bab 20

1.1K 85 6
                                    

RENGGANG sedikit mulut Syakir tatkala ternampakkan rambut panjang yang mencecah dada itu terlepas bebas. Seakan-akan tak percaya mahkota wanita yang satu itu sekarang sudah menjadi tatapannya secara halal. Dada yang asyik bergendang tadi masih tidak surut terasa. Langkahnya diatur penuh berhati-hati. Sengaja tak mahu menyedarkan Muhaira.

Masuk saja ke dalam bilik tadi, dia ternampak Muhaira yang ralit menyikat rambut. Wanita itu langsung tidak sedar akan kehadirannya. Setelah hampir beberapa minit pun, Muhaira masih tidak sedar. Leka menyisir rambut.

Syukur dipanjatkan. Hari ini selamat mereka mendirikan rumah tangga dengan sempurna. Semuanya berjalan lancar. Hanya secara tertutup kerana tidak mahu 'privasi' terganggu. Ini semua pun permintaan Muhaira, Syakir pula hanya mengikut seperti yang dimahukan. Asalkan, dia dapat takluki wanita pujaan hati!

"Ehem," deheman sengaja dilepaskan. Mahu menarik perhatian wanita yang baru bergelar isterinya hari ini. Tubuh yang terasa letih dihenyak ke atas tilam empuk.

Tergendala kerja Muhaira. Baru sedar bilik yang dahulu penghununya hanya dia, kini sudah berkongsi dengan seorang lelaki. Tubuhnya dipaling mencari Syakir. Tatkala terpandangkan Syakir yang senang terbaring di atas katil, bibir serta merta mengoyak senyum kekok.

"Solat dah?"

Soalan pertama selepas bergelar suami isteri. Ya lah pertama. Sebabnya selepas pulang saja dari masjid tadi, mereka belum sempat pun mahu berbual. Tergesa-gesa mahu pulang. Tambahan pula mereka menaiki kereta yang berasingan.

Muhaira mengangguk sekali. "Dah."

Daripada baring, posisinya kini berubah duduk bersila. Kedua tangan menyentuh kepala lutut. Sisi mata masih kekal memandang Muhaira yang kelihatan gugup.

"Sini kejap."

Hah? Kesana? Untuk? Gugup begitu pun, Muhaira menurut jua. Sikat ditangan diletakkan ke atas meja. Dengan teragak-agak dia membuka langkah untuk memanjat katil bersama kocokan dada yang mengencang.

Siap duduk bersimpuh bertentang dengan si suami, Muhaira menundukkan kepalanya ke bawah. Segan mahu menentang mata tika ini. Jiwanya kacau bila anak mata mereka bersabung. Tak tahu kenapa. Sebelum mereka berkahwin, dia tak pernah-pernah pula berdebar begini. Adalah berdebar juga, tapi tak seteruk ini.

Malam ini rasanya lain daripada yang lain. Mungkin kerana status sudah berubah? Tanggungjawab semakin memberat? Bilik sudah didiami dua manusia yang berpasangan? Muhaira sendiri tidak tahu mengapa.

"Terima kasih,"

Bola mata jatuh memandang kekura tangan yang terasa disentuh. Makin kencang dadanya diasak debar. Alahai, not this time!

"Terima kasih sebab sudi terima saya sebagai suami." Luahan itu kedengaran sebak. Lembut nada itu berbicara seolah-olah mahu memujuk hati. Renungan redup itu juga turut mendebarkan. Sesaat menyabung pandang, terpamer senyuman manis yang dikoyak Syakir. Cukup mampu menggetarkan tangkai hati Muhaira.

"You being weird tonight." Muhaira bernada hairan. Walaupun tahu mengapa, dia sengaja mahu bertanya. Sengaja mahu mendengar jawapan Syakir yang entah dibalas jawapan manis meruntun jiwa atau tidak mampu menjawab apa-apa.

Syakir ketawa kecil. Lainkah dia? Sememangnya dia sendiri pun perasan hal yang satu itu. Begini agaknya rasanya mencintai seseorang.

"Again, thankyou for being my wife and accept all my flaws. Hopefully our marriage kekal sampai Jannah. Saya bersyukur sangat dapat isteri sebaik awak."

Alahai, Muhaira rasa nak benam wajah dengan bantal! Kenapa Syakir nampak sangat lain? Walaupun dari awal dia perasan juga sikap Syakir yang penyayang, tapi tak menjangkakan yang ini pula!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tujuan Where stories live. Discover now