Untuk apa memujuk perasaan wanita yang bukan sesiapa lagi. Humaira hanyalah ibu kepada seorang anak perempuannya, Mariam.

"Kalau diaorang sentuh aku pun. Kenapa? Biarlah aku tanggung sendiri. Aku tak nak menyusahkan orang lain."

Sah, Humaira merajuk. Thaqif mengeluh panjang. Alahai, satu hal nak kena pujuk!

"Sombong sangat bunyinya tu. Maira, you should being mature. Umur kau 24 ni aku fikir dah matang. Dah pernah berkahwin dan ada anak..."

Humaira hanya membisu.

"Kalau tak aku bagitahu, siapa lagi nak bagitahu? Sudah la..." ujar Thaqif. Bahu wanita itu sekali lagi ditarik. Kali ini Humaira tidak melawan. Malah dia bertentangan semula dengan Thaqif.

Thaqif mengetap bibir. Mata basah yang redup memandangnya sungguh meluntuhkan hati Thaqif. Sejenak bersabung mata dengan Humaira, Thaqif bagai dibuai untuk seketika. Tatapan itu, tatapan yang dahulu dia pernah pujakan.

"Thaqif..." tangan Thaqif digamit. Mata Humaira tetap lurus merenung Thaqif.

Thaqif hanya membiarkan. Bibirnya bungkam untuk berkata-kata. Dadanya berdegup kencang. Memainkan alunan-alunan yang suatu tika dahulu pernah dimainkan semasa masih ada ikatan mesra antara mereka.

"Masih tak ada ruang untuk Maira dalam hati abang...?" Dada Thaqif disentuh perlahan.

"Thaqif!"

Seketika lamunannya tersentak. Sedar daripada realiti. Bibir beristighfar beberapa kali.

"Kau ni kenapa? Hesy, lepaslah!" Humaira menarik tangannya yang dipegang Thaqif. Dah kenapa lah pula lelaki ni?

"So..sorry..."

Ish! Bukan Humaira yang tarik tangan dia. Dia yang tarik tangan Humaira rupanya!








Tbc.
Update: 22 feb 2024

Small update🥹

Tujuan Where stories live. Discover now